Enter your keyword


Mencintaimu Mr Photographer - Syafiq Kyle dan Hannah Delisha


Eh ada drama baru la. Then tajuk drama ni macam kena dengan apa yang berlaku dalam hidup Iday sekarang. Iday kan mula berkenalan dengan Islam waktu kerja sekali and waktu tu Islam memang seorang photographer. Memang kena sangat la. Hahaha



"Mencintaimu Mr Photographer yang sedang ditayangkan di Astro Ria sekarang sebenarnya adaptasi dari novel karya Emma Mariam. Diarahkan oleh Eyra Rahman dan terbitan MIG Productions Sdn Bhd.

Drama ini mengantikan Hero Seorang Cinderella dan mempunyai 16 episod.

Antara pelakon yang dalam drama ini adalah Syafiq Kyle, Hannah Delisha, Arash Mohd, Marisa Yasmin, Ariz Lufias, Aishah Azman, Amy Mastura, Hairie Othman, Elvina Chua, Ikmal Amry.

Sinopsi Drama Mencintaimu Mr Photographer

Aira Qaisara merupakan seorang gadis lincah dan manja yang bercita-cita untuk menjadi seorang peragawati seperti mamanya dan anak kepada seorang tokoh perniagaan, Tan Sri Megat Miqdad; terpisah dari mama dan abg tersayang kerana salah faham, yang membuatkan mamanya diceraikan oleh papanya ketika dia masih kanak-kanak. Aira yang tidak mengerti erti perpisahan tersebut telah menanam sifat benci dan marah kepada mamanya tanpa mengetahui sebab sebenar. 

Nazmi Elyas atau Jemy, merupakan seorang jurugambar profesional yang terkenal dengan hasil kerja di dunia modelling. Seorang lelaki yang garang dan agak panas baran tetapi selalu cepat cair bila dengan Aira. Bekerja dengan bermacam jenis wanita yang moden dan cantik tetapi hanya Aira sahaja yang mampu membuatkan dia jatuh hati. Jemy, seorang anak yang tidak diakui status sebagai "Anak" oleh ibunya sendiri. Peristiwa hitam yang dilalui oleh ibunya semasa dulu telah menjadikan Jemy sebagai anak buangan. 

Kerana terlalu sayangkan Aira, Jemy sanggup bernikah dengan Aira di seberang, sebab mendapat tentangan hebat dari papa Aira yang mahukan Aira berkahwin dengan anak sahabat karibnya, Datuk Roslan. 

Dan, kerana peristiwa hitam ibu Jemy jugalah yang menjadi punca kepada perpisahan dua hati ini tanpa rela. Mampukah Jemy mempertahankan haknya? Apakah yang sebenarnya berlaku kepada ibu Jemy sehingga beliau tidak dapat menerima Jemy sebagai anaknya? Bagaimana pula dengan Aira? Mampukah dia menjalani hidup tanpa nakhodanya?

Kalau korang nak tengok, boleh check sini : Mencintaimu Mr Photographer

Disebabkan Iday memang takde Astro dekat rumah, so Iday memang tengok online je.

Ini drama kedua lakonan Syafiq Kyle yang Iday suka. Hehehe Selamat menonton korang!





Penafian (Disclaimer): Iday tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kesilapan dalam maklumat dalam blog ini. Iday tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa kerugian, kecederaan, atau kerosakan daripada paparan atau dari mana-mana penggunaan maklumat ini. Terma dan syarat ini adalah tertakluk kepada perubahan pada bila-bila masa dengan notis atau tanpa notis.







Others Post




2 comments:

  1. awesome citer nie...xbahaya ka main adsense dgn entri nih...bleh dpt violation!

    ReplyDelete
  2. tak tengok drama ni..layan drama semusim rindu

    ReplyDelete

Follow My Instagram

Blog Archive