Hi Korang! 


Dah lama tak buat "Korean Drama Review" dalam blog ni. So, kali ini Iday nak buat review tentang drama Mother (Call Me Mother). Drama ini sebenarnya adaptasi dari drama jepun dan telah tamat ditayangkan di Korea. 




Drama 16 episod ini memang mendapat liputan meluas di sana kerana jalan cerita dan rating yang tinggi untuk setiap episod. 

Memang emosi terganggu tengok drama ni, sila sediakan tisu banyak-banyak.




Info Drama


Jumlah episod : 16
Network : TvN
Pengarah : Kim Cheol-Kyu
Genre : Drama 
Pelakon-pelakon : Lee Bo-Young, Heo Yool, Lee Hye-Young, Ko Sung-Hee, Lee Jae-Yoon dan ramai lagi.





Sinopsis



Mother (Call Me Mother) mengisahkan tentang seorang kanak-kanak(Hye Na) yang didera oleh ibu kandungnya sendiri tetapi menyembunyikan hal tersebut dari orang di sekeliling termasuk gurunya.

Soo Jin pula adalah guru sementara yang mula perasan ada sesuatu yang berlaku kepada Hye Na. 


Apabila menyedari yang Hye Na didera teruk, Soo Jin mengambil keputusan melarikan Hye Na dan mula menjadi ibu Hye Na. 




Drama ini akan merungkai kenapa Soo Jin bertindak sedemikian dan persamaan dia dan Hye Na. Yang penting, jalan cerita tidak meleret dan setiap episod ada pengisian yang jadi pelengkap dalam dram ni.




So, Iday akan start buat review dibawah. Memang 100% spoiler. Baca tanggung sendiri. Hehehe



Pandangan Iday tentang drama ini


Iday memang tak tengok trailer tapi ada baca sinopsis. Takut nak tengok sebenarnya sebab cerita macam mana seorang budak didera oleh ibu kandungnya sendiri. 


Tapi sebenarnya bukan tentang tu je. Drama ini akan tunjuk macam mana seorang budak menghadapi masalah ni dan kenapa dia menipu orang sekeliling bahawa dia okay.


| Hye Na mengelak apabila Soo Jin cuba melihat kesan lebam pada badannya

Then bila Soo Jin tahu yang Hye Na didera, dia nekad melarikan Hye Na. 


Tapi kenapa dia tak report polis atau pihak yang bertanggungjawab? Ini memang persoalan Iday masa awal-awal tengok drama ni. Then lama-lama, drama ini akan menunjukkan tentang masa lepas Soo Jin yang dia juga mangsa dera seperti Hye Na.





Iday memang menyampah dengan mak kandung Hye Na sebab dia lebih sayangkan teman lelakinya sampai sanggup abaikan Hye Na. Kiranya dia buta cinta dan tak nampak perangai jahat teman lelaki dia. 





Hye Na memang bawa watak ni dengan sangat berkesan. Sampai kita boleh rasa apa yang dia rasa. Then chemistry dia dengan Soo Jin memang sangat real, macam diorang ni dah macam real ibu dan anak.





4 episod terakhir drama ini adalah episod air mata. Episod yang akan rungkai cerita sebenar antara Soo Jin dan mak kandung, Soo Jin dengan mak angkat, depresi Hye Na dan banyak lagi. 

 Then part yang diorang dipisahkan memang sangat sedih. 




Rupanya ini adalah lakonan pertama Heo Yool (yang pegang watak Hye Na). Memang terbaik kot. Memang cerah masa depan dia ni. 

So, drama ini adalah drama terbaik untuk tahun 2018 pilihan Iday setakat ini. Setiap pelakon dalam drama memainkan watak dengan berkesan. Serius memang ingat tengok filem padahal drama 16 episod kot. The cinematography, the direction, the soundtrack, it was all just so perfect!

Memang sangat recommend untuk korang tengok drama ni. 

Senarai website/link untuk tengok drama ini


→ http://kissasian.ch/Drama/Mother-2018

→ https://www1.ondramanice.io/drama/mother-korean-drama-detail



So, untuk yang dah tengok apa pandangan korang tentang drama ni?  






Hi Korang, 

Artikel resepi kali ini Iday nak kongsi cara memasak Ayam Masak Merah. Jujur, ini menu paling banyak kali Iday masak sebab mudah dan cepat. Hehehe




Sebenarnya resepi ayam masak merah ni ada macam-macam versi, ada yang letak 3 sekawan, ada yang letak sos cili banyak-banyak dan ada juga yang letak santan. Tapi Iday paling suka jenis ini, jenis paling simple. Hehehe 

Korang boleh follow step dari video ini atau penerangan resepi berserta gambar di bawah. 

So, selamat mencuba dan kalau tak faham tentang resepi ini, boleh komen di ruangan komen di bawah ye :)




Bahan-Bahan Yang Diperlukan

→ 6 ketul ayam 
→ 2 biji cili besar - dihiris
 3 sudu makan sos cili 
 2 sudu makan kicap manis
 1 sudu makan sos tiram 
 1/2 labu bawang besar - hiris bulat
 1/2 cawan air
 1 tomato (dipotong 4)
 1 asam keping
 1 sudu serbuk kunyit
 sedikit garam
 sedikit gula
→ minyak secukupnya


Bahan Kisar

 1 ulas bawang besar 
 3 ulas bawang putih 
→  2 inci halia 
→ 1/4 gengam ikan bilis




Bahan Tumis

 Bahan Kisar
 2 sudu cili kisar
 1 batang serai
Cara-cara memasak Ayam Paprik

1. Gaulkan ayam bersama serbuk kunnyit dan garam.




2. Panaskan minyak dan goreng ayam hingga keperangan. Angkat dan tuskan.



3. Gunakan minyak yang sama (kurangkan kalau terlalu banyak) bagi menumis serai, bahan kisar dan cili kisar.







4. Masukkan gula. Kacau sebentar. 



5. Masukkan asam keping, kicap, sos cili, sos tomato dan sos tiram. Boleh masukkan garam. Kacau rata.

6. Masukkan ayam dan gaul sebati. Biar kuah melekat pada ayam. Biarkan seketika



7. Masukkan air dan biar sehingga mendidih.



7. Masukkan tomato, bawang yang dihiris bulat dan cili besar.



9. Angkat dan boleh hidang bila kuah dah pekat dan ayam dah masak. 





Senang je kan masak Ayam Masak Merah . Korang boleh makan panas-panas dengan nasi putih atau nasi goreng kosong. Ada telur dadar pon sedap ni. Hehehe



Oh, korang boleh check resepi lain di blog Iday dengan klik gambar di bawah :)



Selamat mencuba! 

Lirik Lagu Luar Biasa - Ismail Izzani feat. Alif 

Hi Korang, 

Tepat pukul 12 pagi, 16 March 2018 - Ismail Izzani melancarkan official MV lagu Luar Biasa. Kalau nak tahu ini adalah single ke-3 beliau. Dan beliau selalu bawa kelainan dalam setiap lagunya.


Gigih taw tunggu pukul 12 pagi sebab memang follow update Mail untuk lagu ni. Sebab tengok teaser dia untuk lagu ni pon macam gempak.



So, korang boleh tengok video Ismail Izzani - Luar Biasa dan lirik lagu di bawah :



Lirik Lagu Luar Biasa - Ismail Izzani

Intro Apa erti sayang Erti setia Setiap hari sayang Yang Luar Biasa Verse 1 Aku tahu Ini lebih dari cinta Apa lah kami jika bukan Luar Biasa Kau juga yakin Ini lebih dari cinta Dan jika kau sedia Pre Chorus Akan aku hadir Hanya untukmu Akan aku lawan Hanya untukmu Akan aku rindu Hanya padamu Tak usah kau bimbang Dan tak usah tertanya Chorus 2X Apa erti sayang Erti setia Setiap hari sayang Yang Luar Biasa Verse 2 We ain't gotta go viral Please stay the same Then we'll go up The only way You know that I will give you what you want Just so you know you’re second to none Pre Chorus Chorus Rap Bukan lebih tahu Tapi jika kamu yakin Jangan ragu ragu Like a different feeling Tak kau sangka macam kena pop quiz Terima sahaja adanya Dan selalu ingat pada Nya You know what the life could bring You don’t want the finer things I can’t even lie Good vibes For the win Pre Chorus 2 Aku doakan hanya yang terbaik untuk kami Cinta yang Luar Biasa



-------
Komen Iday :

Video klip dia memang macam ada vibe Kpop punya style. Maybe sebab ada menari-menari tu. Tapi best and lain dari lain.

Walaupon video klip Haqiem-Jatuh Bangun pon ada style dance macam ni tapi Iday prefer Ismail Izzani punya sebab dia turut menari dari start sampai habis. Tarian dia lagi better. Hehehe

Then, Iday perasan yang Ismail Izzani macam nampak extra elok pulak dalam video klip ni. Maybe sebab dia punya outfit, tapi nampak smart.


Iday suka arrangement music dia, best best. Then lagu ni sesuai untuk gadis-gadis yang asyik rasa insecure dengan pasangan.

"Akan aku hadir
Hanya untukmu Akan aku lawan Hanya untukmu Akan aku rindu Hanya padamu Tak usah kau bimbang Dan tak usah tertanya"

Faham?

Hahahaha

So, tak leh nak komen banyak sangat sebab video klip dia takde plot twist macam video Naim Daniel, basically video dance tapi tak membosankan. Masih best untuk layan. Kalau mampu boleh la cuba diorang punya dance step. Hehehe

Tapi kan tapi laaaaaa. Harap Mail akan buat full version English, so boleh pergi lagi jauh. Hehehe Sebab accent dia best. Hehehe

Anddddd Jujur ni. Iday letak speed 1.25 and lagu tu lagi best sebab macam agak slow la lagu dia. Hahahaha

Overall, Iday suka lagu ni and dance choreography terbaik. Tak bosan tengok. Banyak kali jugak la Iday replay lagu tu. Hahaha


Okay itu je. Korang suka tak?
Hi Korang!



Iday tahu, mesti ramai yang hadapi keadaan macam ni. Kadang-kadang boleh buat kita stress di tempat kerja. Sebab tu iday harap, pada sesiapa yang baca and rasa perangai korang macam ni, sila la berubah sebelum kena campak laptop or komputer dekat muka. Hahahaha



1.Jenis hentak-hentak mouse, tekan keyboard kuat-kuat.


Iday sebenarnya tak faham jenis manusia macam ni, kalau mouse tu tak gerak or lembab ke ape, pergi tukar bateri la. Pastu pergi hentak-hentak. Bising la. Orang lain nak buat kerja jugak. 

Pastu bila ada jugak jenis tak puas hati dengan kerja, hentak mouse, tekan keyboard kuat-kuat. 

Tolong la buat kerja elok-elok, respect orang sebelah-sebelah. Kalau kau tinggal dalam bilik sorang-sorang, aku tak kisah. Ni open space. Sebatu boleh dengar kau hentak-hentak mouse. 

2. Jenis dengar lagu guna earphone, tapi kuat nak bagi semua orang dengar.

Ada jenis orang yang suka dengar lagu time kerja, aku tak kisah. Biasalah, masing-masing ada cara kerja diorang. Tapi yang aku tak faham, jenis dengar lagu dengan earphone, tapi kuat macam speaker. BINGIT lah! Hahahaha 

Then, siap menyanyi riang. Walaupon secara perlahan tapi orang still boleh dengar.




Tapi, kadang-kadang dia tak sedar. sebab tengah asyik melayan soul sambil buat kerja. So, kena tegur. Kalau still sama macam tu. cabut earphone tu, bagi dia makan! Hahahaha




3. Jenis tak buat kerja, or lambat submit kerja.

Okay, ni jenis kalau yang agih-agih kerja. Contohnya macam content kan, ada 2 pekerja. So, boss cakap 1 minggu kena 60 content kena siapkan. 

Kau dapat 30, kawan kau, Abu dapat 30. Tapi nak masuk hari rabu tu, Abu TAK SIAP! So, boss cakap. Tolong Abu, siapkan part dia. Whatttt!

SAKIT HATI tak kawan2? Macam kau buat kerja lebih untuk orang lain. 


Kalau jenis lembab sebab konon-konon buat kerja detail, takpe jugak. Ni on facebook, on twitter, tengok beautifulnara, rotikaya, siakap keli, pen merah. GRRRRR! 


4. Jenis "TOLONG BELIKAN"

Iday tak kisah kalau sekali dua, tapi ni tiap-tiap kali. Paling sakit hati kalau jenis :

"Iday, tolong belikan Nasi Goreng Daging, taknak bawang, nak pedas, daging tu nak asing, mintak sup kosong sekali, oh, tak cukup duit, tolong tambah er". Elok aku bungkus makanan dari tong sampah je untuk orang macam ni. Hahaha

Bila nak order makan dekat kawan sepejabat, jangan susahkan dia dengan pesan benda-benda rumit. Then, sila bagi duit secukupnya. Jangan jenis tak bayar pulak. 

Iday dah banyak jumpa jenis order makan tak bayar. Bukan nak berkira, cuma kalau selalu, penat jugak. Asyik aku bayar cukai GST. 


5. Jenis mulut asyik mengeluh tapi kuat

Pernah tak sejenis manusia, kalau buat kerja. Kerja dia macam tak kena. Dia akan buat bunyi macam ni. 

"Aishhhh" "Aduhhhhh" "Fu$*laaaa" "ISHHHH" "AYOOOOO" "SHITTTT" "ARGGGGGH"

tapi, dia cakap kuat-kuat. 




Kalau la dapat jahit mulut dia tu. 


6. Jenis cakap phone kuat-kuat


Kalau kau PR or partnership yang kena cakap dengan client iday okay lagi, tapi jenis cakap dengan family or kawan-kawan. Kau nak cakap kuat-kuat dah kenapa. 

Pergi la keluar, cakap dekat lobi ke ape. NO ONE EVEN CARE pon apa kau nak sembang dengan family/kawan kau tu. 


7. Jenis makan dalam office, tapi bersepah then semut datang.

Ni jenis manusia penyayang. Sebab dia belikan makanan, makan dalam office, then dia bagi sikit dekat semut-semut dalam office ni. 

Pastu meja penuh semut. sampai dalam baju semut. Makan betul-betul la, kalau tumpah lap (Sebab iday selalu tumpah HAHAHA) . Sebab bukan kau seorang yang kerja kat office tu. 



Okay, iday dapat bagi 7 je. Sebenarnya banyak lagi, tapi yang tujuh ni yang paling iday menyampah . So, kalau ada yang lain-lain, yang korang tengah rasa sekarang. Boleh la share, meh kita buat sesi luah perasaan kat sini. Hahahaha

Hi Korang!



Korang ada masalah senggugut (period pain) tak? Iday memang ada masalah ni dah lama and alhamdulillah sekarang tak seteruk dulu. 

Kalau dulu, setiap kali datang period je, Iday akan tahan dan tak makan ubat sebab ada la kawan-kawan yang cakap kalau makan ubat, nanti ada effect dekat rahim. So, memang sanggup la menahan sampai meraung sebab sakit. 




Padahal emak selalu hulurkan panodol or ubat tahan sakit, kita ni tetap taknak makan sebab percaya sangat dengan kata-kata orang. Since risau la, kalau selalu makan nanti effect dekat rahim, susah nak mengandung. 




Bila dah kahwin dan kerja, sakit senggugut ni sedikit menganggu kehidupan seharian Iday sampai wajib cuti satu hari sebulan di sebabkan period pain. Then, ada la one time Iday makan juga ubat sebab memang tak tahan sangat dah. 


Pernah tanya doktor dekat klinik

Bila Iday google and ada artikel yang mention, ubat takde effect dekat rahim. Tapi macam biasa la, masih rasa was-was. Pernah sekali Iday tanya doktor dekat klinik tentang isu ni. 


Iday : Doktor, kalau selalu makan ubat ni, akan ada kesan pada rahim ke?


Doktor : Siapa yang cakap macam tu? *nada dia tegas time ni


Iday : Ada kawan yang cakap.....


Doktor : Dia doktor ke? Pandai-pandai je cakap macam tu


Eh, emo pulak doktor ni. Masa tu Iday macam, lantak kau la. Aku taknak makan ubat kau. So, masih lagi was-was nak makan ubat tahan sakit. Ada la makan tapi tak selalu. Bila dah teruk sangat sampai nak fikir nak potong perut tu, baru makan. 




Serius tak tipu HAHAHA

Sesi soal jawab dengan Dr Sado Helok

Baru-baru ini pula segmen Buruk Cantik dalam Thinker Studio, dalam segmen tersebut Syafa dan Adriana ada buat sesi soal jawab dengan Dr Shazril Shaharuddin. 



Helok betul Doktor ni, tapi dah kahwin ye. Hehehe




Salah satu soalan adalah : Adakah ubat tahan sakid ada side-effect kepada rahim dan ini adalah jawapan Dr Shazril Shaharuddin.



So, lepas ni memang dah takde was-was. Kalau betul-betul sakit, Iday akan makan ubat tahan sakit. Tapi ada cara untuk korang elakkan dari mendapat period pain ni. Kena minum air masak 2-3 liter sehari. Iday dah amalkan minum air masak ni, and Alhamdulillah dah kurang rasa sakit. Hehehe

Tapi jangan time period baru korang nak minum air masak. Korang kena amalkan setiap hari. Hehehe

Okay, itu je perkongsian Iday untuk kali ini. InsyaAllah nanti Iday akan share lagi info-info seperti ini di blog Iday. Hehehe

Oh, kalau korang ada tips macam mana nak kurangkan rasa sakit senggugut, boleh komen di bawah ye! Hehehe

Bye!