Pengalaman Kali Pertama Ke Karnival Upin & Ipin Luar Biasa

1


Hi Korang!

Iday rasa Iday tak perlu nak jelaskan lebih detail tentang karakter kartun paling popular di Malaysia iaitu Upin  & Ipin. Bukan setakat kanak-kanak, orang dewasa seperti Iday sendiri pon memang meminati animasi itu. Bagi Iday, Upin & Ipin memang animasi terbaik yang pernah di Malaysia. 

Tapi, tanpa peminat  mungkin Upin & Ipin takkan berada di tahap sekarang. Sebab itulah, demi menghargai peminat cilik di seluruh Malaysia, Karnival Upin & Ipin telah diadakan bermula 24 Nov hingga 26 Nov bertempat di Hall A & C, Maeps Serdang. 


Pelbagai aktiviti yang tersedia di sini dan Iday sendiri telah pergi pada hari Jumaat iaitu hari pertama Karnival Upin & Ipin. Hari pertama pon dah ramai tetapi keadaan karnival berjalan dengan lancar. Memang pihak yang berkenaan menguruskan tempat karnival dengan baik. 


Apa aktiviti yang ada di Karnival Upin & Ipin?

Karnival Upin & Upin mempunyai 2 dewan berbeza, setiap dewan mempunya aktiviti yang berbeza. 


Dewan Utama (Dewan A)

1. Persembahan di pentas utama :
- Maskot Upin, Ipin dan Kawan-kawan
- Ultraman Ribut
- Puteri Limau
- Pada Zaman Dahulu
- Upin & Ipin The Musical
- dan banyak lagi

2. Berpeluang bergambar dengan maskot animasi (Upin, Ipin dan kawan-kawan)
3. Ada pelbagai jenis booth jualan (barangan dan t-shirt Upin & Ipin)


Dewan Magik (Dewan C)

- Alam Dino (Ada replika dinosour)
- Replika Rumah Opah (boleh masuk dan melihat bilik opah, dapur, bilik Upin & Ipin dan ruang tamu)
- Bergambar di Tadika Mesra
- Bergambar bersama Ultraman Ribut
- Berinteraksi  bersama Kak Ros (skrin besar)
- Berpeluang berjumpa Tok Dalang dan Opah
- Melihat proses rakaman animasi 
dan banyak lagi. 



Berapa harga tiket di Karnival Upin & Ipin?


Kalau korang pilih pakej VIP, boleh duduk betul-betul di depan stage dan ada bean bag.



Tapi kalau pilih pakej biasa pon ada ruang duduk depan stage yang luas. 


Kawasan Letak Kereta di Karnival Upin & Ipin?

Kalau korang parking di pintu masuk Maeps Serdang, memang percuma tetapi jauh dari tapak Karnival, so kena naik Tram. 

Kalau nak parking premium, betul-betul bersebelahan dewan kena bayar RM15. Kena inform RELA supaya diorang akan berikan laluan.

Gambar-Gambar Sepanjang Karnival Upin & Ipin

Ini antara gambar-gambar yang sempat Iday snap sepanjang berada di Karnival Upin & Ipin pada hari jumaat lepas. Semoga dapat memberi gambaran pada korang bagaimana keadaan Karnival Upin & Ipin ni ye :)




Bagi Iday, aktiviti paling best dekat sini adalah melihat persembahan Upin, Ipin dan kawan-kawan. Selama ni kita tengok dekat tv atau laptop je, ini dapat tengok real depan mata. Siap boleh menari bersama-sama. 




Iday tak pernah tengok kemeriahan yang hebat di mana-mana karnival sebelum ini. Memang terpacar keseronokan kanak-kanak yang hadir bila nampak watak animasi kegemaran diorang. 



Iday suka dengan ruang tempat duduk di hadapan stage yang sangat luas dan memuatkan ramai kanak-kanak dan ibu bapa.  









Kemudian ada sudut bergambar bersama puteri-puteri cantik. Hehehe Kalau nak tukar baju pakai baju princess pon boleh. 





Pelbagai jenis booth ada disini, korang boleh check















Persembahan Pada Zaman Dahulu dan Ultraman. 










Membeli barangan cenderahati Upin & Ipin dan customade T-shirt Upin & Ipin.












Dewan Magik (Dewan C)





Melawat rumah Opah.






Bergambar bersama Opah dan Tok Dalang.




Best kan? Macam-macam aktiviti ada dekat sini dan Iday tengok semua kanak-kanak yang datang memang happy je. Yelah dapat tengok watak kegemaran mereka depan-depan mata. 

Ingat ye, Karnival Upin & Ipin akan berakhir pada 26 Nov. Tapi jangan risau, akan datang mungkin diadakan lagi karnival seperti ini. Mungkin akan dibuat di negeri lain, seperti Jom Heboh. 

Untuk info lanjut serta gambar-gambar lain sepanjang karnival, boleh tengok di bawah :

Facebook : www.facebook.com/upinipinofficial
Instagram : www.instagram.com/upinipinofficial
Website : www.lescopaque.com



Korang dah pergi ke Karnival Upin & Upin ni? Jangan lupa share pengalaman korang di bawah ye.




Post a Comment

1Comments
Post a Comment