New Video On Youtube.com/Sayaiday

9 Fakta Utama Potongan Gaji EIS Di Malaysia (Skim Insurans Pekerjaan Perkeso 2018)


Hi Korang!

Hari ini Iday nak share info tentang Potongan Gaji EIS atau dikenali sebagai Skim Insurans Pekerjaan. Ramai warga FB dan Twitter bising dengan adanya skim ini dan ramai juga yang tidak faham apa sebenarnya Perkeso EIS ini. 



Kalau ada yang confuse, SIP dan EIS ni sama ke? Sebenarnya sama je, cuma dalam bahasa melayu dan english.

SIP - Skim Insurans Pekerjaan
EIS - Employment Insurance Scheme

Tapi Iday perasan, kalau dalam slip gaji akan guna "EIS Employee"


// sumber gambar : facebook/viralmediajohor


1. Dicadangkan oleh PM Datuk Seri Najib Razak

EIS @ SIP (Skim Insurans Pekerjaan) dicadangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dibentangkan di Parlimen pada Julai/Ogos 2017. 


2. Apa Itu Skim Insurans Pekerjaan (Employment Insurance Scheme)?

Bertindak sebagai "jaringan keselamatan sosial" yang bertujuan membantu golongan pekerja yang kehilangan pekerjaan untuk mendapatkan bantuan kewangan dan mencari pekerjaan baru.

Konsep senang faham kalau syarikat bankrap dan pekerja dipaksa berhenti, pekerja tersebut akan mendapat bantuan kewangan pekerjaan sehingga mendapat kerja baru.


3. Tiga Manfaat Skim Insurans Pekerjaan 


1. Menyediakan bantuan kewangan segera (7 hari selepas pengesahan hilang kerja)

2. Membantu mendapatkan pekerjaan baru melalui program penempatan semula pekerjaan.

3. Pekerja yang diberhentikan akan dibantu apabila mereka mencari pekerjaan baru dengan kaunseling dan latihan kerjaya.








4. Kadar Caruman Skim Insurans Pekerjaan (Employment Insurance Scheme)


Kadar caruman bagi Sistem Insuran Pekerjaan (SIP) adalah daripada 0.2% syer majikan dan 0.2% syer pekerja daripada gaji bulanan pekerja.

Semua pekerja yang berumur dari 18 tahun hingga 60 tahun perlu dicarumkan kecuali bagi pekerja yang berumur 57 tahun dan ke atas dan tiada caruman telah kena dibayar sebelum mencapai 57 tahun.

Semua majikan sektor swasta perlu membayar caruman bulanan (sebelum 15th) bagi setiap pekerja (Dikecualikan kepada penjawat awam, pekhidmat domestik dan yang bekerja sendiri)

Setakat ini, semua majikan kena membayar caruman secara manual di pejabat Perkeso kerana perkhidmatan secara online dijangka ada pada April 2018. Majikan boleh check video di bawah.





Bagi majikan yang melanggar peraturan dan didapati bersalah akan dikenakan hukuman penjara sehingga dua tahun dan didenda maksimum RM10, 000.




5. Siapa Yang Layak Menerima Pembayaran Skim Insurans Pekerjaan (EIS) ?


Hanya untuk mereka yang kehilangan pekerjaan kerana diberhentikan (Syarikat mengalami kerugian atau sebab-sebab lain)

Syarat kelayakan utama yang perlu dipenuhi oleh penerima faedah adalah mereka mesti mampu bekerja, bersedia untuk bekerja dan mencari pekerjaan secara aktif.


6. Siapa Yang Tidak Layak Menerima Pembayaran Skim Insurans Pekerjaan (EIS) ?

Ini pula senarai mereka yang tidak layak menerima pembayaran EIS

- Pekerja yang meletakkan jawatan secara rela
- Pekerja yang sudah tamat tempoh kontrak perkhidmatan
- Pekerja yang sudah menyiapkan kerja mengikut kontrak perkhidmatan
- Pekerja yang bersara
- Pekerja yang diberhentikan kerana salah laku


7. Bagaimana Pembayaran Skim Insurans Pekerjaan (EIS) Dibuat?


1. Permohonan SIP boleh dibuat atas talian (on-line) dengan mengisi serta melampirkan borang dan perintah/ surat pengesahan termasuk mendaftar diri sebagai pencari kerja.

2. Permohonan yang lengkap akan diproses dan disemak kelayakan berdasarkan kelayakan am dan syarat kelayakan caruman. 

3. Kemudian, permohonan tersebut akan disalurkan kepada PERKESO/ JTK / JPP bagi menentusahkan kehilangan pekerjaan yang berlaku. Setelah kelulusan dibuat, penyediaan baucer dan pemidahan wang akan dibuat terus ke dalam akaun pemohon.


8. Berapa Lama Bantuan Kewangan Diberikan Selepas Pekerja Diberhentikan? 

Sebaik sahaja perkhidmatan seorang pekerja ditamatkan, pekerja itu layak mendapat bantuan kewangan segera untuk tempoh maksimum enam bulan. 

Bantuan lain seperti bantuan pencarian pekerja dan latihan kerja tetap berterusan selepas tempoh enam bulan jika pekerja masih tidak mendapat pekerjaan.


9. Pembayaran Skim Insurans Pekerjaan (EIS) Dibuat Bermula 2019? 

Ini fakta yang Iday baca melalui website iMoney, walaupon pemotongan gaji EIS akan bermula tahun ini iaitu Januari 2018. Korang hanya boleh claim bemula tahun depan (2019). 



Untuk lebih faham tentang EIS atau SIP ini, korang boleh check video di bawah atau layari website ini : Sistem Insurans Pekerjaan(link)




  Sebenarnya banyak lagi info yang kurang pasti tentang EIS ni. Contohnya : 

- Apa akan jadi pada duit tersebut jika pekerja tidak pernah diberhentikan (tidak layak menerima bayaran EIS)?

- Menurut website iMoney, pembayaran Skim Insurans Pekerjaan bermula tahun 2019. Kalau pekerja diberhentikan pada tahun ini? 


p/s : soalan ini iday akan update, bila dah ada jawapan okay. Hehe




Apa komen korang tentang Skim Insurans Pekerjaan ini?


17 comments:

  1. Aritu bising2 kat ofis psl ni..bc kt sini baru faham higi

    ReplyDelete
  2. Kak Rose baru tahu.. thank you sharing ya.. ni untuk pekerja swasta je kan... ?

    ReplyDelete
  3. okay..kenapa Sally tak tau pasal EIS ni...Rasanya macam tak pernah carum pulak..yang ni baru ke? sbb last keja tahun lepas la tapi caru EPF & SOCSO je..

    banyaknya lahaiii..hmm..kalau la HR tak pasa berhenti kan senang..boleh jugak mintak bantuan

    ReplyDelete
  4. Walaupun zaza tak berapa fhm sgt.. Tapi apa yg iday kongsi ni atleast tambah sikit pengetahuan zaza ttg EIS

    ReplyDelete
  5. Kira potongan EIS nih tertakluk kpd pekerja swasta lah. Elok jugak ada EIS ni sekurang kurangnya membela nasib oekerja yg diberhentikan kerja

    ReplyDelete
  6. Menarik jugak eis ni. Tak pernah tahu kewujudan eis ni. Klu tak baca ni memang tak tahu. Thankyou for the info.

    ReplyDelete
  7. Bagus nya potongan tambahan ini setahun baru kena rm 22.8 aje kerja selama 39 tahun in sya Allah bayar rm 10670.40 aje ini untuk pendapatan minimum. Cost ini termasuk majikan sekali. Pasni ape lagi nak d potong rasa rasa insurance untuk semua pekerja wajib d potong tengok la nanti

    ReplyDelete
  8. Bagus nya potongan tambahan ini setahun baru kena rm 22.8 aje kerja selama 39 tahun in sya Allah bayar rm 10670.40 aje ini untuk pendapatan minimum. Cost ini termasuk majikan sekali. Pasni ape lagi nak d potong rasa rasa insurance untuk semua pekerja wajib d potong tengok la nanti

    ReplyDelete
  9. if smp bersara xder masalah, duit tu burn jelah ek... dahlah sosco pn xdpt. nie tambah lg 1 potongan...byknyer duit org swasta nie kan...dh la kita yg byr income tax gak.

    ReplyDelete
  10. kalau yg besara mcm mana..duit tu akn dpt balik x... kesiannya keja bepuluh tahun klo dipotong tiap bulan lepas tu besara xdpt apa ...sedih jgak la walaupon sikit...

    ReplyDelete
  11. bagus benda ni kalau tahu cara2 dia...fuh time dpt payslip nmpk ptongan eis terus google bnda ape lah ni plak kena potong hahahaa

    ReplyDelete
  12. mmg bagus pon EIS ni. potong gaji pastu bila bersara kalau dapat balik nampak la manfaatnya. Ni x, bersara duit tu burn, so aggap macam derma paksa rela? cekik darah dalam diam. bijak betul permainanannya. dia x tau rakyat nie smpai buat 2,3 kerja nk sara hidup, dengan kos hidup tggi, gaji mcm tu jugak. pastu nk potong itu ini. pelaburan yg terbaik .semoga menjawab la nanti.

    ReplyDelete
  13. Gaji hamba dh la ciput, potong EPF potong SOCSO lgi. Ni potong EIS pulak. Lepas ni ap lgi la yg nk d potong nye... Tlg update ye utk persoalan ini. Adakah kita akan dapat kembali wang EIS yang terkumpul ni sekiranya tidak digunakan???

    ReplyDelete
  14. Ini kira kita menginfakkan sedikit pendaptan kita bagi membantu orang lain dan amat digalakan dalam ISLAM.dan Allah berfirman dalam AlQuran bahawa sesiapa yang menginfakkan hartanya kerana Allah. ianya Tidak Akan Mengurangkan Rezeki yang Allah berikan untuk hambanya.

    nak tanya juga : Berapa nilai pampasan sebulan yang akan diberikan ? adakan sama dengan tangga gaji akhir sebelum diberhentikan atau ada pro ret ?

    ReplyDelete
  15. Sy penjawat awam..dalam slip gaji ada potongan yg bertulis "% potongan gaji"...adakah itu EIS..bukan sikit..rm 67...ada yg potong rm90...bgantung pd gaji...

    ReplyDelete
  16. bantuan secara bagaimana?? brp pampasan yg dpt utk pekerja???

    ReplyDelete
  17. Terima kasih atas info yang lengkap mengenai SIP. Harap2 duit yang kita carum ni akan nampak hasilanya & bagi manfaat untuk ramai orang.

    ReplyDelete