Kes Hilang di Villa Nabila (23 Hilang?)

0

Salam,



Pagi tadi kecoh kat twitter/instagram/facebook pasal kes Villa Nabila. Hari tu baru kebetulan aku dok selidik pasal villa Nabila ni lepas aku usha trailer Highland Tower. Aku google la tempat paling seram kat Malaysia and Villa Nabila ni salah satu dari tu. 


So,nak dijadikan cerita, dapat dari info yang bersepah dekat twitter/facebook/instagram tapi belum dapat kesahihan dia lagi. Seramai 30 orang memasuki Villa Nabila dan hanya 7 orang berjaya keluar manakala 23 lagi hilang dan hanya kedengaran suara mereka. ohh, part ni memang scary. yang aku pelik, punya banyak tempat nak pergi yang pergi banglo berhantu ni dah kenapa. 


tak tengok movie2 seram kat wayang, yang jadi cerita hantunya sebab diorang cari pasal pergi tempat2 camtu. okay, back to cerita Villa Nabila ni.


dari info lagi, cuma seorang yang betul2 dilaporkan hilang. family buat laporan maybe. yang ni aku dapat dari twitter.  




okay. cerita pon boleh taw kesahihan lagi.  ni dari instagram AgHotFM.




ape-ape pon, kalau ada yang betul2 hilang, doakan diorang selamat. Villa Nabila ni pon dah jadi trending dekat twitter. 


Mazidul pon ada update pasal Villa Nabila ni. Boleh Usha sini:

 http://www.mazidulakmal.com/2012/07/villa-nabila-exposed.html 

yang ni info cerita sebenar dari Mazidul :
Heboh di laman sosial, kes 23 individu didakwa hilang di Villa Nabila, Johor Bahru, Johor. 

"Cerita sebenar?," itu soalan saya kepada sahabat, wartawan, juga blogger, Zulhazri Abu Bakar di Johor Bahru.

"Wanita, Norhayati Mohamad, 38 tahun, membuat laporan polis, anaknya, Mohamad Izzat Izzudin, 16 tahun keluar dari rumah dan tidak pulang sejak Sabtu lalu. Awal pagi tadi, ibu itu telah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan," lapor Zulhazri.

"Jadi apakah hubungannya dengan kisah tersebar di laman sosial, 23 individu hilang di Villa Nabila?," tanya saya lagi.

"Terdapat maklumat mendakwa kononnya Izzudin dilihat masuk ke Villa Nabila bersama 30 rakan pada jam 4 pagi Ahad lalu. Bertindak secara proaktif, hasil daripada maklumat disalurkan itu, polis serta kakitangan Bomba dan Penyelamat Johor Bahru telah melakukan pemeriksaan di setiap ruang di Villa terbabit, di atara jam 3.30 pagi dan 5.30 pagi tadi. Saya kemudian menghubungi Pemangku Ketua Polis Daerah, Superintendan Abd. Samad Salleh, beliau menafikan berita kehilangan 23 individu itu," jelas Zulhazri.

Kalau nak taw lebih lanjut pasal kes ni. boleh usha twitter :
https://twitter.com/TwtICYM sebab diorang sendiri ada kat sana and post gambar pasal kes Villa Nabila :)








ni antara yang selamat


budak baju merah tu yang antara yang selamat

update (12.33pm) : 

dari berita harian :




Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)