Header Ads

4 Perkara Wajib Kena Buat Bila Nak Kurus



"Iday pregnant anak kedua ke?"

Yes, Iday pernah dapat soalan macam tu gara-gara Iday naik 13KG. Dari berat 50KG menjadi 63KG. Iday memang dah perasan yang berat badan naik. Lagi-lagi Iday selalu rasa penat. Naik tangga sikit pon rasa penat. 

Tapi, ada satu hari tu buat Iday buka mata untuk turunkan berat badan betul-betul. 

Iday saja-saja la buka galeri gambar dekat phone Islam. Iday terjumpa gambar  bawah ni iaitu gambar bersama kawan Islam yang baru je kahwin. Iday terkejut sebab Iday nampak sangat berisi dan nampak lebih tua dari Islam. Tiba-tiba rasa insecure dan rasa tak sepadan dengan Islam. 


Sedih sangat perasaan Iday masa tu. So, Iday nekad nak kurangkan berat badan. Iday start amalkan 4 perkara wajib kena buat bila nak kurus ni. 

1. Minum air masak setiap hari

Wajib minum air masak 2-3 liter sehari. Air masak bantu meningkatkan metabolisme badan dan buat kita rasa kenyang. Banyak sangat kelebihan minum air masak dan salah satunya bantu kita dalam proses detox atau turun berat badan.

2. Jauhkan minuman manis dan ais

Alhamdulillah, sekarang Iday berjaya tak sentuh ais. Iday rasa dah sebulan lebih. Lansung tak terasa nak minum minuman berais. Minuman berais ni tak elok sebab menjadi punca perut buncit dan lemak pada lengan. 

Sama la dengan minuman manis especially berkarbonat tu. Minta jauh la. Sekali minum, berapa banyak kalori yang masuk dalam badan dan penyebab penambahan berat badan. Cuba avoid ye!

3. Jaga kuantiti makanan dan jenis makanan

Awal-awal dulu, iday cuma kurangkan kuantiti nasi dan lebihkan lauk. Tapi sekarang Iday dah boleh tak makan nasi. Lidah melayu kan susah kalau tak makan nasi. Tapi Iday berjaya tak sentuh nasi. Kalau teringin sangat, iday makan sesuap dari pinggan Islam. Hahaha

Kalau boleh, korang masak sebab korang boleh pantau garam atau penggunaan minyak. Seeloknya jangan selalu sangat amalkan makanan bergoreng. Iday sekarang selalu bawa bekal ayam panggang dan sup sayur. Hehe

4. Senaman jangan lupa

Ini yang paling susah orang nak follow kan? Awal-awal ni cuba biasakan badan dengan senaman ringan. Jalan-jalan dekat taman ke atau buat senaman simple di rumah seperti plank atau squat. Sekarang Iday follow senaman dari applikasi dekat Google iaitu 30 Days Fitness Challenge. Lepas ni boleh la join aktiviti run. Hehe


Tapi sekarang Iday memang berpuas hati sebab berjaya kurangkan berat sebanyak 3KG dalam masa 2 minggu. Setakat ni just follow 4 perkara wajib tu (tapi yang senaman tu kurang sikit sebab malas hahaha) dan amalkan supplement :)





Till then, Bye!





Kalau berminat untuk baca artikel lain, boleh check "Related Post" atau cari dalam kotak "Search" dibawah ↓↓↓↓


7 comments:

  1. Paling sedih la kan bila dah badan besar kena tuduh pula pregnant.. Pedih. Haha. Berkesan juga ni kan 2 minggu dah hilang 3 kg

    ReplyDelete
  2. wah.....terujanya... sy pun nk sgt kurus ni..tp nk follow 4 rules tu agak keberatan....guane ni...haha

    ReplyDelete
  3. wah apple lotion, baru firts time tengok

    ReplyDelete
  4. I just give an advise on Apple Fibre Plus capsule. Take it as a supplement and drink at least 3 litres of water daily for an ideal weight loss progress. For those who have gastric, it is advisable to take some light meal before consuming the capsule.

    ReplyDelete
  5. wahh.. bezanya iday dulu dan sekarang.. tak tahu pun iday dulu berisi? TB pun tengah berisi sekarang.. nak kuruih balik terfikir tak makan nanati susu kurang.. nak susukan baby.. kesian pulak..

    ReplyDelete
  6. zaza nafsu makan kuat sekarang..memang naik mendadak berat ni

    ReplyDelete