Header Ads

Sektor Yang Dikecualikan Daripada Perintah Kawalan Pergerakan Coronavirus (18-31 Mac 2020)



Sektor Yang Dikecualikan Daripada Perintah Kawalan Pergerakan Coronavirus (18-31 Mac 2020) 



Akibat penularan Coronovirus yang semakin serius yang kini melebihi 500 kes, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan yang kerajaan akan melaksanakan Perintahan Kawalan Pergerakan bermula 18 Mac hingga 31 Mac ini.

Tambah beliau, dia berharap rakyat tidak panik, sentiasa bertenang serta mematuhi perintah tersebut.

Perintah Kawalan Pergerakan meliputi 5 perkara iaitu :



1. Larangan menyeluruh pergerakan dan perhimpunan ramai di seluruh negara 

Semua rumah ibadat dan premis perniagaan ditutup (kecuali pasaraya, pasar awam, kedai runcit dan kedai serbaneka)

2.  Sekatan menyeluruh semua perjalanan rakyat Malaysia

Rakyat Malaysia dilarang ke luar negara. Buat mereka yang baru pulang dari luar negara, hendaklah menjalani pemeriksaan kesihatan dan kuarantin secara sukarela selama 14 hari.

3. Sekatan kemasukan semua pelancong dan pelawat asing ke dalam negara

4. Penutupan semua insititusi pendidikan

5. Penutupan semua premis kerajaan dan swasta

Sektor yang dikecualikan daripada Perintah Kawalan Pergerakan adalah seperti berikut :



Air
Elektrik
Tenaga
Telekomunikasi
Pos
Pengangkutan
Pengaliran
Minyak
Gas
Bahan Api
Pelincir
Penyiaran
Kewangan
Perbankan
Kesihatan
Farmasi
Bomba
Penjara
Pelaburan
Lapangan Terbang
Keselamatan
Pertahanan
Pembersihan
Peruncitan
Bekalan Makanan

Jadilah seorang rakyat yang bertanggungjawab dan patuhi perintah kawalan pergerakan tersebut. Tindakan ni dibuat supaya dapat menyekat penularan wabak dengan cara mengehadkan pergerakan orang ramai.

Setakat ni pawagam pon dah umumkan penutupan sementara antaranya TGV Malaysia dan GSC Malaysia.




Jangan panik sampai membeli barang makanan terlalu banyak penuh 1 troli. PM kita pon sendiri cakap, bekalan makanan kita mencukupi.



Jangan pentingkan diri sebab selain kita (yang muda-muda), warga emas lebih risiko dengan virus ini.

Be safe okay!







Kalau berminat untuk baca artikel lain, boleh check "Related Post" atau cari dalam kotak "Search" dibawah ↓↓↓↓


No comments