Enter your keyword




Terkejut Dengan Berita Pemergian Mohd Thaqif Amin

Thursday, April 27, 2017
Assalamualaikum,


Sebenarnya Iday masih terkejut dengan berita pemergian Thaqif. Allah lebih sayangkan Thaqif. Memang sedih and marah bila Iday tahu apa yang berlaku pada Thaqif. Dipercayai didera sehingga menyebabkan ke dua kaki dipotong. Tak lama lepas tu, tangan pula dijangkiti kuman. Apa la dosa anak kecil tu. 

Lagi sedih bila tersebarnya surat luahan Thaqif yang mendakwa dirinya beberapa kali ditumbuk tanpa sebab (sumber)

Iday harap pihak yang bertanggungjawab akan menerima balasan yang setimpal. 

Dulu adik lelaki Iday pon pernah kena buli dekat sekolah dia, memang sedih bila dia balik and cerita ada orang cari pasal dengan dia. Curi duit dia, selongkar almari dia and buang kasut dia dalam longkang. 

Last-last mak dan abang Iday mengamuk pergi sekolah dan bagi amaran pada pelajar yang buli adik Iday. Abang-abang Iday ni baran sikit, agaknya sebab tu budak dah stop buli adik Iday. 

Ini baru buli sikit, kalau jadi macam adik Thaqif tu memang tak terbayang perasaan. Semoga keluarga Thaqif sabar dan tabah.

Buat mereka yang tak faham tentang kes adik Thaqif, Iday ada terangkan sedikit info di bawah :

27 Januari : 
Thaqif mendaftar masuk ke pusat tahfiz. Tak lama kemudian, Thaqif mengadu pada ibunya yang dia dan rakan dipukul. Beliau merayu supaya dikeluarkan dari pusat tahfiz tersebut.

31 March :
Thaqif dikeluarkan dari pusat tahfiz tersebut oleh ibu beliau yang mula perasan perubahan ketara pada sikap Thaqif.

19 April :
Thaqif dimasukkan ke hospital dan pihak hospital terpaksa memotong kedua kakinya kerana terdapat  darah beku dan jangkitan kuman yang merebak ke buah pinggang.

Ibu Thaqif, Felda Wani membuat laporan polis.

25 April : 
Doktor memaklumkan tangan Thaqif itu perlu dipotong bagi memastikan dia berada dalam keadaan baik, selain untuk mengelak jangkitan kuman merebak ke kawasan lain anggota badan. 

26 April :
Selepas pemeriksaan dibuat(pagi), pembedahan terpaksa ditangguhkan ke satu masa yang belum ditentukan berikutan keadaan jantungnya.

Thaqif telah meninggal dunia di Hospital Sultan Ismail (HSI) kira-kira jam 2.05 petang.




Paling sedih bila baca setiap status dari Facebook ibu Thaqif yang sentiasa update tentang perkembangan Thaqif di hospital.

Mohd Thaqif Amin hanya berusia 11 tahun. Ya Allah :(

Semoga kamu ditempatkan dikalangan orang orang yg beriman wahai adik Thaqif. Syurga buatmu InsyaAllah.







Resepi Ikan Singgang Mudah dan Cepat

Thursday, April 20, 2017
Resepi Ikan Singgang Terengganu Mudah dan Cepat | Membesar di Terengganu memang akan biasa dengan masakan Ikan Singgang. Itu memang favorite Iday sejak dari kecil. Antara makanan yang Iday takkan pernah bosan, lagi-lagi kalau mak yang masak. Hehehe

Lagi sedap bila makan dengan nasi putih panas, ulam-ulaman dan budu. Memang Terengganu style habis. Hehe

Tapi bila dah kahwin ni, takkan masih mengharap pada mak. Kena la belajar masak Ikan Singgang sendiri. Nasib baik resepi Ikan Singgang ni sangat mudah dan cepat. 



So, hari ini Iday nak share resepi Ikan Singgang cara Terengganu yang Iday belajar sendiri dari mak. :)


- Bahan-Bahan -

> Dua ekor ikan tongkol yang telah dipotong *korang boleh guna Ikan Tongkol, Selar Kuning atau Kembung
> 1-2 cm lengkuas 
*Mak iday letak  ikut rasa dia hahaha
> 1 cm kunyit hidup

> 5-6 ulas bawang di potong nipis
> 1/2 bawang besar di potong nipis
> 1 asam keping
> 2-4 biji cili padi
> 4-5 bendi (optional)
> Garam secukup rasa


Kalau takde asam keping boleh guna asam jawa tapi iday lagi suka asam keping. Masam-masam kuah sedap! Hehe






- Cara Memasak Ikan Singgang -

1. Korang masukkan semua bahan tersebut di dalam periuk :
- Asam keping, bawang, bawang putih, lengkuas dan kunyit hidup



2. Masukkan air, lebih kurang separuh periuk. Agak-agak la, kalau ikan banyak letak air banyak, kalau sikit, letak air sikit. Hehehe


3. Masak air dan bahan-bahan tadi sehingga air mendidih.


4. Kemudian masukkan ikan ke dalam air rebusan bahan-bahan tadi. Paling penting, pilih ikan yang segar. Supaya akan rasa manis ikan dalam kuah singgang nanti.



5. Biarkan sehingga mendidih, kemudian masukkan garam secukup rasa. Biarkan sehingga ikan masak.


6. Perlahankan api, kemudian masukkan bendi dan cili api. Cili api tak perlu potong, boleh letak macam tu je.


7. Agak-agak ikan dah masak and rasa masakan dah sedap, so siap! Alahai senang sangat nak masak Ikan Singgang ni sebenarnya. Hehehe


Dah boleh makan panas-panas dengan nasi putih, ulam-ulaman dan budu. Memang bertambah-tambah la nasi nanti. Hehehe

Kadang-kadang Iday buat macam bubur kuah singgang. Sedap! Hehehe


Selamat mencuba! Hehehe 


Jangan lupa check resepi lain dari blog Iday di link ini : https://goo.gl/upj3lu





Kelakar Teruk Pian Kpop Dalam Motif Viral

Sunday, April 16, 2017
Siapa yang tak kenal Pian Kpop, yang pernah viral dengan video marah wanita kentut dalam bank. Memang kelakar. Baru-baru ini Pian di jemput sebagai tetamu jemputan Motif Viral.


Iday memang sekarang selalu layan video Thinker Studios dekat Youtube sebab diorang ni memang kelakar, lagi-lagi video Troll-lala and Buruk Cantik. 

So, baru je tadi Iday tengok video Pian Kpop dalam Motif Viral. Iday rasa ini guest jemputan paling kelakar dan best. Tengok je la macam mana diorang gelak. Even iday ni dah gelak sampai keluar air mata. Hahaha


Kelakar kan?? HAHA

Personaliti Pian yang selamba dan self esteem 200% itu yang buat kelakar, Host Motif Viral pon pandai dalam memilih soalan. Hahahaha

Video Motif Viral bersama Pian Kpop ni pon tengah trending sekarang di Youtube. Tadi last iday tengok, #40 trending di Youtube.

Apa-apa pon, kita harap Pian semoga sukses dalam menjadi artis kpop pertama di Malaysia. Hehehehe





Blog Archive

My Blog List