IKEA Batu Kawan Bakal Dibuka Di Penang

0

Hi Korang!

Wah, IKEA semakin berkembang di Malaysia. Dulu hanya ada satu IKEA di Malaysia dan kini diorang dah mula rancangan untuk buka IKEA yang ke-4 di Penang. 


Iday rasa memang satu lokasi yang bagus kerana Penang selalu menjadi tempat perlancongan tak kisah dari orang Malaysia atau luar.

→ Alamat lokasi IKEA Batu Kawan : Aspen Vision City, Lebuhraya Bandar Cassia, 14110 Batu Kawan, Pulau Pinang. 

→ GPS: 5.23387, 100.43993 

→ 45-minute memandu dari Georgetown, Pulau Pinang.

Pengumunan ini dibuat di website mereka sendiri dan IKEA Batu Kawan dijangka dibuka pada tahun 2019. Iday rasa macam baru lagi IKEA Cheras di buka. 

IKEA ke-3 yang terletak di Tebrau Johor bakal di buka hujung tahun ini. 



Salah satu kelebihan dari pembukaan IKEA ini adalah membuka peluang pekerjaan. Tadi pon Iday ada intai-intai kerja kosong yang ada. Mana tahu nanti boleh pindah menetap di sana. Bosan dengan KL. Haha

Tapi jujur Iday cakap, Iday bukan shopping sangat dekat IKEA ni. Sekadar jalan-jalan cuci mata dan makan meatball cafe IKEA. Hehehe

Oh, pada mereka yang belum jadi ahli kelab IKEA boleh la join sekarang. Biasanya pada hari pembukaan mesti ada sale kaw-kaw sama ketika pembukaan IKEA Cheras dulu. Rupanya dah hampir 2 tahun IKEA Cheras beroperasi. 

Hari pertama buka, Islam belikan Iday IKEA meatball. Hehehe


Iday ada share artikel gambar-gambar pembukaan IKEA Cheras di link bawah. Memang meriah :)



Siapa orang penang dekat sini? Seronok tak ada IKEA dekat sana nanti? Hehehe

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)