New Video On Youtube.com/Sayaiday

Sekali Lagi - Naim Daniel (Video Dan Lirik Lagu)


Hi Korang!


Iday memang dari dulu menyokong penglibatan Naim Daniel dalam industri musik Malaysia kerana Naim Daniel memang mempunyai suara yang sangat merdu. 


Pada mereka yang tak kenal siapa Naim Daniel mungkin familiar dengan pelakon cilik dalam Cucu Betong.


Atau watak Iqram dalam filem Bisik Pada Langit.


Sebelum ini Naim Daniel memang popular dengan menyanyi lagi cover dari pelbagai genre lagu. Kemudian Naim Daniel mengumumkan beliau akan mengeluarkan single terbaru dan Iday antara yang memang tak sabar nak dengar lagu tu. 

Tajuk lagu tersebut adalah Sekali Lagi. Serius memang terbaik lagu tu, kalau dengar memang jenis melekat dekat kepala. Lirik lagu pon penuh makna dan ada pengisian.


Sebelum tu korang tengok dulu MV Sekali Lagi di video bawah :




Lirik Lagu Sekali Lagi - Naim Daniel

Hari ini
Tak berteman
Aku sendirian

Sejak semalam
Rasa ini jauh kita bertengkar dan menjauh
Kian merapuh

Apa yang harus ku laku
Tuk kembalikan hatimu

(Korus)
Tak ingin lagi ku ulangi silap yang sama
Walau akan tiba hari hari yang berbeza
Ingin ku tempuh waktu dewasa bersamamu

Takkan ku ragu takkan ku ragu
Tak terbiasa detikku tanpamu
Kembali padaku

Sesal tak henti
Tiap kata di benak fikiran
Hilang dalam kelam 
Janji yang ku genggam
Telah terbiar

Apa yang harus ku laku
Tuk kembalikan hatimu

(Korus)
Tak ingin lagi ku ulangi silap yang sama
Walau akan tiba hari hari yang berbeza
Ingin ku tempuh waktu dewasa bersamamu
Takkan ku ragu takkan ku ragu
Tak terbiasa detikku tanpamu
Kembali padaku

Dewasa bersamamu 
Setiap waktu disisi 
Tanpa ada rasa ragu 

Mentari kan bercahaya
Selagi kau masih percaya 

(Korus)
Tak ingin lagi ku ulangi silap yang sama
Walau akan tiba hari hari yang berbeza
Ingin ku tempuh waktu dewasa bersamamu
Takkan ku ragu takkan ku ragu

(Korus)
Tak ingin lagi ku ulangi silap yang sama
Walau akan tiba hari hari yang berbeza
Ingin ku tempuh waktu dewasa bersamamu
Takkan ku ragu takkan ku ragu

Tak terbiasa detikku tanpamu
Tiap penjuru kamar ini muzikmu
Kembali padaku

-------

Okay tak? 

Okay gila kan! Hahaha 

Masa dekat intro tu pon dah best, musik best, lirik lagu best, ekspresi pon best.

Ini memang dasar kalau pelakot hebat jadi penyanyi, video clip pon ada jalan cerita yang best. Jujur Iday cakap, part akhir tu best sampai gugur air mata ni. Haha

Part lain yang Iday suka :

Intro depan pintu - suka tengok eksperesi muka Naim Daniel Hehe




Part dia baring - shot lawa gila.

Mentol - wey lawaaaaanya mentol tu hahaha



Point of view - shot ni lawaaaaa dan ada part atas sejadah. Memang terbaik!



Ending - Sebak tengok ending! Especially bila ada keratan tafsir ayat Al Isra ayat 23.

Oh, Naim pon ada mention yang lagu ni untuk semua, tak kisah la hubungan antara mak dengan anak, hubungan kekasih ke, suami isteri ke. Bagus kan. Hehehe

Overall, Iday memang suka 100% MV dan lagu Sekali Lagi ni. Tak sia-sia dok menanti dari tahun lepas. Lagu macam ni patut trending tahun ni. Hehehe 


So, apa komen korang tentang lagu dan MV Sekali Lagi Naim Daniel ni? Boleh tinggalkan komen di bawah ye :)

12 comments:

  1. Sape naim daniel ni, tak kenal pun. ya Allah, ketinggalan zamannya terasa diri ni haha

    ReplyDelete
  2. Siapa dia ni...xpenah dgr ... First time bru tau... Hehehe... Dia ni bukan pelakon ke..ke silap org 😅

    ReplyDelete
  3. Rose tak pernah dengar lagi nyanyian dia.. tapi mengenali dia sebagai seorang pelakon. Nak dengar di youtube jap 👍🏼

    ReplyDelete
  4. Hoii! Tgh trending kan kat YouTube!!

    ReplyDelete
  5. oh die ni ke..sdap jugak suara die kan sis

    ReplyDelete
  6. dulu dia ni pelakon kan..laaa dah jadi penyanyi plak..
    best lagu dia

    ReplyDelete
  7. Tak kenal sangat, nak dengr lagu kat ofis pula nnti bos dengar

    ReplyDelete
  8. Tgk mv dia best. Mula mula igt bergaduh dengan gf sekali dgn mak.. So sweet

    ReplyDelete
  9. Ramai share dia nyanyi dekat ig..dh jarang berlakon sekrg..menyanyi pulak ye..suara dia sedap

    ReplyDelete
  10. Rsanya mcm perasan je muka dia dalam lakonan. Tak tahu pulak dh jd penyanyi. Hehe

    ReplyDelete