Bola Sepak Malaysia vs Brunei | Sukan SEA KL 2017


Hi korang! 

Tahun ni kan Malaysia menjadi tuan rumah Sukan SEA 2017, semestinya Iday sebagai rakyat Malaysia memberi sokongan 100% terhadap Malaysia terutama sukan bola sepak. 


Kali terakhir kita menang pingat emas untuk bola sepak B-22 pada Sukan SEA 2011 di Jakarta, Indonesia. Iday masa tu tengok live dekat rumah and memang happy bila kita menang. Iday harap tahun ini kita berjaya bawa pingat emas untuk sukan bola sepak tahun ini.

Keputusan undian bola sepak kali ini menempatkan Malaysia di kumpulam A bersama-sama Myanmar, Singapura, Laos dan Brunei.

Saat ini pon tengah berlangsungnya perlawanan antara Malaysia dan Brunei. Saat iday update artikel ini, Malaysia menang 2-1! Tahniah team Malaysia!



Untuk mereka yang terlepas perlawanan bola sepak antara Malaysia dan Brunei tadi, boleh la tengok di video bawah ini ye :)



Syabas Team Malaysia. Tak sabar nak tengok games yang seterusnya. Harap-harap dapat la tengok peringkat final dan menang pingat emas. Hehehe

Nanti kalau Malaysia ke final atau separuh akhir, boleh la tengok dekat Stadium Bukit Jalil. hehehe

Oh, pasukan Netball Malaysia pon menang dengan Thailand tadi! Tahniah sekali lagi #TeamMalaysia

Iday harap Malaysia jadi juara tahun ini! Semangat berkobar-kobar ni. Hehehe

Korang suka sukan apa?





Others Post




1 comment:

  1. All the best to #TeamMalaysia. Moga dapat harumkan nama negara!

    ReplyDelete

Follow My Instagram

Blog Archive