Buffet Ramadhan 2017 : Bangi Golf Resort

9


Restorang Bangi Golf Resort (BGR) memang sentiasa menjadi lokasi pilihan untuk berbuka puasa. Terkenal dengan sajian buffet gastronomi yang menawarkan pelbagai pilihan juadah berbuka puasa dan kualiti makanan terbaik dengan harga buffet yang berpatutan. 





----------------- 
Senarai Pemenang Giveaway 
Buffet Ramadhan Bangi Golf Resort


Kepada semua pemenang, Iday akan mesej korang di Facebook untuk terangkan cara dapatkan hadiah tersebut. 

Terima kasih kepada mereka yang join dan tahniah kepada semua pemenang. 

Iday minta maaf sebab hadiah tak banyak, Iday tak sangka ramai yang join giveaway ni. Minta maaf sangat-sangat.

Akan datang, Iday akan buat banyak lagi giveaway untuk semua pembaca dan follower page Iday dengan lebih banyak hadiah. Terima Kasih!

Yang tak menang, boleh check review buffet ramadhan di bawah, mana tahu korang berminat dan berbuka puasa di Bangi Golf Resort :)

-----------------






Untuk Ramadhan Buffet 2017, BGR akan menampilkan sehingga 200 jenis juadah berbuka puasa istimewa bercirikan masakan popular Ala Melayu, Barat dan Timur. Harga buffet bermula RM58 untuk dewasa dan RM28 untuk kanak-kanak.



Tahun lepas Iday memang datang berbuka puasa di BGR dan memang berpuas hati dengan pilihan juadah berbuka puasa yang ada. Semua sedap dan menepati selera Iday. Hehehe 


So, Iday memang tak sabar untuk berbuka puasa di BGR tahun ini. Antara sajian menu-menu popular yang ada di BGR yang sentiasa menjadi pilihan Iday adalah Kambing Bakar dan Sup Kambing Mamak. Ini memang menu wajib tiap kali berbuka puasa di BGR. 

| Sup Kambing |

| Kambing Bakar |

| Kambing Bakar |

Kalau nak tahu, Kueh Teow Goreng dan Mee Mamak juga dihidangkan panas-panas dari kuali. Itu yang iday paling suka dengan perkhidmatan terbaik dari BGR. Menu wajib seperti Sate Ayam dan Sate Daging juga ada di BGR. 

| Sate Ayam |

| Sate Daging |

Iday nak share dekat korang senarai juadah yang disediakan di BGR sempena Buffet Ramadhan 2017 di bawah. Jangan marah Iday, kalau korang baca artikel ni siang hari di bulan puasa. Hehehe


Menu Melayu

Untuk buffet ramadhan 2017 kali ini, BGR memperkenalkan menu Nasi Lemak Istimewa sebagai tarikan utama pada tahun ini. 

Menu tersebut akan dihidangkan bersama Rendang Daging Taik Minyak, Sambal Sotong Kembang, Ayam Bercili Masak Ketumbar, Ikan Masak Asam Kari dan Telur Rebus Goreng Masak Sambal Tomato. 

| Nasi Lemak Special |

| Ikan Masak Asam Kari |

| Rendang Daging Taik Minyak |


Telur Rebus Goreng Masak Sambal Tomato memang kegemaran Iday. Hehe

| Telur Rebus Goreng Masak Sambal Tomato |

Menu Barat

Tahun lepas, antara menu kegemaran Iday adalah "Sous Vide Eggs with Mushroom Espuma", serius sedap. Nasib baik tahun ini, sekali lagi menu ini dihidangkan kepada semua tetamu. Hehehe Korang patut cuba. 

| Sous Vide Eggs with Mushroom Espuma |

Antara menu barat yang lain adalah Lasagna Ayam dan Golden Sand Spaghetti Carbonara. Menu baru makanan barat untuk tahun ini adalah Peri-Peri Chicken Drumlets. Tak sabar nak cuba nanti.

| Lasagna Ayam |

| Peri-Peri Chicken Drumlets |

| Spaghetti Carbonara |


Menu Masakan Oriental

Menu utma yang ingin dipertengahkan kali ini adalah Nasi Ayam Hainanese. Ayam yang dimasak elok dan digadingkan bersama sos cili halia dan bawang putih yang pasti buat korang menambah lagi. Hehehe


Sebenarnya banyak lagi menu lain yang dihidangkan tetapi senarai di atas adalah menu utama yang disediakan khas untuk tetamu yang datang ke BGR untuk berbuka puasa nanti. 200 jenis juadah kan, kalau cerita semua dekat blog Iday, memang takkan habis. Hehehe

Selain dari menu juadah berbuka puasa, pencuci mulut juga ada di BGR. Beraneka jenis pencuci mulut yang disediakan pasti memberi kepuasan kepada para pengunjung. 



Spanish Churros bersama sos coklat pasti menjadi pilihan Iday nanti. Disamping itu terdapat pelbagai variasi kuih muih tradisional melayu, puding, agar-agar dan buah-buhan. Terdapat penambahan variasi pencuci mulut khas untuk pengunjung yang datang pada tahun ini iaitu Serawa Durian, Assorted Swiss Rolls, Lychee Rose Cake, Pandan Gula Merah, Salted Corn Green Velvet Cake dan banyak lagi. 


Antara aktiviti dan jualan makanan lain yang terdapat di BGR adalah : 

1. Pengunjung berpeluang membeli barangan dengan harga istimewa di tapak jualan khas di BGR

2. Promosi jualan "Durian Runtuh" yang dibawa khas dari ladang di Raub, Pahang.

3. Aiskrim Gelaro yang diproses segar oleh Sweer Scoopz.

4. Persembahan muzik secara "live" dari jam 6.30 petang - 9.30 malam setiap hari.


Menarik kan?


Untuk kemudahan semua pengunjung, BGR menawarkan lebih dari 800 ruang parkir serta ruang solat untuk tetamu. 

Lagi gambar di Page Bangi Golf Resort : sini




Untuk tempahan dan pertanyaan :

BANGI GOLF RESORT RESTAURANT
Address : No. 1 Persiaran Bandar, Bandar Baru Bangi, Selangor 43650. Malaysia.
Telephone : 03 8925 3728, 03 82100265
Facebook : https://www.facebook.com/bangigolfresort/
Instagram : https://www.instagram.com/bangigolfresortofficial/
Email : sales@bgrrest.com

Koordinat GPS : 2.95716N,101.76518E


-----------------------------------------------------------
BGR Ramadhan Buffet 2017 Giveaway
-----------------------------------------------------------

Iday nak hadiahkan 4 set voucher (2 keping voucher setiap set) kepada 4 orang pembaca bertuah.

Korang boleh check FB post dibawah, jangan lupa like Facebook Page Iday. InsyaAllah akan datang, lagi banyak contest/giveaway yang Iday akan adakan.







Till then,

Terima kasih baca Buffet Ramadhan 2017 : Bangi Golf Resort


Tags

Post a Comment

9Comments
  1. teringat2 kambing dan sate di BGR. sedapnya la ai. memang kena repeat puasa nanti ni. :)

    ReplyDelete
  2. Hmm nampak sedapt sangat.. Kadang2 berbuka kat buffet apa salahnya kan? Mesti best >.<

    ReplyDelete
  3. sedap-sedap ... harap ada rezeki la nak merasa jugak!

    ReplyDelete
  4. Amboi kejap je dah tinggal rangka

    Macam macam hidangan pun orang tetap cari kambing

    ReplyDelete
  5. tengok saja pun dah kecur air liur ni

    ReplyDelete
  6. Tak ada rezeki.. Tahniah pada yang menang..

    ReplyDelete
Post a Comment