New Video On Youtube.com/Sayaiday

Life Update : Demam Teruk + Senggugut


Hi Korang!

Alhamdulilah, baru je sihat sikit selepas demam teruk seminggu lebih dan siap ada senggugut sekali. Sampai tak tahu nak layan sakit yang mana dulu. Haha


Demam datang tiba-tiba lepas balik dari kampung Terengganu, agaknya sebab gatal pergi mandi pantai pukul 4 petang. Memang panas terik tapi gagah jugak sebab time tu ombak tak kuat sangat. Haha

Ada satu malam tu memang ingat dah tak panjang umur sebab sakit yang tak larat sangat and kebetulan arwah sepupu pernah meninggal ketika tidur sebab demam.

Bila dah sembuh sikit, call la mak. Dia pon terkejut siap menangis. Hehe

Dah sembuh la mak, nangis sokmo ni ;p - Itu je respon aku hehe

So, banyak kerja tertangguh dan blog ni pon dah lama kena tinggal, kesian dia. Busy sangat dengan projek lain sampai tak sentuh blog. 

Takpe, lepas ni kita tulis blog ni macam takde hari esok ye. 

Hehehehe

Sempena bulan April ni - bulan Birthday, nak buat giveaway la dekat blog. Nak bagi hadiah dekat pembaca blog ni. Tapi tak sure lagi konsep giveaway tu macam mana. Kena plan balik. Nanti kita announce la dekat blog. Hehe

Apa lagi nak update ye ~~

itu je la kot, yang lain-lain nanti kita update dalam entry lain-lain. Hahaha

Aah, sekarang memang mood macam menulis macam ikut sedap je. Kalau takde orang baca, kita anggapla macam bercakap dengan dinding. Hahaha

Okay bye,

Assalamualaikum, tumpang lalu (alahai sopannya)

1 comment:

  1. Ada ni PC baca...moga segera berkurangan sakit yang menyapa..

    ReplyDelete