Senarai 12 Peserta Gegar Vaganza 5 (2018)

Thursday, September 20, 2018
Gegar Vaganza akan mula ditayangkan pada 30 September dan nama-nama kesemua 12 peserta telah diumumkan. Sebenarnya Iday terkejut dengan pilihan peserta kali ini kerana kebanyakkanya adalah otai dan orang lama di industri musik Malaysia. 


Yang pastinya Iday dah pilih peserta pilihan Iday sendiri. Nak tahu siapa peserta-peserta Gegar Vaganza 5 tahun ini? Tengok senarai di bawah :


Mya Matahari - @mya_matahari
- Popular pada tahun 90-an dengan lagu Matahari



 Farawahida - @realfarawahida
- Farawahida banyak menyanyikan lagu ntuk Ost Drama & Filem dan lagu popular beliau adalah Tanpamu dan Semuanya Ada Disini



Dia Fadila - @diafadila
- Mewakili Malaysia ke ASEAN Golden Melodies Festival 2008 dan menang Piala Emas untuk katergori Pop & Piala Silver untuk kategori Tradisional



Amelina Amir - @amelinaamirsharipuddin
- Penyanyi dangdut wanita pertama di Malaysia



Safura - @safurashah
- Mula menjadi penyanyi pada usia 26 tahun menerusi album Sedalam Mana Cintamu pada tahun 1997. Beliau juga pernah memenangi anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Anugerah Skrin 2006



Noryn Aziz - @norynaziz
- Penyanyi jaz Malaysia dan pernah memenangi Artis Wanita Baru Terbaik ketika Anugerah Planet Muzik 2007



Hetty Sarlene - @hettysarlene_oakes
- Pernah popular dalam drama Sembilu. Dua lagu popular beliau adalah Rindu Aku Rindu (2000) dan Demi Cinta Kita ft Anuar Zain



Shafie RIO - @shafierioofficial
- Vocalist utama kumpulan RIO yang popular dengan lagu Layu Dihujung Mekar.


Zamani - @zamanislam_official
- Antara penyanyi terbaik dan lagenda di Malaysia. Bermula sebagai salah anggota kumpulan Slam dan kemudian bergerak secara solo



Forteen - @official.forteen
- Aktif pada tahun 2011 di bawah syarikat rakaman KRU Records dan kini bergerak secara solo dalam bidang nyanyian dan lakonan



Elite - @elitesuperwarriors
- Kumpulan Elite merupakan artis rakaman KRU Records yang sulung, ditubuhkan pada tahun 1996



Billy Zulkarnain - @billyzulkarnainofficial
- Nine dan Billy merupakan 2 penyanyi utama kumpulan Phyne Ballerz (dibubarkan pada tahun 2004). Kemudian, pada Februari 2005, KRU menubuhkan kumpulan duo Billy Zulkarnain



Siapa #TeamZamani ? Kita geng okay! Hehehe 

Kalau tengok senarai di atas, agak-agak siapa yang bakal bergelar juara? Awal-awal ni memang susah la cakap. Mungkin kena tunggu persembahan pertama dulu. Hehehe

Pengacara Gegar Vaganza untuk musim kali ini dikekalkan iaitu Nabil Ahmad dan Jihan Muse. Manakala juri tetap adalah Datuk Ramli MS dan Datuk Khadijah Ibrahim. 

Penaja utama untuk Gegar Vaganza 5 adalah D'Herbs. 

Gegar Vaganza 5 akan bermula 30 September 2018, Ahad, 9 Malam di Astro Ria dan Ria HD.








Breakfast Thieves APW Bangsar (Vlog)

Friday, September 14, 2018
Hi Korang!


Iday dah lama tak keluar lepak luar dengan Islam sejak muka ada masalah jerawat. Iday ada share dekat artikel di bawah. Iday bukan la malu, tetapi muka memang sensitif dan sakit bila keluar or terdedah dengan suasana luar. 





Sekarang Alhamdulillah, kulit muka dah makin okay. Jerawat dah jarang naik dan sekarang cuma nak hilangkan parut je. Nanti Iday share macam mana cara Iday hilangkan jerawat dalam artikel lain.


So, bila dah start nak keluar ni. Iday dan Islam ada buat satu plan. Setiap 2 minggu sekali, salah seorang dari kitorang kena cari tempat makan best. 



Contohnya, minggu ni Islam kena cari tempat makan. So, dia kena rahsiakan lokasi dan nama tempat tu. Nanti kengkonon Iday macam tertanya-tanya la tempat tu macam mana semua. Hehehe 


Kitorang dah start minggu lepas dan Islam berjaya buat terkejut dengan dengan tempat yang dia pilih. Tak sangka dia akan pilih tempat macam tu sebab kitorang ni macam tak suka sangat cafe hipster. Hahahaha




Sebab dah kena sebelum ni, cafe je cantik tapi makanan kurang sedap dan mahal. 

So, Iday terkejut dengan pilihan Islam. Maybe sebab dia dah check review and banyak feedback yang positif. 


Nak tahu kat mana? Boleh check video di bawah :



Video dah elok rakam tapi lupa nak snap gambar makanan. Kau rasa? Terpaksalah screenshot dari video je HAHAHA





Lingkungan harga makanan dekat sini dalam RM25-RM100. Hari tu pon Islam order Mr. Terry Benedict. Rasanya paling ramai orang order la sebab tengok dekat intagram, ramai yang upload gambar menu tu.


Yes, Iday kalau pergi mana-mana kedai mesti akan check gambar makanan dekat Instagram. Tengok apa biasa customer order dan review diorang. Itulah, menu Breakfast Thieves ni simple sangat, takde gambar makanan. Hahaha


Inilah gambar screenshot video, Mr Terry Benedict. Nama makanan pon dah macam nama orang. Hehehe

Harga Mr Terry Benedict ni adalah RM29. Ada dua ketul beef yang dimasak lama (sampai isi dia lembut), english muffin, baby spinach, ketulan kentang goreng, renkon chips dan poached egg. 


Nampak macam kecik je portion tu, tapi makan kenyang. Siap boleh share dua orang. Tapi tak puas la sebab sedap. Hahahaha


Iday pulak order Siamese Geisha atau Udon Tomyam. Ada udang, vegetable kakiage (sayur tempura), tofu goreng, telur rebus, seaweed, renkon chips, taugeh, cendawan enoki, daun sup dan tomato ceri. 

Iday lupa nak ambil gambar so, Iday ambil gambar dari IG Breakfast Thieves. Hehehe




Review Keseluruhan

Rating : 

Outlook :  ✅
Hiasan pada menu tidak keterlaluan. Apa yang diorang letak, itu yang korang makan. Hehe Memang nampak menyelerakan.

Creativity : 
Nama menu kreatif, cara plating pon cantik

Taste : 
Kitorang baru cuba dua menu dan dua-dua makanan tu sedap. Tapi Iday paling suka Mr Terry Benedict tu.

Price : 
Lingkungan harga dari RM25-RM100.   


Komen Lain :

Ambiance : 

Banyak tempat duduk, ada luar untuk yang suka lepak sembang kuat-kuat. Haha

Service : 

Staff buat kerja dengan bagus dan cepat.

Food Service Speed : 

Makanan sampai dengan cepat tetapi mungkin bergantung pada crowd.

Will Revisit? : 

Yes, sebab nak try makanan lain jugak. Hehehe


Itu je la kot. Hahaha So, next place Iday yang kena pilih. Iday dah nampak kedai mana yang Iday pergi. Yang penting tempat tu ada makanan kegemaran Islam hehe





Till Then, Bye!







Blog Archive