Hotel Review : Austin Height Golf & Hotel Resort, Johor Bharu

1

Hi

Hari ini Iday nak story sikit pengalaman Iday ketika menetap di Austin Height Golf & Hotel Resort di Johor baru-baru ini. Sebenarnya Iday ke Johor untuk program DesaStay anjuran Tourism Johor dan diberi peluang untuk menetap di hotel tersebut. 

Korang boleh baca story tentang program DesaStay sini : 





Cantik sangat kan bilik? Oh Iday tak tidur di bilik dalam gambar atas. Itu adalah salah satu bilik dalam President Suite. President Suite ada 3 bilik dan ruang tamu yang besar. Cukup untuk 1 family besar yang ingin datang bercuti di Johor. 

Sampai je hotel, pakat bergambar la reramai. Hehehe




Okay la, Iday sebenarnya nak cerita tentang bilik Iday. Iday dapat 1 bilik dengan seorang lelaki. Hehehehe

Islam la, siapa lagi. Ini kali pertama kitorang join trip bersama and thanks to Kak Zana dari Rush Media kerana tempatkan kami dalam 1 bilik. And rakan blogger lain pon dapat 1 bilik untuk 2 orang. 

Paling best, semua reaksi sama :

"Eh, ni bilik kita ke?"

"Kenapa besar sangat?"

Tengok gambar-gambar bawah ni, Ini adalah Premium Family Suite  and ada 2 katil King Size. Hahaha Kitorang tak sentuh langsung katil yang 1 lagi tu. Suami isteri kan, mana boleh tak tidur sebantal and seselimut :p



Ruang bilik yang sangat besar. Premium Family Suite ini sebenarnya untuk 4 orang tetamu. Bilik ni takde balkoni tapi ada tingkap besar yang memang boleh nampak view padang golf.  


 Review Iday :

Ruang bilik yang luas dan selesa. Aircond juga berfungsi dengan baik. Cuma suis lampu agak confuse, sebab terletak antara katil and Iday tertekan suis on/off Master. Habis black out satu bilik. HAHA

Tingkap bilik Iday tidak boleh dibuka, itu yang Iday kurang suka sebab kadang-kadang Iday suka bau udara luar. Tapi, kalau malam, lepas tutup lampu semua, view sangat cantik. 

Toilet berfungsi dengan baik dan bersih. 

Overall memang sangat berpusa hati :)

Paling best, berhampiran dengan kemudahan hotel yang lain iaitu ruang makan, bilik games, bowling, bilik movies dan macam-macam lagi. 





Ada ruang santai di sudut bilik besar ini dan juga cermin besar. Kalau nak OOTD or MOTD semua tu, elok sangat la. Perempuan memang suka. HAHA


Bilik ini dilengkapi dengan peti ais, set tv plasma dan cerek elektrik. 






Bilik air pula dilengkap dengan tab mandi, 2 sinki dan tandas. Memang besar dan selesa. Sebelum masuk bilik air akan ada built-in wardrobe disebalik cermin besar.






Ini adalah senarai rate untuk bilik-bilik yang ada disini :



Lepas je rehat dan bersihkan diri, kami ke ruang makan untuk makan malam dan karaoke. Masing-masing kemain tunjukkan bakat masing-masing. Hehehe




Iday macam biasalah, akan jadi backup singer :p


Momi pon nyanyi taw, paling best masa dia nyanyi lagu Setia by Alizabeth Tan feat Faizal Tahir. Hehehehe 




Yes, clare pon backup singer. Hahaha 



Iskandar tengah pilih lagu nampak gayanya. Hehehe


Iday lupa pulak dia nyanyi lagu apa malam tu. Hahaha



Kitorang karaoke sampai pukul 10 malam. Pada asalnya plan ke Bazar Karat di Johor, tetapi tukar plan sebab masing-masing dah penat. Then kitorang semua pergi tengok movie di bilik teater di Austin Height Golf and Hotel Resort. 

Kalau korang stay sini bersama family, boleh plan movie night dengan anak-anak. Hehehe


credit gambar : Rafzan Tomomi


Keesokan hari nya kami diberitahu akan dibawa ke golf field tour! And naik golf cart! Seronok sangat, sebab Iday memang nak naik since sekolah menengah. 

Sekolah Iday dekat Terengganu memang betul-betul sebelah padang golf and selalu nampak golf cart. Hehehe Tapi Iday tak pandai drive, nasib baik Islam ada. Clare pon join sekali kitorang punya golf cart. Hehehe

  


Banyak info yang Iday tahu sepanjang Golf Course Tour ni, keluasan padang golf disini adalah 6165 meter dengan par 72 mula dibuka pada tahun 1995. Lokasinya yang terletak 15 kilometer dari Johor Bahru menjadikan tempat ini tumpuan pemain golf yang ada. 




Selain itu, harga pakej golf yang ditawarkan sangat berpatutan bersama dengan kemudahan tambahan iaitu kolam renang, jacuzzi, sauna, tennis court, 8 lane bowling dan macam-macam lagi. Cukup lengkap untuk percutian family disini.  







Sempat cik Abang kita ni selfie wefie. Hehehe :) 




Kalau nak tahu, ada pakej penginapan Austin Height Golf and Hotel Resort bersama tiket Theme Park. Eh theme park mana? Yang tu Iday akan share nanti di next entry. Hehehe

Bagi Iday memang tak rugi kalau korang menginap disini. Untuk harga RM200-RM5oo, korang akan dapat penginapan hotel yang besar, bersama dengan kemudahan-kemudahan yang ada untuk seisi keluarga iaitu :

+ Swimming Pole
+ Jacuzzi, Sauna dan Spa



+ 8 Lane Bowling
+ Bilik Teater untuk menonton movie
+ Karaoke 
+ Games Room
+ Water Park
+ Golf course
+ Theme Park - Jump Street, Ice Skating, Adventure, Drift

Semua ni korang dapat jika menginap di Austin Height Golf and Hotel Resort, boleh check website diorang atau Agoda. 

Ini pakej yang available (thanks for emily for the picture) :




Package A : RM220 per pax termasuk GST 
1 Night Stay
2 Pax Breakfast
Swimming Pool, Jacuzzi and Sauna
18 Holes Weekday Golf Game
2 Lunch Set Meal


Package B : RM300 per pax termasuk GST 
1 Night Stay
2 Pax Breakfast
Swimming Pool, Jacuzzi and Sauna
18 Holes Weekday Golf Game (2 pax)
2 Lunch Set Meal

Package C : RM220 per pax termasuk GST 
1 Night Stay
2 Pax Breakfast
Swimming Pool, Jacuzzi and Sauna
2 Tiket ke Jump Street, Adventure Park dan Water Park
1 hour Bowling Game
Transportation ke Theme Park

Package C : RM200 per pax termasuk GST 
1 Night Stay
2 Pax Breakfast
Swimming Pool, Jacuzzi and Sauna
2 Tiket ke Jump Street dan Water Park
1 hour Bowling Game
Transportation ke Theme Park

Iday ada sertakan info untuk korang dibawah :)



Austin Heights Golf & Hotel Resort
Lot Ptd 58061, Jalan Mutiara Emas 8, 
Taman Mount Austin, 81100 
Johor Bahru, Malaysia. 
Tel: +607- 352 4300 
Fax: +607- 353 8500 
Email: reservation@austingolfresort.com



Okay, nak bagi teaser sikit theme park :


Best kan~! Hehehe :)



Post a Comment

1Comments
Post a Comment