Ini kali pertama Iday cuba TGV Beanie untuk tonton movie dan ini adalah review jujur Iday.
Iday sebenarnya konon-konon nak bagi suprise dekat Islam. Beli tiket secara online without asking him. Iday book lak movie yang islam nak tengok sangat , Dracula Untold.
Seingat Iday, masa awal-awal diperkenalkan dulu bukan semua wayang TGV ada Beanie. Hanya ada di beberapa tempat dan movie yang terpilih sahaja. Tapi kini, semua TGV menawarkan seat jenis Beanie.
Harga Tiket :
Harga tiket untuk TGV Beanie adalah RM52 dan boleh muat untuk 2 orang. Memang besar dan selesa.
Ulasan (review) Iday :
Bagi Iday, Iday suka jenis seat beanie sebab rasa santai dan best baring sambil tengok movie.
Cuma kurang best sebab sepanjang movie mesti tak duduk diam sebab nak betulkan beanie. Mungkin sebab bila duduk berdua, bila sorang gerak akan bagi kesan pada yang sorang lagi.
Korang tahu kan bila duduk atas bean bag, kerja memang nak menggelosor je. Bila nak betulkan kedudukan tu memang sama-sama bergerak la. Macam ganggu fokus tengok movie.
Tapi kalau jenis duduk diam, mungkin tiada masalah. Atau yang datang seorang, boleh 'conquer' satu seat dan memang pasti selesa.
Iday mungkin akan book lagi seat jenis Beanie masa akan datang. Tetapi, Iday akan pilih movie yang betul-betul berbaloi kerana harga seat ini bagi Iday memang mahal sikit berbanding tiket biasa.
Lokasi yang available kalau korang nak cuba Beanie ni :
- TGV 1 Utama
- TGV Sunway Pyramid
- TGV Setiawalk
- TGV Sunway Putra
- TGV Suria KLCC
- TGV Klebang
- TGV 1st Avenue
- TGV Gurney Paragon
- TGV Tebrau City
- TGV Bukit Indah
- TGV Taiping
- TGV Vivacity Megamall
- TGV Pavilion Bukit Jalil
The World's Most Comfortable Movie Theater?
Iday ada baca 1 fakta tentang TGV Beanie ni, rupa-rupanya Malaysia yang pertama wayang dekat dunia ni yang ada bean bag ni. Siap featured dalam 9GAG lagi. hahaha
Tapi, memang ada yang mempertikaikan idea guna bean bag ni. Mereka cakap kalau seseorang tertumpah air atau makanan(popcorn), memang akan rasa melekit pada seat. So, staff di TGV ni kena betul-betul berjaga-jaga. Lepas je movie habis, kena check seat by seat, kalau tak nanti ada komen tak baik dari netizen.
Ini gambar Islam masa tengok movie dengan seat TGV sebagai gambaran dekat korang macam mana besar saiz bean bag ni.
Korang pernah cuba TGV Beanie? Best tak?
Korang pernah cuba TGV Beanie? Best tak?
Kita penah pergi sekali je Beanie. Pun nak repeat lagi nanti. Ehehehe. :D
ReplyDeleteJom nanti tengok Hobbit sesame! Hehehe
Deletebaru syok nak movie maraton.. silap hari boleh tertito atas beanie
ReplyDeleteHahaha. memang best pon. Islam la syok, kalau dia xsuka movie iday pilih, dia tidur. hehehe
DeleteTak pernah try lagi tengok wayang kat tgv beanie ni.. Macam nak kena try test nih.. Hubby mesti suka since dia mmg kaki wayang.. Hehe..
ReplyDeleteRosmiza Ali Official Blog™
Hehehe. bawak la hubby tengok. boleh manja2 lentok bahu sambil tengok movie. dah halal xpe. hehe :p
DeleteKalau beli ticket tgv beanie utk 2 orang, bolehena beli satu seat or kena beli 2 seats?
ReplyDeleteBeli satu seat sebab 1 seat tu memang capacity untuk 2 orang. :)
Deletesy nk tanya...klu seta yg bawah sekali ok ke nk tgh movie...sakit kepala tak mendongak
ReplyDeleteHi harga ticket beanie rm52 untuk dua orang ye?
ReplyDeleteMana seat paling okay ya? Atas ke bawah?
ReplyDelete