Senarai 12 Peserta Gegar Vaganza 5 (2018)

Thursday, September 20, 2018
Gegar Vaganza akan mula ditayangkan pada 30 September dan nama-nama kesemua 12 peserta telah diumumkan. Sebenarnya Iday terkejut dengan pilihan peserta kali ini kerana kebanyakkanya adalah otai dan orang lama di industri musik Malaysia. 


Yang pastinya Iday dah pilih peserta pilihan Iday sendiri. Nak tahu siapa peserta-peserta Gegar Vaganza 5 tahun ini? Tengok senarai di bawah :


Mya Matahari - @mya_matahari
- Popular pada tahun 90-an dengan lagu Matahari



 Farawahida - @realfarawahida
- Farawahida banyak menyanyikan lagu ntuk Ost Drama & Filem dan lagu popular beliau adalah Tanpamu dan Semuanya Ada Disini



Dia Fadila - @diafadila
- Mewakili Malaysia ke ASEAN Golden Melodies Festival 2008 dan menang Piala Emas untuk katergori Pop & Piala Silver untuk kategori Tradisional



Amelina Amir - @amelinaamirsharipuddin
- Penyanyi dangdut wanita pertama di Malaysia



Safura - @safurashah
- Mula menjadi penyanyi pada usia 26 tahun menerusi album Sedalam Mana Cintamu pada tahun 1997. Beliau juga pernah memenangi anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Anugerah Skrin 2006



Noryn Aziz - @norynaziz
- Penyanyi jaz Malaysia dan pernah memenangi Artis Wanita Baru Terbaik ketika Anugerah Planet Muzik 2007



Hetty Sarlene - @hettysarlene_oakes
- Pernah popular dalam drama Sembilu. Dua lagu popular beliau adalah Rindu Aku Rindu (2000) dan Demi Cinta Kita ft Anuar Zain



Shafie RIO - @shafierioofficial
- Vocalist utama kumpulan RIO yang popular dengan lagu Layu Dihujung Mekar.


Zamani - @zamanislam_official
- Antara penyanyi terbaik dan lagenda di Malaysia. Bermula sebagai salah anggota kumpulan Slam dan kemudian bergerak secara solo



Forteen - @official.forteen
- Aktif pada tahun 2011 di bawah syarikat rakaman KRU Records dan kini bergerak secara solo dalam bidang nyanyian dan lakonan



Elite - @elitesuperwarriors
- Kumpulan Elite merupakan artis rakaman KRU Records yang sulung, ditubuhkan pada tahun 1996



Billy Zulkarnain - @billyzulkarnainofficial
- Nine dan Billy merupakan 2 penyanyi utama kumpulan Phyne Ballerz (dibubarkan pada tahun 2004). Kemudian, pada Februari 2005, KRU menubuhkan kumpulan duo Billy Zulkarnain



Siapa #TeamZamani ? Kita geng okay! Hehehe 

Kalau tengok senarai di atas, agak-agak siapa yang bakal bergelar juara? Awal-awal ni memang susah la cakap. Mungkin kena tunggu persembahan pertama dulu. Hehehe

Pengacara Gegar Vaganza untuk musim kali ini dikekalkan iaitu Nabil Ahmad dan Jihan Muse. Manakala juri tetap adalah Datuk Ramli MS dan Datuk Khadijah Ibrahim. 

Penaja utama untuk Gegar Vaganza 5 adalah D'Herbs. 

Gegar Vaganza 5 akan bermula 30 September 2018, Ahad, 9 Malam di Astro Ria dan Ria HD.








Breakfast Thieves APW Bangsar (Vlog)

Friday, September 14, 2018
Hi Korang!


Iday dah lama tak keluar lepak luar dengan Islam sejak muka ada masalah jerawat. Iday ada share dekat artikel di bawah. Iday bukan la malu, tetapi muka memang sensitif dan sakit bila keluar or terdedah dengan suasana luar. 





Sekarang Alhamdulillah, kulit muka dah makin okay. Jerawat dah jarang naik dan sekarang cuma nak hilangkan parut je. Nanti Iday share macam mana cara Iday hilangkan jerawat dalam artikel lain.


So, bila dah start nak keluar ni. Iday dan Islam ada buat satu plan. Setiap 2 minggu sekali, salah seorang dari kitorang kena cari tempat makan best. 



Contohnya, minggu ni Islam kena cari tempat makan. So, dia kena rahsiakan lokasi dan nama tempat tu. Nanti kengkonon Iday macam tertanya-tanya la tempat tu macam mana semua. Hehehe 


Kitorang dah start minggu lepas dan Islam berjaya buat terkejut dengan dengan tempat yang dia pilih. Tak sangka dia akan pilih tempat macam tu sebab kitorang ni macam tak suka sangat cafe hipster. Hahahaha




Sebab dah kena sebelum ni, cafe je cantik tapi makanan kurang sedap dan mahal. 

So, Iday terkejut dengan pilihan Islam. Maybe sebab dia dah check review and banyak feedback yang positif. 


Nak tahu kat mana? Boleh check video di bawah :



Video dah elok rakam tapi lupa nak snap gambar makanan. Kau rasa? Terpaksalah screenshot dari video je HAHAHA





Lingkungan harga makanan dekat sini dalam RM25-RM100. Hari tu pon Islam order Mr. Terry Benedict. Rasanya paling ramai orang order la sebab tengok dekat intagram, ramai yang upload gambar menu tu.


Yes, Iday kalau pergi mana-mana kedai mesti akan check gambar makanan dekat Instagram. Tengok apa biasa customer order dan review diorang. Itulah, menu Breakfast Thieves ni simple sangat, takde gambar makanan. Hahaha


Inilah gambar screenshot video, Mr Terry Benedict. Nama makanan pon dah macam nama orang. Hehehe

Harga Mr Terry Benedict ni adalah RM29. Ada dua ketul beef yang dimasak lama (sampai isi dia lembut), english muffin, baby spinach, ketulan kentang goreng, renkon chips dan poached egg. 


Nampak macam kecik je portion tu, tapi makan kenyang. Siap boleh share dua orang. Tapi tak puas la sebab sedap. Hahahaha


Iday pulak order Siamese Geisha atau Udon Tomyam. Ada udang, vegetable kakiage (sayur tempura), tofu goreng, telur rebus, seaweed, renkon chips, taugeh, cendawan enoki, daun sup dan tomato ceri. 

Iday lupa nak ambil gambar so, Iday ambil gambar dari IG Breakfast Thieves. Hehehe




Review Keseluruhan

Rating : 

Outlook :  ✅
Hiasan pada menu tidak keterlaluan. Apa yang diorang letak, itu yang korang makan. Hehe Memang nampak menyelerakan.

Creativity : 
Nama menu kreatif, cara plating pon cantik

Taste : 
Kitorang baru cuba dua menu dan dua-dua makanan tu sedap. Tapi Iday paling suka Mr Terry Benedict tu.

Price : 
Lingkungan harga dari RM25-RM100.   


Komen Lain :

Ambiance : 

Banyak tempat duduk, ada luar untuk yang suka lepak sembang kuat-kuat. Haha

Service : 

Staff buat kerja dengan bagus dan cepat.

Food Service Speed : 

Makanan sampai dengan cepat tetapi mungkin bergantung pada crowd.

Will Revisit? : 

Yes, sebab nak try makanan lain jugak. Hehehe


Itu je la kot. Hahaha So, next place Iday yang kena pilih. Iday dah nampak kedai mana yang Iday pergi. Yang penting tempat tu ada makanan kegemaran Islam hehe





Till Then, Bye!








4 Tahun Kahwin

Wednesday, September 12, 2018
Alhamdulillah, dah 4 tahun kitorang kahwin and masih tetap sama macam zaman awal-awal kahwin. Cara layanan Islam masih sama dan selalu jadi suami penyayang dan memahami setiap sisi perangai aku ni. Thanks sayang!


Sepanjang kitorang kahwin memang amalkan konsep "Give and Take". Jangan berkira dalam relationship. Sebab pasangan kita tu bila dah kahwin dah jadi sebahagian hidup kita. 

Sebab tu, Iday selalu takkan naikkan suara dekat Islam. Even kalau marah sangat pon, macam control perasaan tu dan cakap elok-elok. Sebab Iday tahu, kalau Iday marah-marah dia, tak mustahil dia akan buat benda sama balik.

Sama la macam kerja rumah, kitorang buat sama-sama. Tak berkira dan tak mengungkit.

"Oh, hari tu saya dah basuh. Ni giliran awak laaaa!" - memang tak pernah macam ni.

So, mungkin tu reason yang our relationship memang sentiasa okay dan full of kasih sayang gitu. hahahaha

Dalam blog ni pon Iday ada banyak share tentang relationship kitorang. Feel free to check our stories down below :

Post pertama selepas jadi isteri :p
Bila nak pikat hati suami tapi Gagal teruk hahaha
Cerita tentang Islam yang kelakar tapi dia tak sedar lol
Salah faham pertama sepanjang perkahwinan kitorang, drama lebih
Perangai lupa teruk Iday hahahaha
Pelamin masa kahwin dulu
Aktiviti sebelum tidur
My ugly side
First Impression masa jumpa suami dulu


Terima kasih Islam sebab masih jadi suami yang terbaik. Betul la orang cakap yang "Home Is Where My Husband Is" Hehehehe :)








Joe Flizzow X FashionValet - Koleksi Pakaian Sempena Hari Kemerdekaan Malaysia

Saturday, August 18, 2018
Hi Korang!

Korang dah tengok koleksi pakaian keluaran Joe Flizzow sempena kemerdekaan Malaysia tahun ini? Kali ini Joe Flizzow berkolaborasi dengan FashionValet dimana korang boleh beli koleksi ini di website FashionValet secara online.


Ada beberapa selebriti yang dah pakai koleksi pakaian Joe Flizzow ni seperti Lisa Surihani dan Vivy Yusuf. 

Sebenarnya Iday dapat tahu tentang koleksi pakaian Joe Flizzow ni pon dari IG Lisa Surihani, memang cantik dan smart. 


Lawa kan? Tadi Iday check website Fashion Valet,  rupanya ada banyak lagi design lain. 




Iday paling suka yang ini, Freedom Fighter Parka in Black. Memang la plain hitam je, tapi smart. Lagi pon Iday memang suka Parka. Harga baju ni pon tak mahal, hanya RM199. 


Kalau korang berminat dengan Freedom Fighter Parka in Black ni, boleh klik link website dibawah, boleh pilih size dan terus beli je. Hehehe




Yang ini pon Iday suka, ini sama macam yang Lisa Surihani pakai. Parka dengan warna-warna bendera Malaysia. Harga pon sama, RM199 sahaja. Lawa kan. Paling suka dengan font "1957" tu.



Kalau korang berminat dengan Freedom Fighter Parka in Flag Colours ni, boleh klik link website dibawah, boleh pilih size dan terus beli je. Hehehe



Dan koleksi yang ketiga adalah August Jumper in Black ni, harga hanya RM99. Simple je tapi sebab warna hitam so, Iday tetap suka. Iday tengok Vivy Yusuf pon cantik. Hahaha


Lawa wei baju ni. Hahaha Nak beli tiga-tiga boleh tak? Over tak? Hahaha

Kalau korang berminat dengan baju yang Vivy Yusuf pakai ni, boleh klik link website dibawah, boleh pilih size dan terus beli je. Hehehe




Ada banyak lagi design lain, selain baju dan parka, ada juga jersey, t-shirt dan seluar. Korang boleh check dekat website Fashion Valet atau link ni : JOE FLIZZOW X FASHIONVALET


So, antara ketiga-tiga outfit ni, mana satu paling korang suka?








Pengalaman Ke Food Tasting & Open Day Hanana Group Sdn Bhd - Pakej Perkahwinan Lengkap 2018

Thursday, August 16, 2018
Hi Korang! 

Sebelum ini Iday ada kongsikan satu event yang berlaku di Putrajaya iaitu Food Tasting & Open Day Hanana Group Sdn Bhd khas untuk mereka yang sedang mencari pakej perkahwinan yang berbaloi. Dan untunglah pada mereka yang datang kerana selain diskaun sehingg RM5000, makanan yang disediakan untuk "food tasting" pon sangat sedap.

Iday sampai pagi dalam lebih kurang pukul 10 lebih pon dah ramai orang, mesti mereka ni dikalangan bakal-bakal pengantin yang ingin mencari pakej perkahwinan dari Hanana Group. Memang bijak pilihan diorang sebab Iday sendiri yang dah kahwin pon rasa macam nak bersanding sekali lagi. Hahaha


Pakej Perkahwinan Lengkap

Apa yang menarik, suasana event pada hari tersebut seperti dalam majlis perkahwinan, siap ada pelamin, kerusi yang tersusun cantik dan makanan-makanan yang sedap. 




Pakej perkahwinan yang ditawarkan disini lengkap termasuklah :

- Dekorasi dewan : Pelamin, Walkway Aisle, Karpet Merah, Dekorasi Pintu Masuk, Dekorasi Meja Utama, Dekorasi Meja VIP, Dekorasi Meja Tetamu Dan Poster.

- Persalinan Baju Pengantin dan eksesori

- 1 Sesi Makeup

- Keperluan Dewan : Meja Makan, Kerusi, Buffet Line, Meja Untuk Hadiah Perkahwinan

- Katering dengan pelbagai jenis lauk pauk untuk tetamu dan juga pengantin dan VIP. 

- PA System dan pengacara majlis

- Lain-lain : Staff dan barang-barang katering


Iday sendiri tengok suasana dewan yang digunakan untuk majlis perkahwinan, lengkap dengan penghawa dingin, lampu yang cantik dan keluasan yang boleh menampung ramai tetamu yang hadir. 




Selain dari lokasi yang selesa dan banyak tempat parkir kereta untuk tetamu.


Pilihan Makanan Yang Banyak Dan Sedap

Katering untuk pakej RM35000 adalah untuk 1000 pax dengan pelbagai jenis lauk pauk. Pilihan nasi juga antara nasi minyak, nasi briyani, nasi hujan panas. 


Antara lauk pauk yang disajikan bersama pakej tersebut adalah :

- Ayam Masak Merah / Ayam Goreng Berempah
- Daging Masak Hitam / Daging Briyani
- Sambal Sotong
- Dalca Sayur
- Acar Buah
- Papadom
- Air Kordial Fruit Punch
- Air Mineral
- Buah Tembikai + Oren Sunkist










Menu untuk meja pengantin pula adalah (10 pax) Ikan Siakap, Udang Seri Pengantin, Ayam Golek, Sotong, Buah-Buahan dan Dessert.


Iday sendiri pon dah rasa lauk-pauk ini ketika event lepas dan memang terbukti semua sedap. Memang puas hati. Bagi Iday, makanan yang dihidangkan ketika majlis adalah sangat penting. 

Tempah Pakej Perkahwinan Sekarang!

Walaupon event "Food Tasting Day & Open Day" oleh Hanan Group Sdn Bhd di Ambassador Putrajaya dah berlalu, korang masih boleh melihat pakej-pakej yang ada dengan menghubungi mereka sendiri. 

Kerana sambutan yang amat menggalakkan ketika event yang lepas, mungkin mereka masih menawarkan promosi yang hebat untuk bakal pengantin. 







Memang ramai, malah bukan pengantin sahaja yang datang, keluarga bakal pengantin juga datang dan berminat dengan pakej-pakej yang ditawarkan.


Sebelum ini Iday ada sebut dalam artikel sebelum ini yang Hanana Group ada memperkenalkan dua pakej untuk dua event space terbaru iaitu Lugar De La Boda Garden Wedding @ Puchong dan Dewan Tan Sri Yusuf Hashim, Mardi.

Korang boleh hubungi mereka untuk pakej-pakej seperti diatas, mesti takkan rasa menyesal. Untunglah pada mereka yang menggunakan khidmat Hanana Group Sdn Bhd kerana mendapat semua kelebihan dan tidak pening dalam merancang majlis perkahwinan. Semua ditanggung beres oleh pihak Hanana Group. 

Jangan lepaskan peluang ini dan hubungi pihak Hanana Group untuk pakej perkahwinan lengkap yang berbaloi di Putrajaya, Puchong, Kuala Lumpur dan sekitarnya. 

Untuk menghubungi atau berurusan dengan pihak Ambassador Putrjaya, sila hubungi :

Farah - 016 6700 457
Hanis - 016 6700 752
Rezza - 016 6700 473
Liana - 026 4328 434


Alamat : Ambassador Putrajaya, Hanana Group Sdn Bhd, 92, Jalan Perak, Persiaran Diplomatik Persint 15, 62050, Putrajaya.









Blog Archive