Coffee Prince Korea vs Coffee Prince Malaysia (Pelakon-Pelakon) // Part 1

0


Hi Korang, 

Malam ini bakal ditayangkan Coffee Prince versi Malaysia dan Iday memang tak sabar nak tengok sebab nak tengok macam mana cara diorang nak adaptasi dari drama korea yang asal. 




Lagi-lagi bila watak utama dipegang oleh Hero Pujaan rakyat Malaysia sekarang iaitu Fattah Amin :p

So, artikel kali ini Iday nak share la watak-watak dalam Coffee Prince Korea vs Coffee Prince Malaysia. Kalau korang dah tengok Coffee Prince versi Korea mesti kenal sangat watak-watak ni. 

Ini poster official Coffee Prince versi Korea dan Coffee Prince versi Malaysia. 



Okay tak poster? Ini antara watak-watak penting dalam Coffee Prince. So, kalau nak kenal watak-watak dalam Coffee Prince, teruskan baca artikel ni okay :)

Choi Han Kyul (Gong Yoo) vs Raykal (Fattah Amin)

Watak : Seorang playboy tetapi baik, terpaksa menguruskan cafe atas permintaan nenek tersayang.






Go Eun Chan (Yoon Eun-hye) vs Dani (Janna Nick)





Watak : Dani terpaksa menyamar sebagai lelaki kerana ingin bekerja di cafe Raykal.





No Sun Ki (Jae-wook Kim) vs Riduan (Faez Azemi)

Watak : Lelaki misteri yang menjadi pujaan wanita, itu yang menyebabkan Raykal mengambilnya bekerja di cafe.





Jin Ha Rim (Kim Dong-wook) vs Jai Wu (Sean Lee) 

Watak : Watak playful dan comel, suka tengok Dani sebab comel.





Hwang Min Yeop (Lee Eon) vs Hadi (Syafiq Ahmad)

Watak : Seorang yang blur-blur dan suka pada adik Dani




Choi Han Sung (Lee Sun-kyun) vs Amri (Fahrin Ahmad)

Watak : Kawan rapat Raykal dan orang pertama yang mengetahui identiti Dani




Han Yoo Joo (Chae Jung-an) vs Diana Danielle




Watak : Cinta pertama Raykal tetapi mencintai kawan baik Raykal iaitu Amri.







Ini antara pelakon-pelakon Coffee Prince Malaysia vs Coffee Prince Korea. So, malam ni akan bermula drama Coffee Prince Malaysia dan Iday tak sabar macam mana diorang nak bawakan watak adaptasi dari drama korea ni. Kita tengok macam mana. 

Oh, ini part 1, nanti Iday akan share lagi pelakon-pelakon Coffee Prince Malaysia vs Coffee Prince Korea di artikel akan datang. Okay! Hehehe

Iday nak share sedikit sinopsis Coffee Prince Malaysia dibawah :

Sinopsis Coffee Prince Malaysia

Menceritakan kisah Dani, seorang gadis yang sering disalah anggap sebagai lelaki. Dani tinggal bersama ibunya Zahara dan adiknya Ira. Manakala Rayqal, seorang ahli perniagaan muda tidak mengetahui Dani sebenarnya seorang gadis, lalu menawarkan pekerjaan kepadanya di kafe yang hanya dikhususkan untuk pekerja lelaki. Dani yang perlu bekerja keras untuk menyara keluarganya menerima tawaran tersebut. 

Sejak Dani mula bekerja di kafe itu, Rayqal secara tidak sengaja telah jatuh hati kepada Dani. Perasaan ini menyebabkan Rayqal mula meragui seksualiti dirinya kerana di matanya, Dani adalah seorang lelaki. Sementara itu, Dani juga telah mula menyukai Rayqal, namun tidak mahu mendedahkan bahawa dirinya ialah seorang gadis kerana beliau takut kehilangan pekerjaan.



Cerita lebih kurang je macam korea punya, nama pon adaptasi kan. Kalau korang dah tengok yang versi Korea, mesti familiar dengan jalan cerita Coffee Prince MY. 

Btw, kalau korang nak tengok online, Iday akan share di ruangan komen. Share sikit pandangan korang tentang Coffee Prince versi Malaysia ni di komen bawah okay.



Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)