Header Ads

Ikuti Langkah Pencegahan Dan Apa Perlu Buat Jika Ada Simptom Coronavirus



Ikuti Langkah Pencegahan Dan Apa Perlu Buat Jika Ada Simptom Coronavirus?

Pada 12 Mac, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengkategorikan situasi penularan COVID-19 sebagai pandemik.

Iday tahu mesti ramai seperti yang kurang faham, Pandemik ni apa sebenarnya?

Pandemik : merujuk kepada wabak yang mengancam kawasan yang lebih luas dan merebak secara meluas tidak terhad kepada sesuatu komuniti atau daerah semata-mata tetapi seantero dunia.

Pandemik melibatkan kadar serangan yang tinggi dalam masa yang singkat. Ia melibatkan sebaran yang pantas dan menyebabkan kadar kematian yang lebih tinggi.


Tadi pon Iday ada tengok video yang dimuatnaik oleh WHO di Instagram, yang meminta semua negara lebih agresif dalam membanteras penularan virus ni. 

Ingat ye, buat masa ni cuba ikut langkah-langkah pencegahan di bawah :

1. Basuh tangan sekerap yang mungkin menggunakan sabun atau guna sanitizer

2. Elakkan memegang bahagian mata, hidung dan mulut tanpa sedar dengan keadaan tangan yang kurang bersih.

3. Kalau batuk atau bersin, cover dengan tisu atau pakai topeng muka. Korang juga boleh batuk dengan cara yang diajar oleh guru tadika di bawah :


4. Elakkan mengunjungi tempat yang ramai orang

5. Elakkan bersalam atau bersentuhan. Boleh letak tangan pada dada sebagai tanda hormat.

6. Sentiasa mengikuti info terkini tentang coronavirus dari sumber-sumber yang boleh dipercayai seperti instagram WHO, instagram Kementerian Kesihatan Malaysia dan twitter KKMPutrajaya.


Kalau ada simptom-simptom Coronavirus seperti demam, batuk, sakit tekak atau sesak nafas boleh

- hubungi CPSR Kebangsaan atau CPRC negeri
- layari Portal Rasmi COVID-19 dan klik pautan Tanya Doktor untuk bercakap dengan doktor. 

Ini supaya mengelakkan kesesakan di hospital seperti dinyatakan oleh admin twitter KKMPutrajaya dibawah :



Klik sini untuk tanya doktor atau risau dengan simptom yang dialami
https://www.doctoroncall.com.my/coronavirus

atau boleh hubungi no yang tertera di bawah :







Ingat ye, lebih baik mencegah dari merawat.

Doakan semuanya selamat dan semoga virus ini dapat ditangani dengan segara. InsyaAllah! 



Kalau berminat untuk baca artikel lain, boleh check "Related Post" atau cari dalam kotak "Search" dibawah ↓↓↓↓


1 ulasan

ejulz berkata...

Terima kasih atas perkongsian..