Macam Mana Pasangan Tidur Bersama? (Video Response)

0

Hi Korang, 

So, Rabu lepas Iday ada tengok satu video dari Youtube Channel Cut dan Iday ada jumpa satu video yang Iday nak share dekat korang. Iday akan komen and bagi pandangan Iday tentang video tersebut. 



Video tersebut berkenaan dengan "How Couple Sleep". Basically rakaman video macam mana dua orang iaitu pasangan hidup tidur bersama. Bagi Iday, video tu sangat menarik sebab ada beberapa pasangan dengan tabiat tidur yang berbeza. Hehe

Iday pon ada saja-saja jawab soalan dari video tu. Hehehe



Waktu Tidur?

Islam selalu tidur awal, around 10 - 12 malam. Sejak kerja fulltime blogger and youtuber ni, Iday selalu tidur lambat sebab kadang-kadang idea banyak dapat idea waktu malam. So, 2-3 pagi baru masuk bilik. 

Tapi sekarang, Iday nak biasakan diri tidur awal sebab nak luangkan masa dengan Islam. Taknak bagi dia tidur sorang-sorang. Hehe



Dengkur Dan Gesel Gigi

Dulu awal-awal kahwin, paling takut kalau dapat suami berdengkur. Sebab Iday jenis kalau nak tidur, memang kena senyap. Bila dah kahwin, dapat suami berdengkur bila penat. Kalau dia penat kerja, dia akan dengkur. Tapi lama-lama dah biasa dengan bunyi dengkur tu. 



Iday pula kadang-kadang gesel gigi. So, masing-masing kena menerima la tabiat tidur masing-masing. Hehehe


Expectations Vs Reality

Dulu before kahwin, Iday selalu ada anggapan yang bila korang kahwin, korang akan tidur sama-sama and hug each other sampai pagi. Ala macam all those romantic movies and series. Hehehe 


Bila dah kahwin, yes, peluk-peluk, cundle tu ada. Tapi takde la melekat sampai pagi. You will need your own space, cari keselesaan waktu tidur. Sebab kadang-kadang bila Iday terjaga, tiba-tiba bantal ada kat tengah-tengah. Hahaha 

Takyah nak touching bagai, "ala kenapa tak macam dalam movie, peluk sampai pagi" Macam Iday cakap, time tidur nyenyak tu, bukan sedar apa-apa pon. Hehe

Tapi awal-awal tidur tu or kalau terjaga tu, memang akan mencari la nak cuddle :p


Bagi pasangan yang bekerja, which is 9-6 kau akan berpisah dengan pasangan, katil la tempat korang spent masa together, cerita what happen during that day. Katil tu dah macam sacred place, korang akan rasa comfort sebab your favorite people ada masa tu. 

Kadang-kadang kitorang akan tengok video sama-sama, scroll IG and FB timeline sama-sama. Omg, cakap pasal tempat tidur tu terus rasa nak baring je. Hahaha

Hari tu pon, Iday and Islam beli cadar and comforter baru and sumpah best gila. Kain jenis material sutera and my sister in law cakap, japanese silk. Tak menyesal kalau invest duit untuk keselesaan ketika tidur. Hehehe

Overall, my favourite is bangun tidur and tengok Islam. Tapi disebabkan Islam ni selalu bangun awal sebab dia kerja awal pagi, selalu tengok bantal je Hahahaha

Tapi setiap hari, everytime Islam bangun, dia akan kiss and cakap "I Love You" dan setiap hari tu la Iday akan buat-buat tidur (or memang susah nak buka mata) Hahaha




So, what is your bed to your guys? How important is your bed?



Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)