Hi Korang, 

So, Rabu lepas Iday ada tengok satu video dari Youtube Channel Cut dan Iday ada jumpa satu video yang Iday nak share dekat korang. Iday akan komen and bagi pandangan Iday tentang video tersebut. 



Video tersebut berkenaan dengan "How Couple Sleep". Basically rakaman video macam mana dua orang iaitu pasangan hidup tidur bersama. Bagi Iday, video tu sangat menarik sebab ada beberapa pasangan dengan tabiat tidur yang berbeza. Hehe

Iday pon ada saja-saja jawab soalan dari video tu. Hehehe



Waktu Tidur?

Islam selalu tidur awal, around 10 - 12 malam. Sejak kerja fulltime blogger and youtuber ni, Iday selalu tidur lambat sebab kadang-kadang idea banyak dapat idea waktu malam. So, 2-3 pagi baru masuk bilik. 

Tapi sekarang, Iday nak biasakan diri tidur awal sebab nak luangkan masa dengan Islam. Taknak bagi dia tidur sorang-sorang. Hehe



Dengkur Dan Gesel Gigi

Dulu awal-awal kahwin, paling takut kalau dapat suami berdengkur. Sebab Iday jenis kalau nak tidur, memang kena senyap. Bila dah kahwin, dapat suami berdengkur bila penat. Kalau dia penat kerja, dia akan dengkur. Tapi lama-lama dah biasa dengan bunyi dengkur tu. 



Iday pula kadang-kadang gesel gigi. So, masing-masing kena menerima la tabiat tidur masing-masing. Hehehe


Expectations Vs Reality

Dulu before kahwin, Iday selalu ada anggapan yang bila korang kahwin, korang akan tidur sama-sama and hug each other sampai pagi. Ala macam all those romantic movies and series. Hehehe 


Bila dah kahwin, yes, peluk-peluk, cundle tu ada. Tapi takde la melekat sampai pagi. You will need your own space, cari keselesaan waktu tidur. Sebab kadang-kadang bila Iday terjaga, tiba-tiba bantal ada kat tengah-tengah. Hahaha 

Takyah nak touching bagai, "ala kenapa tak macam dalam movie, peluk sampai pagi" Macam Iday cakap, time tidur nyenyak tu, bukan sedar apa-apa pon. Hehe

Tapi awal-awal tidur tu or kalau terjaga tu, memang akan mencari la nak cuddle :p


Bagi pasangan yang bekerja, which is 9-6 kau akan berpisah dengan pasangan, katil la tempat korang spent masa together, cerita what happen during that day. Katil tu dah macam sacred place, korang akan rasa comfort sebab your favorite people ada masa tu. 

Kadang-kadang kitorang akan tengok video sama-sama, scroll IG and FB timeline sama-sama. Omg, cakap pasal tempat tidur tu terus rasa nak baring je. Hahaha

Hari tu pon, Iday and Islam beli cadar and comforter baru and sumpah best gila. Kain jenis material sutera and my sister in law cakap, japanese silk. Tak menyesal kalau invest duit untuk keselesaan ketika tidur. Hehehe

Overall, my favourite is bangun tidur and tengok Islam. Tapi disebabkan Islam ni selalu bangun awal sebab dia kerja awal pagi, selalu tengok bantal je Hahahaha

Tapi setiap hari, everytime Islam bangun, dia akan kiss and cakap "I Love You" dan setiap hari tu la Iday akan buat-buat tidur (or memang susah nak buka mata) Hahaha




So, what is your bed to your guys? How important is your bed?



Hi Korang!


Mesti korang terkejut dengan gambar diatas dan percaya lah, ini antara post yang Iday rasa berat sangat nak tulis dan publish.

Tak pernah terlintas dekat kepala Iday yang benda ni akan jadi dekat Iday sebab since dari kecik, kulit Iday memang licin tanpa seketul jerawat pon. Kalau ada pon bila nak datang bulan, disebabkan hormon.

Ini kulit muka sebelum ni dan memang takde masalah jerawat.




Gambar yang tengah tu adalah gambar muka Iday awal bulan Januari 2018. Hahaha (sedih). Saja letak watermark sebab takut nanti ada yang ambil gambar buat testimoni produk sendiri. Haha



Iday rasa Iday kuat nak hadapi waktu-waktu ini adalah sebab Islam sabar dan bagi sokongan moral. Satu lagi, sebab adik Iday pernah hadapi situasi macam ni dan pengalaman macam ni buat Iday rasa apa yang dia rasa sebelum ni. 





Punca Kulit Muka Berjerawat?

Mula-mula Iday fikir sebab dulu Iday ada buat review produk dan suka-suka test dekat muka sendiri. Patutnya kena patch test dulu untuk check produk tu sesuai tak untuk kulit muka kita. Dah kena macam ni baru menyesal.

Then sebab kerja, Iday perasan yang waktu Iday tengah stress hari-hari masa kerja dekat company lama anda start naik jerawat. Mula-mula, dia naik berpasir dekat bahagian pipi dan Iday just ignore je. Serius Iday ingat time tu, oh maybe kejap je ni, nanti surut la. Tapi lama-lama jadi besar and merah-merah. 

S0, Iday cuba satu produk ni, produk agak popular dan ada feedback positif. Masa tu jerawat banyak dekat bahagian pipi sahaja. Ingat lagi, pergi event dan ada blogger lain tegur. Hahaha

After Iday pakai produk tu, jerawat Iday makin bertambah. 


Hahahahaha ↑

Islam pon perasan dan minta Iday stop pakai produk tu. Bila Iday tanya beauty consultant, dia cakap tu memang effect dia and just pakai je dulu. Tu silap Iday, percaya sangat sampai silap pilih produk and kulit makin teruk sebab jerawat mula merebak di bahagian dagu. 

Sampai rasa sakit dan gatal di bahagian muka. Then baru stop semua produk and start buat diy mask, guna madu la, timun la, kentang la. Try semua dah. 




Oh, salah satu faktor terbesar adalah Iday pegang jerawat dengan tangan, like macam pegang. Big NO okay! Jangan sesekali pegang or picit jerawat. Memang lagi teruk.




Pengalaman Iday Bila Muka Berjerawat?

1. Malu

Serius malu nak keluar dan nasib baik la elok-elok Iday berhenti kerja. Kalau tak mesti malu nak datang office. Bila keluar tu, rasa diperhatikan. Macam semua orang tengah pandang jerawat aku. 

Nak masuk drugstore pon malu sebab takut staff dekat situ tegur and recommend some acne product. 

Disebabkan jerawat dekat dagu paling banyak, tanpa sedar tangan selalu dekat dagu sebab nak tutup jerawat. Islam selalu tegur and dia sengaja je nak pegang tangan. Dia kata tak perlu sorok sebab dia okay je. 

2. Skincare routine

Dulu rutin penjagaan muka Iday simple je, sekarang dah ada double cleanser, aha/bha dan banyak lagi sebab nak merawat kulit jerawat. Iday juga banyak baca review dari blog dan Youtube. 

Duit pon banyak keluar untuk beli produk-produk yang dipercayai boleh merawat jerawat ni. Dah pandai tengok ingredient and tahu apa yang mana okay dan tak okay.

3. Sedih Dan Stress

Sedih tu wajib la sebab dok meratapi zaman-zaman muka flawless hahaha Tapi macam Iday cakap yang Islam banyak bagi sokongan moral. Alhamdulillah sangat. Kalau tak memang bengkak mata hari-hari dok melayan muka jerawat. Kalau air mata tu boleh hilangkan jerawat, takpe jugak. Hahaha


Kesimpulannya, kehidupan Iday memang berubah 100% la. Sekarang dah banyak minum air masak, makan pon jaga-jaga. Ada makanan pantang untuk orang berjerawat. Yang itu nanti aku share dekat next entry kalau betul-betul berhasil. Hehehe




Produk Yang Pernah Pakai Dan Tengah Pakai Sekarang?


Iday ada la juga try beberapa jenis produk. Ada yang okay then tiba-tiba tak okay. Tapi mungkin sebab tak sesuai dengan kulit Iday. Tapi Iday sekarang memang elak guna produk yang ada alkohol. Hari tu terpakai sunscreen ada alkohol, jerawat datang buat majlis dekat muka. Hahaha

Cetaphil Cleanser - Iday pakai tapi kulit rasa pedih-pedih, so Iday stop sebab tak sesuai dengan kulit. Kalau korang pakai dan okay. Teruskan je hehehe

Himalaya Purifying Neem Face Wash - Mula-mula pakai memang okay, jerawat kurang naik tapi kulit rasa sangat kering. Macam tegang sangat. So Iday stop pakai Himalaya Purifying Neem Face Wash. Iday sempat pakai 2 bekas jugak la.

Then Iday basuh muka dengan madu, yang original tu. Jerawat stop naik, tapi kejap je. Then naik balik dengan meriahnya. 

Then Iday pakai Heimish All Clean Balm + Olay Cleanser. Kiranya Iday buat double cleansing method. Macam Himalaya tu, bertahan sebulan lebih without jerawat then naik balik. Hahaha

Memang nak give up dah sebenarnya. Tapi gigih buat research betul-betul, akhirnya Iday buat keputusan dan pakai produk cosrx dan sunscreen dari biore. Iday dah pakai dekat 2 minggu.

Okay ke produk tu? Setakat Iday pakai ni, kulit makin okay. Nanti Iday share di next post ye sebab still nak tengok dulu sejauh mana produk ini akan tolong Iday merawat kulit Iday ni. Hehehe



Dari pengalaman ini lah, dapat rasa apa yang adik Iday dan orang-orang lain rasa bila hadapi masalah jerawat. So, kalau kulit korang okay dan sihat, jaga la betul-betul dan jangan ambil ringan je okay! Hehe

So, korang ada tips untuk kulit berjerawat? Atau ada produk yang korang guna dan berkesan, boleh share di komen bawah ye :)


Hi Korang, 

1 Malaysia dah tahu yang Yuna dan Adam sudah selamat diijadkabulkan di satu lokasi yang bagi Iday memang paling lawa Iday pernah tengok. 

Sebenarnya tak ramai selebriti Malaysia yang memilih lokasi di luar untuk majlis akad nikah. Selebriti yang memilih lokasi luar antaranya Sharifah Sakinah dan Mia Ahmad. 

Iday boleh cakap pelamin dan lokasi pernikahan Yuna adalah paling cantik Iday pernah tengok. Dengan kabusnya dan dekorasi bunga pada pelamin. 

Kalau nak tahu, lokasi tersebut adalah Puncak Rimba di Bentong. Dan lokasi di tengah hutan menyebabkan hanya buggy car boleh naik ke puncak tersebut kerana jauh ke dalam.



Puncak Rimba ini sebenarnya milik Datuk A Shazilly Bakti, Pengarah Schlumberger Drilling Services Sdn Bhd. 




Kawasan seluas 12 ekar ini termasuklah kebun pelbagai jenis buah-buahan dan air terjun. Paling best, ada lebih 300 pokok durian. Hahaha



Ada 7 villa di sekitar Puncak Rimba termasuklah sebuah rumah lama yang berusia lebih 100 tahun yang dibawa dari Kampung Bongek, Negeri Sembilan (sumber : theedgemarket)





Kalau bukan pasal Yuna nikah dekat sini, memang takkan tahu kewujudan Puncak Rimba ni. Hehehe




Dulu Puncak Rimba hanya dibuka untuk kawan-kawan dan keluarga, kini ia dibuka untuk orang luar yang ingin bercuti. Tapi memang kena direct email diorang untuk booking. 



Iday ada search #puncakrimba di Instagram. Rupanya dah banyak majlis perkahwinan yang berlaku dekat sini. 



Kalau dekorasi pelamin tu pula adalah hasil kerja The Calla dan Flores KL, tak silap iday. Hari tu Yuna ada buat persembaha ketika hari pelancaran Flores KL. Ingat balik Malaysia sebab event tu, rupanya nak kahwin. Hehe

Ini video sekitar Majlis Pernikahan Yuna & Adam :


Video rasmi :


Kalau korang beminat nak booking tempat ni, boleh check maklumat di bawah okay. Harap-harap in future ada peluang Iday nak menginap di sini. Hahaha

Instagram : www.instagram.com/puncakrimba/
Facebook Page : www.facebook.com/puncakrimba.my/
Email : hellopuncakrimba@gmail.com


Tahniah Yuna dan Adam!


Hi Korang, 

Artikel kali ini Iday nak kongsikan 13 senarai resepi Nasi Ayam yang simple, mudah dan sedap untuk korang cuba. Percaya tak kalau Iday cakap, Iday dah cuba kesemua resepi ini dan sebenarnya tak susah pon nak buat Nasi Ayam. 




Korang boleh tengok dan cuba sendiri salah satu resepi Nasi Ayam yang Iday senaraikan di bawah ye. Semoga artikel ini dapat bantu korang untuk mencari resepi Nasi Ayam yang mudah dan sedap. Hehehe


1. Resepi Nasi Ayam Paling Sedap Azie Kitchen

Iday paling suka cara masakan ayam tu sebab tidak dipotong dan digoreng seekor. Memang nampak sedap betul. Lagipon resepi ini ada menggunakan susu full cream yang diletakkan dalam sup. Mesti sedap. Korang boleh cuba resepi Nasi Ayam oleh Azie Kitchen ni okay!

Link resepi : http://www.aziekitchen.com/2013/04/nasi-ayam-paling-sedap.html






2. Resepi Nasi Ayam Madu Mudah Dan Sedap Cik Epal

Resepi ini dari blogger terkenal Cik Epal. Iday memang suka tengok resepi-resepi dari Cik Epal sebab semua nampak mudah dan sedap. Kalau korang nak cuba resepi nasi ayam madu boleh tengok resepi di blog Cik Epal. 

Apa yang best, Cik Epal menunjukan step by step dengan gambar cara masak Nasi Ayam Madu, so memang memudahkan. 

Link Resepi : http://cikepal06.blogspot.com/2017/07/resepi-nasi-ayam-madu-mudah-dan-sedap.html




3. Nasi Ayam Simple Dan Sedap - Fiza's Cooking

Fiza's Cooking ni siap ada buku resepi sendiri. Resepi Nasi Ayam beliau pon senang nak ikut. Iday suka cara dia masak cili untuk Nasi Ayam. Lebih kurang macam cara Iday masak. Hehehe

Link Resepi : http://fizalgk.blogspot.com/2016/01/nasi-ayam-simple-dan-sedap.html



3. Resipi Nasi Ayam Yang Mencecah 66,000 Share - Vocket

Wah resepi nasi ayam ni pernah viral di Facebook, mendapat lebih 66 ribu share dalam tempoh 2 hari. 

Resepi ini juga dikatakan adaptasi resepi nasi Nasi Ayam Kak Laily Subang dan perapan ayam dengan resipi steak Me'nate oleh Tuan Mustaffa Haji Othman, bekas masterchef yang pernah berkhidmat di Istana Buckhingham.

Link Resepi : https://www.thevocket.com/resipi-nasi-ayam-umi-2/




4. Resepi Nasi Ayam Sedap - iResepi

Dalam resepi ini nasi dimasak bersama dengan bahan rempah seperti bunga lawang, pegaga dan kayu manis. Siap ada letak serai. So memang lain sikit dari resepi Nasi Ayam yang iday pernah cuba. 

Tapi korang boleh cuba je, kalau masak dengan bahan rempah ni mesti lagi sedap. 

Link Resepi : https://iresipi.com/resepi/nasi-ayam-sedap/show



5. Nasi Ayam Kukus Hainan - Maggi

Ini adalah resepi yang dikongsikan di website Maggi. Nanti korang akan perap ayam bersama dengan kiub pati ayam sebelum dikukus. Cara nak masak pon senang, siap disediakan video untuk korang follow step by step. 

Link Resepi : https://www.maggi.com.my/bm/recipe/420/nasi-ayam-kukus-hainan





6. Resepi Nasi Ayam Thai Viral

Resepi ini lagi mudah sebab ayam tak perlu diperap. Cuma perlu sediakan nasi dan cili. Cili pula menggunakan sos Thai sebagai bahan utama. Apa yang menarik, nasi akan dimasak bersama ayam yang telah direbus. 

Link Resepi : https://www.rasa.my/resipi-nasi-ayam-thai-viral-perghhh-mudah-sedap-rupanya-patutlah-ramai-pakat-duk-cuba/




7. Resepi Nasi Ayam Hainan Khairy KJ

Ini memang resepi istimewa  dari KJ. Cara masak pon memang mudah dan yang menarik siap ada nama istimewa untuk resepi ini iaitu sos cili bestintheworld, sos kicap manis darkandhandsome dan sos halia kawkaw. 

Link Resepi  : http://www.butterkicap.com/kitchen-lab/resepi-nasi-ayam-hainan-khairy-kj

8. Resepi Nasi Ayam Sedap Dan Mudah Untuk Dicuba - HasyaNaurah

Dalam resepi ini, admin menggunakan tepung jagung untuk membuatkan sos kicap lebih pekat. Iday juga suka tengok resepi dalam blog ini kerana ada video yang menunjukkan cara masa nasi ayam step by step. Kalau jenis yang malas baca resepi, boleh tengok video ni. Hehe

Link Resepi : https://hasyanaurah.com/2017/10/resepi-nasi-ayam.html





9. Resepi Nasi Ayam Madu Mudah & Sedap — Siap Dalam 1 Jam (Aida Sue)

Selain dari resepi ayam madu Cik Epal, iday pernah juga follow resepi Aida Sue. Resepi sangat simple dan mudah faham. Paling suka sebab ayam madu tu nampak sangat sedap. Sambal cili pon berbeza dengan cara iday biasa buat. Hehe

Link Resepi : http://theaidasue.com/2017/09/resepi-nasi-ayam-madu-mudah-sedap-siap-dalam-1-jam/





10. Resepi Nasi Ayam Thai - Bella Jamal
Resepi ini memang pernah viral di facebook tapi versi Bella berlainan sikit. Lagi mudah untuk ikut. Kalau korang taknak makan ayam bakar atau goreng, nak yang style ayam hainan tu, boleh cuba resepi ini. Tengok gambar dalam blog Bella pon nampak sangat sedap. Hehehe

Link Resepi : http://www.bellajamal.com/2017/09/resepi-nasi-ayam-thai.html


 
11. Nasi Ayam Cik Su Yang Mudah Dan Sedap
Resepi ini dari blog Azie Kitchen dan resepi adik kak Azie. Iday paling suka cara masak nasi sebab dia letak mentega. Mesti nasi jadi wangi dan lembut. Sama macam resepi Nasi Ayam Aida Sue, ada tomato dalam sambal. Korang pon boleh cuba resepi mudah ni. 

Link Resepi : http://www.aziekitchen.com/2014/06/nasi-ayam-cik-su-yang-mudah-dan-sedap.html




12. Resepi Nasi Ayam Hainan - Tiffin Biru
Selain dari blog Azie Kitchen, Iday juga selalu singgah di blog Dapur Tanpa Sempadan untuk mencari resepi yang mudah tetapi sedap. Tiffin Biru @ che mat ada kongsikan resepi nasi ayam hainan. 

Che mat selalu kongsikan tip dalam masakannya. Disebabkan ayam hainan tidak perlu digoreng, Che mat kongsikan tip membersihkan ayam menggunakan garam supaya dapat membersihkan bahagian luar ayam dari bulu2 halus dan kekotoran.

Link Resepi : http://www.tiffinbiru.com/2017/02/resipi-nasi-ayam-hainan.html



-----------

Ini antara resepi-resepi yang Iday selalu ikut dan masak sendiri. Memang memudahkan dan ada yang describe resepi secara detail. Iday pon ada kongsikan resepi nasi ayam versi Iday yang iday banyak belajar dari mak Iday. 



Korang boleh check resepi nasi ayam di link ini : Resepi Nasi Ayam Paling Simple Dan Sedap


Lepas ni kalau teringin nak makan nasi ayam, tak perlu susah-susah nak ke kedai. boleh buat sendiri, siap boleh tambah banyak kali. hehehe

Kalau korang ada nak request resepi lain di blog sayaiday, boleh komen dibawah :)

Selamat mencuba!! 



Hi Korang!

Artikel kali ini Iday nak kongsi cara meningkatkan trafik dan pendapatan Adsense dengan Matched Content. Tetapi, diingatkan yang Iday bukan lah terer atau pakar dalam Adsense tetapi cuma sekadar berkongsi apa yang Iday tahu :)



Apa itu Matched Content?

Matched Content adalah free recommendation tool untuk mempromosikan artikel berkaitan atau relevan kepada pembaca di blog korang. Seterusnya meningkatkan pageview di blog korang. Konsep sama seperti "Related Post". 

Cuma yang berbeza, Matched Content disediakan oleh Google Adsense manakala "Related Post" adalah dari widget di blog atau third party (contohnya : LinkWithin)

Ini adalah contoh Matched Content dalam blog Iday. Kalau perasan, yang Matched Content ni akan ada perkataan "Powered by Google".


Yang ini pula adalah yang biasa, widget related post yang sedia ada dalam blog Iday.

Adsense akan memilih artikel yang berkaitan untuk dipaparkan dalam Matched Content, so nanti lagi lama pembaca di blog korang apabila mereka klik untuk membaca artikel-artikel lain. 

Macam mana nak meningkatkan pendapatan Adsense dengan Matched Content?

Selain dari meningkatkan trafik di blog korang, Adsense akan memberi kelebihan dengan meletakkan ads pada Matched Content tersebut. 

Contoh iklan adsense dalam Matched Content di blog Iday :



Iday memang dapat jana pendapatan dari iklan Adsense pada Matched Content Iday. Antara jenis-jenis iklan yang ada dalam blog Iday, Matched Content yang paling banyak klik. 


Ini pula earning (bulanan) yang diperolehi dari iklan pada Matched Content di blog Iday. 



Tapi ingat, tujuan utama Matched Content adalah menambah trafik dan minat pembaca pada blog korang . So, jangan kecewa kalau paparan iklan belum muncul di Matched Content korang. 



Syarat-syarat untuk mendapatkan Matched Content

Untuk mereka yang dah ada Adsense dalam blog korang, korang boleh check samada blog korang boleh menggunakan Matched Content ni atau tidak. 

Ini kerana terdapat syarat-syarat yang perlu ada pada blog/website korang untuk dapatkan Matched Content ini. 

Syarat-syaratnya adalah (info 2016) :

- Trafik blog setiap hari melebihi 1000 visit
- Jumlah artikel melebihi 1000 (jumlah artikel + pages)
- Setiap artikel mesti ada unique images (gambar sendiri)


Cara untuk semak jika blog korang layak untuk menggunakan Matched Content


Korang boleh check samada blog korang ada fungsi Matched Content dengan mengikuti langkah-langkah di bawah :


1. Mula-mula Log in ke akaun Adsense
2. Pilih "Settings"
3. Kemudian klik "My Sites"

Nota :
- Jika ada "Matched Content"  dibawah menu "My Sites", blog korang layak menggunakan Matched Content.

4. Jika blog/website korang tersenarai, korang boleh menggunakan Matched Content



Cara dan tutorial meletakkan Matched Content dalam blog


1.  Log in ke akaun Adsense
2. Pada panel navigasi di sebelah kiri, klik "My ads"
3. Kemudian klik "+ New ad unit"



4. Pilih "Matched Content"(rujuk gambar di bawah)




5. Kemudian korang boleh ubahsuai "style" Matched Content mengikut kehendak korang.



6. Jika terdapat pilihan "Ad option", itu bermakna blog korang layak mendapatkan iklan Adsense pada Matched Content. Korang boleh pilih nama yang sesuai untuk nama ad unit korang (supaya senang nak track performance dekat report)



7. Kemudian boleh klik "Save" dan dapatkan code Matched Content



8. Tempat yang paling sesuai adalah di bawah artikel dan sebelum komen. Search perkataan /article> dan paste code Matched Content sebelum perkataan /article>




Siap! Nanti paparan Matched Content akan muncul di blog korang. 

Baru-baru ini pon, kawan blogger Iday iaitu Luqman telah berjaya mendapatkan Matched Content dan meletakkan di blog beliau. Luqman juga ada kongsikan tutorial memasang Matched Content. Korang juga boleh rujuk artikel Luqman pada link di bawah :


Selamat mencuba dan semoga artikel ini dapat membantu korang meningkatkan trafik dan pandapatan Google Adsense dengan Matched Content

Kalau ada masalah dengan tutorial ini, korang boleh komen di bawah atau tinggalkan mesej di Facebook Page Sayaiday (link).



Hi Korang, 

KFC antara restoran makanan "fast food" yang Iday tak pernah bosan dan baru-baru ini mereka telah melancarkan promosi KFC BUCKET BERBALOI




Dulu zaman bujang, memang makan 1 set je. Sekarang dah ada family, memang kena order set bucket ni sebab lagi berbaloi sebenarnya. 




Apa yang membezakan dengan bucket sebelum ni adalah, diorang gantikan cheesy wedges dengan nuggets. Anak-anak kan lagi suka suka makan nuggets and set ini sebenarnya lagi murah dari set bucket yang sedia ada sebelum ni.


Harga bagi ketiga-tiga combo :


Bucket A Combo : RM28.90

✓ 5 ketul ayam
 Whipped potato
✓ 6 ketul nuggets
✓ 2 Pepsi (Regular)

Bucket B Combo : RM46.50

✓ 9 ketul ayam
 Whipped potato
✓ 6 ketul nuggets
✓ 1 Pepsi (1.5L)

Bucket B Combo : RM69.90

✓ 15 ketul ayam
 Whipped potato
✓ 6 ketul nuggets
✓ 1 Pepsi (1.5L)


Ini pula harga bucket yang biasa. Cuma kalau korang nak add on nugget, Iday prefer beli KFC Bucket Berbaloi. 




Sebab contoh kalau korang beli Bucket A Combo + Cheesy Wedges + Coleslow :




RM28.90 + RM6.50 + RM6.90 : RM42.30 


Lagi murah dari harga bucket biasa then siap dapat 6 ketul nuggets. Gituuuu la sampai buat pengiraan. Hahahaha 


Kesimpulannya, dengan harga RM42.30 tu, ini yang korang dapat :

Bucket A Combo : RM28.90
✓ 5 ketul ayam
 Whipped potato
✓ 6 ketul nuggets
✓ 2 Pepsi (Regular)

Add on :
✓ Cheesy Wedges (L)
 Coleslow (L)

Zaman sekarang, every sen sangat penting okay. 

So, kalau nak makan bersama family, memang berbaloi kalau kornag beli KFC Bucket Berbaloi ni. Diorang pon ada buat video untuk promosi ni :





Boleh dapatkan KFC Bucket Berbaloi di semua restoran KFC terdekat ye. Ini bukan artikel berbayar ye, Iday kongsikan apa Iday suka. Hehehe

Untuk info lanjut, layari website KFC MALAYSIA.

Kalau korang, datang KFC biasa order set yang mana? Berbaloi tak KFC Bucket yang baru ni? Boleh komen di bawah ye :)