40 Jenis Menu Hanya RM9.90 @ The Mines Sri Kembangan | Foodtopia "Foodbulous Weekday Treats"



Hi Korang!


Bermula 6 Nov 2017 sehingga 1 Dec 2017, korang berpeluang untuk menikmati 40 hidangan dari 13 outlet terpilih di The Mines Sri Kembangang dengan harga serendah RM9.90. Paling best setiap hidangan makanan berserta dengan air minuman. 


13 outlet yang terpilih adalah Almendi's Restaurant, Nyonya Mama, Sepiring, Himosasa, Teppanyaki, Ah Yip Herbal Soup, The Chicken Rice Shop, Dubuyo, Esquire Kitchen, Fish & Co, Makan Culture, BBQ Plaza(non halal) dan Pizza San Fracisco.




Ini semua adalah promosi Foodtopia “Foodbulous Weekdays Treat” di The Mines dengan syarat korang hendaklah register sebagai ahli Capistatar. 


Iday akan explain dekat korang di penghujung artikel ini sebab Iday nak kongsikan pengalaman Iday menikmati menu RM9.90 di 5 outlet pada minggu lepas. Semoga artikel ini dapat membantu korang untuk memilih menu pilihan korang. 




Dubuyo




Iday baru tahu yang Dubuyo ada dibuka di The Mines Sri Kembangan. Dubuyo antara restoran korea yang paling Iday suka. Senang la nak datang makan sebab berdekatan dengan rumah. 




Dubuyo menawarkan 2 menu untuk promosi RM9.90 ini. Setiap menu dihidangkan bersama nasi dan teh barli. Bagi Iday, memang berbaloi. 


Set 1 : Chicken Soondubu Jigae






Set 2 : Chicken Honey Garlic Bulgolgi








Komen Iday : Iday suka kedua-dua set ini kerana disediakan bersama nasi dan air. Memang mengenyangkan dan berbaloi dengan harga. Antara kedua-dua set ini, paling Iday suka adalah set 1 kerana Iday memang suka makanan berkuah. Hehehe

Nyonya Mama





Nyonya Mama menyediakan 3 jenis menu untuk promosi RM9.90 iaitu Nasi Lemak Sambal Sotong, Asam Laksa dan Mee Kari.




Setiap hidangan disertakan dengan 4 jenis minuman pilihan iaitu Iced Lemon Tea, Limau, Cincau dan Sirap. 


Set 1 : Nasi Lemak Sambal Sotong




Set 2 : Asam Laksa




Set 3 : Mee Kari






Komen Iday : Iday suka nasi lemak tapi Iday tak makan sotong, tapi sambal dia sedap. Antara ketiga-tiga menu ni, Iday paling suka Asam Laksa dan Mee Kari. Kedua-dua mempunyai kuah yang pekat dan portion yang banyak. Memang Kenyang. 

Paling Iday suka adalah pilihan jenis minuman untuk set ini. Takde la asyik minum air yang sama kan. Hehe


The Chicken Rice Shop





Dengan harga RM9.90, korang boleh pilih 2 jenis menu di The Chicken Rice Shop iaitu Crispy Roast Chicken With Rice dan Sai Too Fish Ball With Shredded Chicken Noodles. 




Setiap menu akan dihidangkan bersama Ice Lemon Tea. Korang boleh la pilih samaada nak makan nasi atau mee. 


Set 1 : Crispy Roast Chicken With Rice And Soup Of The Day










Set 2 : Sai Too Fish Ball With Shredded Chicken Noodles








Komen Iday : Antara kedua-dua set ini, Iday paling suka Nasi Ayam. Iday memang dari dulu suka makan Nasi Ayam dekat The Chicken Rice Shop. Bagi Iday 1 set nasi ayam dengan minuman berharga RM9.90 memang berbaloi. 



Sepiring




Ada 2 jenis set hidangan RM9.90 di Sepiring iaitu Penang Assam Laksa dan Nasi Kunyit bersama Kari Ayam. Setiap menu dihidangkan bersama Iced Peach Tea. 




Set 1 : Penang Assam Laksa





Set 2 :  Nasi Kunyit bersama Kari Ayam








Komen Iday : Iday paling suka Kari Ayam, memang sedap dan portion pon boleh tahan besar dan banyak untuk seorang makan. Memang kenyang la. Hehehe 

Kalau korang taknak makan nasi, korang boleh pilih Penang Assam Laksa. Ini memang portion besar sampai Iday tak dapat habiskan seorang. Kuah dia cair sedikit tetapi sedap. 



Teppanyaki



Dah lama Iday tak makan dekat Teppanyaki, dengan adanya promosi RM9.90 ni Iday boleh pilih satu menu dari 3 menu yang ditawarkan di sini iaitu Salmon Head Miso Soup, Niku Soba dan Mini Chicken Teppanyaki. 


Set 1 : Niku Soba





Set 2 : Mini Chicken Teppanyaki







Set 3 : Salmon Head Miso Soup






Komen Iday : Iday paling suka mini chicken teppanyaki dan niku soba. Tapi kalau korang suka makan salmon, korang boleh cuba Salmon Head Miso Soup. Walaupon mini, ayam dalam mini chicken teppanyaki dan nasi banyak. Kalau makan untuk tengahari memang kenyang. Hehehe



Ini baru 5 outlet yang Iday dah cuba, ada lagi 8 outlet yang korang boleh cuba. Tapi tengok juga ye sebab ada outlet yang non halal. Okay! Hehehe


Cara nak dapatkan promosi RM9.90 ini?


Tak susah pon sebenarnya, hanya perlu ikut step di bawah : 


1) Buka website http://www.foodtopiathemines.com 



2) Isikan maklumat diperlukan 



3) Screenshots QR Code 



4) Tunjukan kod tersebut kat kaunter mana-mana outlet pilihan
5) Enjoy The Meal & bayar Rm9.90 sahaja


Paling best, korang boleh guna barcode sama setiap hari. Tetapi ingat ye, satu orang hanya 1 QR Code. Ala, nak register pon percuma je. Hehehe


Promosi “Foodbulous Weekday Treats*” hanya boleh dinikmati pada hari biasa Isnin hingga Jumaat pada 6/11 – 10/11, 13/11 – 17/11, 20/11 – 24/11 dan 27/11 – 1/12. Boleh la ajak kawan-kawan satu pejabat untuk menikmati makanan tengahari yang berbaloi-baloi ni. 


Jangan lepaskan peluang ini dan boleh berjimat dengan bijak. Hehehe



Untuk info lanjut, layari website dibawah :


www.the-mines.com.my 
www.facebook.com/theminesshoppingmallpage






Others Post




14 comments:

  1. Amboi. Ni betul2 murah ni! Bolehlah singgah kejap lagi. Woohoo!

    ReplyDelete
  2. Menarik kan...boleh makan banyak2 ni dalam satu hari...huiii pecah perut...murah2 semua...

    ReplyDelete
  3. Wah, bawah 10 Ringgit tapi dapat makan best2!
    Kena try ni...
    =D

    ReplyDelete
  4. Wah menariknya! lagi2 Dubuyo itu. I cannotlah. dahlah mur murah belaka dengan menu rm9 ni. selalu pergi Dubuyo kurang2 rm30 lebih juga. haaaa nak pergi The Mines lah macam ni.

    ReplyDelete
  5. Biar betul semua makanan bawah 10ringgit jer kat sini nampaknya kita ada lokasi makan yang baru kena pergi ni hehehehe...

    ReplyDelete
  6. Berbalonya harga dia! Memang rugi lah kalau tak pi makan. 40menu kot.banyak pilihan tu

    ReplyDelete
  7. Foodtopia ada nampak orang pos berkenaan ini. Menarik dengan harga yang mampu milik dapat merasa pelbagai makanan. Selain itu The Mines Sri Kembangan memang tempat untuk hangout terutama dihujung minggu.

    ReplyDelete
  8. Wah murahnya. Teringin pula,lagi" asam laksa tu. Lapar terus bila nampak

    ReplyDelete
  9. Asam lakda tu mngoda gila...tpi best gila kot byr rm9.90 ja utk mkn bila jd ahli kan

    ReplyDelete
  10. ehh bagus lah The Mines ada buat promotion macam tu. good marketing strategy, hopefully mall dekat penang boleh ikut jugak!

    YourFinanceDoctor

    ReplyDelete
  11. Yummy...menarik semua ni. Harga pulak berbaloi. Nak daftar ahli la, boleh cuba nanti. Thanks for the info.

    ReplyDelete
  12. nak kena save tarikh ini Isnin hingga Jumaat pada 6/11 – 10/11, 13/11 – 17/11, 20/11 – 24/11 dan 27/11 – 1/12.

    ReplyDelete
  13. Balik dr jepun nnti mmg nk dftar ahli..murah2 harga maknan dia. Sis rajin kuar mKan..so jimT sikit duit

    ReplyDelete

Follow My Instagram

Blog Archive