The Kabin Kuala Selangor : Hotel Review Dan Harga (Lokasi Drama Jujurlah Nikahi Aku)

19



Hotel Review lagi! :)

Kali ni, iday nak cerita tentang 1 tempat yang iday pergi bersama Islam pada bulan April haritu. Konon-konon, nak celebrate my birthday. Dah tua bangka dah! Hahaha 


The Kabin actually baru lagi beroperasi iaitu pada December 2014, tetapi mula mendapat perhatian orang ramai kena reka bentuk resort/hotel yang lain dari lain. Tidur dalam CONTAINER? Hahaha 


Ni kali kedua iday review hotel yang guna konsep container ni. Yang first iday review Container Hotel dekat KL . Boleh check link ni :


Update 2020 : Sekarang tengah ada promosi sempena Cuti Sekolah!




The Kabin terletak  di Pantai Remis, Kuala Selangor dan hanya 1 jam perjalanan drive dari KL. Bagi iday, tempat ni sesuai untuk mereka yang perlukan short vacation kerana kedudukan tempatnya tersorok dan senyap. 




The Kabin boleh memuatkan sehingga 78 guest dalam satu masa, sesuai untuk event, teambuilding, family day dan macam-macam lagi. Konon-konon kalau nak buat teambuilding, kat sini ada bilik karaoke yang besar, 2 tempat BBQ, pool dan dekat dengan pantai (boleh buat outdoor activities). Kalau nak buat event Blogger pon boleh. Hehehe







Cafe pon ada tersedia di The Kabin, boleh lepak, main dengan kucing, makan. Hehehe Tapi jangan risau, ada banyak kedai makan yang terdekat yang korang boleh makan kalau datang sini. Masa datang The Kabin, malamnya iday pergi makan dekat Aroma Ikan Bakar, 15 minit dari The Kabin. Boleh check artikel iday : 



Ini lah rupa cafe dekat The Kabin ni :



Kalau nak lepak makan dekat luar cafe pon boleh, nak tengok kolam ke. Hahahaha



Iday and Islam sempat jamu selera dekat Cafe di The Kabin ni, sampai-sampai lepas Check-In, masing-masing lapar, then makan set burger special and fries. Sambil-sambil lepak main dengan kucing. Hehehehe






Islam biasa la, suka buat muka kena paksa senyum. Grrrrrr.




Comel kucing ni tidur, time kitorang datang and check in ni, tengah hujan. Serius sejuk. 







Hahahaha over pula, letak gambar kucing banyak-banyak. Hehehehe Time breakfast, Iday and Islam makan nasi lemak. Sedap! Actually, iday tak rasa diorang masak, iday rasa diorang beli dekat luar. Maybe sebab time iday datang weekday, so tak ramai orang. Kalau masak, takut rugi. Hehehe








Sebenarnya kitorang breakfast dalam pukul 10 camtu, sebab pagi tu awal-awal dah terjun dalam kolam. Hahahaha Puas hati dapat mandi, lagi-lagi bila kitorang je ada time tu. Ada guest lain dah check-out pagi-pagi. Hehehehe










Jangan ingat boleh main terjun je, ada rule yang korang ikut. lagi-lagi bila tiada lifeguard untuk tolong korang. Dekat The Kabin ni ada 2 jenis pool, satu untuk orang dewasa, dan satu lagi untuk kanak-kanak. Tapi still, kena sentiasa berhati-hati. Jangan seronok sangat. 



Cakap pasal seronok, tengok je la Islam ni. Suka sangat dia mandi. Macam-macam gaya renang dia tunjuk. Hahahaha Kolam dia takdela dalam sangat. Kalau tinggi iday,158. Kolam tu setinggi paras dada. So, yang tak pandai berenang boleh buat-buat pandai berenang. Hehehehe









Seronok betul --.--

Oh, Iday lupa nak cerita tentang bilik-bilik yang ada di The Kabin ni. Untuk pengetahuan korang, dekat The Kabin ni hanya ada 1 bilik untuk 2 orang iaitu, Durban. Yang lain-lain semua jenis 4 pax-6 pax. 

Okay ni gambar macam mana rupa bilik Iday and Islam. Dia macam 1 container tu, dia letak bilik tidur dan bilik air sekali. Kecil sebenarnya, tapi selesa untuk 2 orang. Hehe


Suka betul lepak atas Bean Bag tu. Hehehehe Kat dalam ni ada TV dengan siaran Astro , ada cerek, air masak, almari untuk gantung baju. Overall, puas hati la dengan bilik ni. Hehehe Lagi-lagi bila betul-betul depan pool, takyah nak panjat2 tangga. Hehe





Toilet dia pon besar, sekali dengan shower room. 







Ni pulak bahagian luar bilik, ada beranda siap kerusi untuk lepak-lepak. Korang boleh request makanan datang bilik taw. 






HARGA BILIK



Harga bilik Durban, kalau Peak Rates RM240 per night, masa iday pergi masa weekday, RM160. So, kalau nak tengok price lain boleh check table bawah ni :


UPDATE 2020 : Iday ada check rate ni Nov 2018, memang tak berubah dan sama seperti di bawah.





Bagi iday rate The Kabin, tidak terlalu mahal. berbaloi dengan kemudahan yang ada kat sini. Contohnya kalau book bilik Rotterdam (6 pax), seorang akan bayar lebih kurang RM82 1 malam. So, less than RM100. Still a good rate.


Apa lagi ada dekat The Kabin ni?

UPDATE 2020 : Iday ada check website diorang, sekarang dah ada macam-macam dekat The Kabin, antaranya :

• Kafe



• Swimming Pool - 50ft length pool








• Karaoke



• Vladivostok Hall

Fully air-conditioned hall (2000 sq.ft) boleh muat dari 80 orang hingga 180 orang.





• Valencia Hall



• Savvanah Lounge

Tempat lepak yang tertutup , siap ada pool dan board games. 




• BBQ Garden






• Basikal untuk disewa


• Kayak & Sup

The Kabin memang dekat dengan pantai, so korang boleh sewa kayak dan sup. Jaket keselamatan juga disediakan.




• Taman Permainan Dan Court





Oh dekat The Kabin ada tree house. Mengimbau kenangan dulu-dulu panjat pokok, buat tree house. Hahaha Actually yang dekat The Kabin ni takdelah exactly atas pokok. Hehehe 



Dalam luas, boleh la kalau nak lepak bersama keluarga or main indoor game ke. Then, dari tree house ni korang boleh nampak pantai Remis. 




Okay, lain-lain gambar yang sempat Islam tangkap time stayed dekat The Kabin hari tu boleh tengok bawah. Sedikit sebanyak boleh tolong korang bayangkan macam mana rupa The Kabin tu. Hehehe



















































Bagi iday tempat ni best untuk buat event or gathering samada company or family. Banyak aktiviti yang korang boleh buat kat sini, lagi-lagi dekat sangat dengan pantai. Kalau nak cari tempat makan pon mudah kat sini. 




Untuk maklumat lebih detail tentang tempat ni, korang boleh check website, facebook dan Instagram The Kabin dibawah : 




The Kabin @ Pantai Remis
45800 Jeram, Kuala Selangor

GPS : 3.195 N, 101.307 E

Email : info@thekabin.com.my
Phone : +60332640578 / +60176783825

Website | Facebook | Instagram 

p/s : bukan review berbayar. semua dari pengalaman sendiri :)

Post a Comment

19Comments
  1. lain daripada yg lain..nice review..

    ReplyDelete
  2. seronoknya iday dapat pergi bercuti tmpt2 gituu..pestime tau ada hotel bentuk cabin :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe, sekali sekala try hotel yang berbeza. sebenarnya kat Malaysia ni dah banyak hotel style cabin ni. Hehehe

      Delete
  3. menarik..cantik pulak tempatnya..aman dan tenang..best bercuti kat sini

    ReplyDelete
  4. AWHH! Menarik nya tgok gambar-gambar ni.. Awesome gak idea dapat tido dalam kabin tu. dekat pun dekat ja kan.. Great review iday ;)

    ReplyDelete
  5. Cantik tempat dia..
    Kali pertama lalu baru nak siap tempat ni..
    Lagipun tak jauh sangat dari rumah akak.. hehehe..
    Suka tengok tempat tu, nampak unik..

    ReplyDelete
  6. Unik & nampak menarik sgt..InshaaAllah ada peluang nak ajk family pegi ..thx for sharing :)

    ReplyDelete
  7. Hubby ada ajak pergi sini, tapi xde kesempatan lg. Situ dekat dgn Aroma Ikan bakar, sronok dgn suasana kampung..

    ReplyDelete
  8. lawanya tempat ni.. bilalah dapat pergi sini... kucing tu mmg kucing kat situ ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe nanti plan la datang sini. Aah, kucing tu dekat situ, tapi tak sure kalau kucing owner ke. hehehe

      Delete
  9. hye.. sini panas x? either dalam cabin or luar?sbb nmpak mcm kurang pokok..heee :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi :)

      Masa iday pergi ni tengah hujan, tapi esoknya cuaca cerah and tak panas. mungkin sebab tepi pantai kot, rasa angin dari pantai. hehehe

      dalam cabin memang tak panas sebab diorang ada aircond. tapi tak pasang aircond pon sejuk je. hehehe

      Delete
    2. oh.. okay.. thanks for the reply ya iday.. good to hear that..:D

      Delete
  10. Wah cm menarik ni...hehe suka review bila sertakan harga (y) hehe nice one iday

    ReplyDelete
  11. Thank you for such a well written article. It’s full of insightful information and entertaining descriptions. Your point of view is the best among many. The Hub

    ReplyDelete
  12. Hai bilik karaoke tu kena bayar ke? Brp sejam?

    ReplyDelete
Post a Comment