True Love - Kata Hati | Persembahan Live Lagu Dari Video Neelofar Hijab

1


Siapa dah tengok video promo Neelofar untuk Raya tahun ini, True Love? Kalau dah tengok, mesti ada thought yang short film tu betul-betul follow kisah cinta #Lofattah. Kan? Dari scene berlakon filem bersama, makan McD and Neelofa teman Fattah main futsal. 


Sampai kawan yang teman pon orang yang sama dalam video. Hehehe

Sebenarnya, Iday taknak cerita tentang video or jalan cerita or #Lofattah. Iday nak cerita tentang lagu dalam video tu. Ada satu scene, lelaki dalam cerita tu dedikasikan satu lagu untuk Neelofa (eh, macam gosip Fattah Amin buat lagu untuk Neelofa sebelum ini hehe).

Tajuk lagu itu adalah True Love dan Neelofa adalah producer lagu tersebut. Lagu tu ciptaan Aizat Amdan dan Anas Amdan rupanya. Dhany pula dari band Kata Hati di Indonesia. Serius suara dia best. Dengar apa kata Dhany dan Neelofa tentang lagu tersebut.


Lagu tu akan mula disiarkan di radio-radio di Malaysia. Iday suka. Iday suka suara Dhany and lagi-lagi ciptaan Aizat Hamdan. Dhany ada buat persembahan live di program Meletop baru-baru ini. Korang boleh dengar dan tengok live persembahan Dhany di bawah.


Part korus dia memang terbaik. Suara serak-serak. Ada sikit suara macam Azlan Typewriter kan. Hehehe Lagu ni memang akan masuk AJL. Confirm! Tapi Iday nak try Aizat nyanyi live sekali. Hehehe

Then rupanya lagu "Takkan Pernah Jauh" pon nyanyian Kata Hati. Okay, dah ada band Indonesia yang Iday suka. Campak dalam list lagu-lagu Indonesia best. Hehehe

--------------------------

Lirik Lagu True Love by Dhany Kata Hati

Kau penyeri dalam hidupku 
Ku kan menjagamu tiap detik waktu 
Moga kita bahagia 
Selamanya 

Seribu batu terpisah 
Takkan berubah kasihku 
Hanya kau saja yang aku mahu 
Sejujurnya 

(korus)
Kau penyeri dalam hidupku 
Ku kan menjagamu tiap detik waktu 
Moga kita bahagia 
Selamanya 

Genggam tanganku 
Jangan pernah lepaskan 
Izinkan aku mencintai dirimu 
Moga kita bahagia

Hu hu hu hu hu hu (banyak kali tak kira hahaha)

Till the day I die (part english tak dengar sangat, nanti iday update)

--------------------------

Tapi memang kebetulan ke? Wanita Terakhir pon Aizat Amdan yang cipta. Lagu Neelofa pon Aizat juga yang cipta. eh eh. Hehehe

Siapa suka lagu ni? Best tak?

Post a Comment

1Comments
  1. Bestkan lagu ni...
    Video klip nhtruelove tu pun saya suka.

    ReplyDelete
Post a Comment