Resepi Oden Family Mart - VIRAL




Hi Korang!

Hari tu baru je try makan Oden dekat Family Mart. Tiba-tiba dah viral Resepi Steambot Ala-Ala Family Mart dekat Facebook. Ramai yang cakap sebijik sama dengan rasa Oden di Family Mart. Betul ke?

Apa lagi, terus ajak Islam buat sebab teringin pulak nak makan Oden FamilyMart tu. Hehe

Bahan-bahan yang diperlukan pon mudah sangat. Dalam resepi ni wajib ada 3 bahan utama iaitu Pes Asam Pedas, Pes Tomyam dan jus lemon (atau limau nipis)


Iday ada buat video masak dan reaksi kitorang masa makan steambot ala-ala Oden FamilyMart ni. Boleh check video di bawah okay :)




Bahan-bahan yang diperlukan adalah :

Kuah Steambot Ala-Ala Oden Family Mart

→ 1 Pes Asam Pedas (Iday guna brand Adabi beli dekat Shopee : https://shp.ee/ftigmq8)
→ 2-3 Pes Tomyam (Brand Adabi beli di Shopee : https://shp.ee/wqzatba )
→ 1 1/2 liter air (setengah periuk nasi)
→ 1/2 lemon atau limau nipis
→ Garam secukup rasa

Cucuk-Cucuk Steambot (ini ikut suka hati korang la hehe)
→ Seafood Tofu
→ Fish ball
→ Chicken ball




Cara Memasak Steambot Ala-Ala Oden Family Mart :

Ini video resepi Steambot Ala-Ala Oden Family Mart. Agak-agak korang, sama tak macam Oden Family Mart tu? 




1. Rebus air dalam periuk sehingga mendidih.

2. Masukkan perencah asam pedas, pes tomyah, perahan lemon dan garam secukup rasa.

3. Kacau seketika dan kemudian bolehla masukkan bahan-bahan cucuk steambot tu



Then MAKAN SAJO! Hahaha



Senang sangat resepi ni oi. Kalau korang nak advance sikit, letaklah sos tiram sebab baca dekat Facebook tu, ada yang tambah sos tiram hehe




Apa yang tak best bila buat resepi ni adalah susah nak cari barang frozen tu. Hahaha Kitorang siap pergi Speedmart, Giant dan Hero Market semata-mata nak cari yang sama exactly macam Oden dekat Family Mart. Tapi tak jumpa Hahaha

Tapi nasib baik jumpa jugak Seafood Tofu walaupon tak sebesar macam dekat FamilyMart. Hehehe



Selamat mencuba Resepi Viral Steambot Ala-Ala Oden FamilyMart!







Tags