4 kes kematian pelajar di sekolah (Jul 2025–Okt 2026)

0

4 kes kematian pelajar di sekolah (Jul 2025–Okt 2026)




Macam mana boleh ada empat orang pelajar meninggal dunia di sekolah dalam tempoh yang singkat ni?
Sekolah pun dah tak selamat sekarang. Memang sedih bila ibu bapa, nenek hantar anak ke sekolah dengan harapan untuk belajar, tapi akhirnya menerima jasad yang sudah tidak bernyawa dalam keadaan yang tidak adil.

Zara Qairina Mahathir – Pelajar Tingkatan Satu (13 tahun) ditemui tidak sedarkan diri di kawasan asrama selepas dipercayai jatuh dari tingkat atas. Inkues dijalankan bagi menentukan punca kematian dan menyiasat sebarang unsur pengabaian atau jenayah.

Yap Shing Xuen – Pelajar Tingkatan Empat (16 tahun) diserang dan ditikam di dalam tandas sekolah. Mahkamah memutuskan pelaku dibebaskan daripada pertuduhan membunuh kerana disahkan mengalami gangguan psikiatri semasa kejadian dan dihantar ke Hospital Bahagia.

Muhammad Idlan Fareeq – Pelajar Tingkatan Dua (14 tahun) ditemui tidak sedarkan diri di kawasan asrama sekolah sebelum disahkan meninggal dunia. Pihak polis telah membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Irene Sofiya Mohd Khairool Faisal – Pelajar Tingkatan Empat (16 tahun) ditemui tidak bernyawa di kawasan dewan sekolah dengan kesan kecederaan fizikal yang mencurigakan. Beberapa orang pelajar telah ditahan bagi membantu siasatan kes bunuh.

Nak tak nak, kena mengaku gak yang cara anak-anak ini dibesarkan serta didikan di rumah memainkan peranan yang sangat penting.

Akses internet tanpa kawalan dan pemantauan itu satu hal. Macam-macam perkara tidak elok yang tak sepatutnya diorang tahu, dapat diakses dengan mudah. Ibu bapa yang jenis ikut telunjuk anak, terlalu membela anak, dan kurang ambil tahu aktiviti harian anak-anak pula satu hal lagi. Ditambah lagi dengan pengaruh rakan sebaya.

Pastu min perasan, pelajar sekarang tak macam dulu. Tak boleh ditegur, ada kes tu sampai takde perasaan hormat pada cikgu. Seram kadang-kadang bila baca perkongsian orang ramai tentang isu ni.

Patut dah boleh pasang cctv seluruh sekolah dah lepas ni. Jangan ada blindspot pon. Ccctv ni bukan kita nak cari pelaku tapi biar ada rasa takut pada pelajar yang otak jahat ni. Tolong la pasang cctv.

Tapi betul la kita tak boleh hanya menuding jari dan menyalahkan satu pihak je. Realitinya, ini isu bersama yang memerlukan perhatian serius daripada semua pihak.

Serius cannot brain la semua ni.

Takziah diucapkan kepada keluarga mangsa. Semoga diberi ketabahan dan kekuatan dalam menghadapi ujian yang amat berat ini, serta dipermudahkan segala urusan untuk mendapatkan pengadilan yang saksama. Al-Fatihah dan salam takziah.

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)