Hi Korang!

Salah satu tips kalau korang nak berjimat dalam pembelanjaan perkahwinan adalah korang kena cari pakej perkahwinan dengan harga berpatutan berserta dengan harga promosi/diskaun.

Sebab tu masa Iday nak kahwin dulu, gigih tahu bawa Islam pergi event-event yang ada promosi pakej-pakej perkahwinan. Yang penting banyak pilihan dan pakej-pakej menarik. 

Berita baik untuk korang yang tengah merancang untuk majlis perkahwinan, 12 Ogos 2018 (Ahad) nanti akan diadakan Food Tasting & Open Day bertempat di Ambassador Putrajaya yang dianjurkan oleh Hanana Group Sdn Bhd.




Pada hari tersebut, mereka akan memperkenalkan pakej-pakej yang menarik serta ada diskaun hebat sehingga RM5000! Lima Ribu! Hehehe 



Alang-alang dekat sana nanti, korang boleh la rasa juadah yang disediakan khususnya juadah kenduri. Nama pon "Food Tasting Day" kan. 

Kalau nak tahu, Hanana Group Sdn Bhd akan bawakan pakej RM48,000 dan RM38,000 di Ambassador Putrajaya. 







Mereka juga akan memperkenalkan dua pakej untuk tempat baru iaitu Lugar De La Boda Garden Wedding @ Puchong dan Dewan Tan Sri Yusof Hashim, Mardi. 

Lugar De La Boda Garden Wedding @ Puchong ini mengetengahkan konsep 'Garden' dan ia merupakan konsep pertama di Puchong. Lagipon, tema 'Garden' ni memang trend sekarang. 


 Gambaran Grafik 

Gambaran Grafik

Sebelum ni pon selebriti seperti Yuna pon menggunakan konsep 'Garden' ni. So, kalau korang guna konsep dari pakej Lugar De La Boda Garden Wedding, perkahwinan korang dah ala-ala perkahwinan Yuna. Hehehe

Oh, tapi pakej ini dijangka akan mula beroperasi sekitar Oktober 2018 dan dijangka akan dapat banyak sambutan. So, korang kena datang Food Tasting & Open Day nanti dan book awal-awal. Mana tahu korang akan dapat diskaun sehingga RM5000. Menarik kan? Hehe

Untuk maklumat lanjut mengenai pakej perkahwinan lengkap dari Hanana Group Sdn Bhd ni, korang boleh layari laman web rasmi Hanana Group dan follow diorang di Facebook dan Instagram. 

Info lanjut seperti berikut :


Ambassador Putrajaya
Hanana Group Sdn Bhd
92, Jalan Perak, Persiaran Diplomatik
Persint 15, 62050 Putrajaya

Untuk menghubungi atau berurusan dengan pihak Ambassador Putrajaya, sila hubungi :

Farah : 016-6700457
Hanis : 016-6700752
Rezza : 016-6700473
Liana : 016-4318434

Web Rasmi : http://www.hananagroup.com
Facebook : http://www.facebook.com/ambassadorputrajaya
Instagram : http://www.instagram.com/ambassadorputrajaya



Jumpa korang dekat sana! :)
Hi Korang!



Korang kenal tak Khairulaming? Instagrammer yang suka kongsi video masak tapi kelakar. Hari tu dia start video masak suka-suka, tak disangka follower Instagram dia mencecah ratusan ribu. Dia dah keluar dekat surat khabar dan online portal. 




Iday suka semua resepi-resepi dia sebab simple dan sedap. Macam mana Iday tahu sedap? Sebab Iday sendiri dah try. Paling latest Iday cuba adalah Resepi Ayam Goreng Kunyit, Sambal Belacan dan Telur Mata.

Okay, sambal belacan dan telur mata tu tak perlu tengok resepi pon tapi saje la nak letak tajuk artikel ni panjang sikit. Hahaha


Iday dah lama nak masak Ayam Goreng Kunyit + Sambal Pedas ala-ala dekat kedai makan. Selalu bila buat memang tak jadi, padahal dah tengok resepi. 


Tapi bila tengok video dekat IG Khairulaming, terus boleh buat dan jadi sebiji rasa macam kat kedai. Hehehe


Ini versi Iday, telur tak cantik sebab goreng cincai. Hehehe



Lepas ni boleh makan hari-hari. Hehehe


Korang boleh follow resepi di bawah :





Bahan-bahan diperlukan untuk masak Ayam Goreng Kunyit :

→ Ayam yang dipotong kiub (size terpulang, tapi jangan besar sangat)
→ Serbuk kunyit (agak-agak bergantung pada kuantiti ayam)
→ 1 sudu besar tepung jagung (optional)
→ Garam secukup rasa
→ Lobak (dipotong memanjang)
→ Kacang panjang
→ 1/2 bawang besar 

Cara memasak Ayam Goreng Kunyit :

Note : Korang kena guna minyak yang banyak supaya nanti korang akan dapat ayam yang crispy. Jangan risau, nanti korang tapis la minyak tu. Yang penting api kena kuat, so minyak tu tak serap dalam ayam.

1. Mula-mula korang panaskan minyak ( boleh rujuk video di atas)



2. Masukkan ayam dan masak hingga kekuningan dan rangup. 

3. Tapi dekat-dekat nak masak tu, korang boleh letakkan kacang panjang, lobak dan bawang

4. Bila semua dah sempurna masak, angkat dan toskan minyak tu. Setel!

Alahai senang je masak Ayam Goreng Kunyit ni. Selama ni kalau aku masak mesti jenis berkuah. Yang tu aku tak suka sangat sebenarnya.

Cara-cara nak masak telur mata dan sambal lada tu, korang boleh rujuk video di atas ye. Ala senang je. Hehehe

Tengok ni, Ayam Goreng Kunyit, Telur Mata dan Sambal Cili dia memang mengundang! Haha






So, kalau korang suka resepi-resepi senang ni, boleh la follow IG @khairulaming ye.

Selamat mencuba!




Hi Korang!




Ini fakta yang Iday baru tahu. Rupa-rupanya kelkatu sebenarnya anai-anai. Selama ni Iday memang tak ambil kisah sangat tentang kelkatu. Ingatkan serangga terbang yang biasa. 

Paling annoying bila malam, diorang pergi hurung dekat lampu dan esok pagi masing-masing tersadai mati atas lantai.

Siap Iday pernah dengar ada someone cakap dulu, jangka hayat kelkatu ni satu malam je. Esok mesti mati. Hahahaha 

So, tadi ada baca tweet tentan kelkatu dan anai-anai ni. Tweet ni mendapat retweet lebih 11 ribu dan kebanyakannya memang baru tahu tentang fakta anai-anai dan kelkatu ni. 







Iday pon tadi siap gigih pergi google dan cari info tentang kelkatu dan anai-anai ni. Hehe


Koloni Anai-Anai

Koloni anai-anai yang matang ada tiga jenis kasta iaitu  pembiak (raja dan permaisuri), askar dan pekerja.

Anai-anai yang bersayap adalah kelkatu.


Kitaran Hidup Anai-Anai

Koloni baru yang terbentuk apabila anai-anai jantan dan anai-anai betina yang bersayap (kelkatu) terbang keluar dari koloni asal.

Then diorang ni akan terbang untuk bina koloni baru. Tapi memang ada risiko sebab akan diserang oleh pemangsa, contohnya burung,cicak dan katak.

Ada juga yang mati sebab hidrasi dan cedera. Yang kita duduk tengok atas lantai bersepah tu, yang mati la tu. Geli pulak bila ingat balik yang banyak-banyak tu. Hahaha

Mana-mana pasangan kelkatu yang berjaya ni la buat sarang kecil dalam tanah sebelum diorang mengawan. Masa tu diorang akan gali, masuk and tutup lubang tu.

Masa mula-mula, permaisuri hanya bertelur beberapa biji telur. Anai-anai betina yang subur akan bertelur dari 6 - 20 biji telur. Lepas-lepas tu baru diorang bertelur lebih 60 ribu telur sepanjang hayat diorang.

Ini gambarajah bagi korang faham. Hahaha



So, kenapa aku nak tulis pasal kelkatu dan anai-anai ni? HAHA Sebab sepanjang umur 29 tahun hidup ni, aku tak pernah tahu pon. 

Itu yang aku pelik, apasal bersepah sayap kelkatu ni. Ingatkan tanggal secara tak rela, padahal diorang sengaja. So, maksudnya sengaja buat sepah.

Kuang asam. Hahaha


So, siapa yang baru tahu kelkatu sebenarnya anai-anai? Hehe

Hi Korang!



Iday sebenarnya nak buat ulasan tentang filem Hichki lakonan Rani Mukherjee ni. Tapi sambil-sambil tu Iday nak cerita pengalaman bekerja dengan seseorang yang ada syndrome ni. 


Sinopsis Filem Hichki

So, filem ini mengisahkan tentang Naina (Rani Mukherjee) yang mempunyai masalah Tourette Syndrome. Satu penyakit yang tak ramai orang tahu. 


Tourette Syndrome menyebabkan gangguan pada saraf otak (neurological) yang mengakibatkan berlakunya tingkah-laku, perbuatan atau kata-kata diluar kawalan, tidak disengaha atau berulang-rulang.


Naina bercita-cita untuk menjadi guru tetapi disebabkan masalah TS, beliau gagal sebanyak 12 kali temuduga. Tapi akhirnya dia berjaya tapi bermula la pengalaman dia sepanjang jadi guru di sekolah tersebut. Especially dia kena deal dengan 14 pelajar yang degil.



Ulasan Filem Hichki


Bagi pandangan aku, filem ni best sebab kita diperkenalkan dengan Tourette Syndrome which is tak ramai orang tahu. Then dia ada tunjuk apa yang penghidap tu rasa and bagaimana pandangan orang lain tentang tingkah-laku penyakit tu sendiri. 

Tema filem lebih kepada pendidikan, macam mana Rani Mukherjee nak bantu 14 pelajar ni berjaya walaupon dia dalam keadaan macam tu.




Ada isu-isu lain seperti pelajar yang kurang mampu tapi punya semangat untuk belajar walaupon disisihkan. So, peranan guru penting dalam situasi ni.

Jalan cerita simple dan tapi boleh diagak. Ada babak kelakar dan babak sebak. 


Lakonan Rani dan 14 orang pelajar tu memang menjadi. Cara Rani bawa watak pesakit Tourette's Syndrome memang berkesan.

Memang best filem ni. Korang boleh try tengok. Hehehe

Iday bagi rating : 8/10 


Pengalaman Bekerja Dengan Pesakit Tourette's Syndrome

Masa Iday tengok filem ni, ada babak macam mana reaksi orang awam bila pertama kali berdepan dengan penghidap TS ni. Reaksi tu sama masa mula-mula Iday kenal Ann Khoo.



Iday ingat yang masa tu, hari pertama kerja. Kebetulan bos Iday memang rapat dengan Ann Khoo. So, tiba-tiba Ann Khoo menjerit. Ingatkan dia marah someone. Nasib iday punya teammate explain and baru la gigih google tentang TS ni.

Kadang-kadang dia akan duduk di meja team marketing. Bila dia mula tunjuk "tic", contohnya menjerit atau mengeluarkan bunyi secara tiba-tiba, memang terkejut.

Lagi-lagi bila kau tengah fokus buat kerja. Tapi lama-lama kau akan terima benda tu sebagai normal.

Tapi ada time, yang dia tiba-tiba menyanyi. Itu memang kelakar. Nak gelak tak sampai hati tapi memang terhibur. And nasib baik dia okay je. Siap gelak sekali. Hehehe

Paling best, bila anak buah dia tak buat kerja elok-elok. Kadang-kadang dia "tertunjuk" marah dia, menjerit sampai satu ofis terkejut. Memang nasib la. Hehe

Iday memang respect dengan keupayaan dia untuk handle TS sampai dia berjaya. Sekarang pon dia dah jadi Head of Digital Marketing dekat Hermo. So, dia tak jadikan TS ni sebagai penghalang dia untuk berjaya.

Dia pernah dijemput untuk bercakap untuk event Ted. Korang boleh tengok video dibawah :





Sekarang filem ni dah tak ditayangkan dekat wayang. So, kalau korang nak tengok filem ni boleh check link dekat ruangan komen di bawah ye. Hehehe

Selamat menonton!




Hi Korang,

Siapa suka makan Ayam Percik? 
Sebenarnya, mudah sangat nak buat ayam percik kat rumah. So, kali ini Iday nak share resepi mudah masak ayam percik. 


ayam percik mudah

Update 2018 : Iday ada buat video resepi Ayam Percik ni, boleh check video di bawah :)




Bahan-bahan yang diperlukan :

→ 6 ketul ayam 

→ 6 biji cili kering
→ 2 biji bawang
→ 2 batang serai (1 akan dikisar, 1 lagi akan di tumis)
→ 1 asam keping
→ 6 biji cili api (kalau nak pedas, boleh letak lebih)
→ 1 inci halia
→ 2 inci kunyit hidup
→ 2 helai daun kunyit
→ 3 ulas bawang putih
→ 1 kotak santan
→ 2 helai daun limau purut
→ gula dan garam






Cara masakan

1. Kisar bahan-bahan ini terlebih dahulu iaitu : 



1 inci halia, 
6 biji cili kering(direbus terlebih dahulu) 
2 inci kunyit hidup, 
1 kotak santan - letak half pon boleh
6 biji cili api
2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 batang serai (dipotong halus) - optional
Air satu cawan - optional





Ini cara Iday, kisar dengan santan. Kalau korang taknak kisar dengan santan, korang boleh letak santan semasa tumis nanti.








2. Hiris halus daun kunyit dan daun lima purut. 




3. Ketuk 2 batang serai. Panaskan minyak dan goreng serai sehingga naik bau. 



4. Kemudian masukkan bahan kisar tadi ke dalam kuali. Korang boleh guna double sided pan atau mana-mana kuali. 


Iday guna double sided pan sebab senang terus panggang ayam percik tersebut dan nak ayam masak cepat. Lagipon boleh tutup, so ayam tu elok diperap dalam kuah percik tadi. 





resepi ayam percik mudah

5. Agak-agak dah pecah minyak,  masukkan asam keping, ayam, daun limau purut dan daun kunyit. Gaul-gaul dan letak gula dan garam sebagai penambah perasa.




resepi ayam percik mudah


resepi ayam percik mudah


resepi ayam percik mudah

6. Agak-agak ayam dah masak, asingkan dengan kuah percik tadi. Then korang bakar la ayam percik tadi dalam double sided pan or oven. 




resepi ayam percik mudah


resepi ayam percik mudah

7. Kuah percik tadi, korang boleh masak sampai dia jadi kuning oren pekat. 



resepi ayam percik mudah

8. Bila ayam dah masak, just tuang kuah percik tadi. Simple kan. Hehehehe



resepi ayam percik mudah



resepi ayam percik mudah

Siap! Boleh makan dengan nasi! Nak makan dengan roti pon boleh. Hehehehe Mudah kan :)


Selamat memasak!


Kalau korang suka resepi ni, korang boleh share ye! :)

Kalau ada cara masakan lain atau dah cuba resepi ni, boleh komen di ruangan komen di bawah :)

Terima kasih kerana singgah dan baca artikel Resepi Ayam Percik Mudah dan Cepat ini. 

Jangan lupa like Facebook Page Iday dan Follow my Instagram :)

https://www.facebook.com/sayaiday/

⇢ http://instagram.com/sayaidaydotcom 


Hi Korang!

Hari ini Iday nak kongsikan dekat korang tips dan cara menyimpan duit melalui Maybank2u Savers/Savers-i. Iday dah simpan duit guna cara ni sejak Januari hari tu. Bagi Iday, ini cara paling mudah dan selamat. Hehe



Sebelum ini Iday pernah buat tabung duit dekat rumah, simpan RM5 dan RM20. Tapi gagal sebab Iday memang tak boleh simpan duit dekat tangan. Hahaha

So, simpan melalui Maybank2u Savers/Savers-i ni sangat mudah dan senang. Setakat ni memang tak sentuh langsung duit simpanan. Mungkin dah jadi seronok sebab nampak duit tu bertambah dan sayang nak guna. Hehehe

Paparan tabung simpanan Iday seperti di bawah (Iday letak nama "Tabung Iday & Islam") :


So, untuk belanja harian Iday akan guna dan buat transaksi menggunakan "Savings Account-i". Iday takkan sentuh duit dalam Tabung Iday & Islam tu.





3 Jenis Duit Yang Disimpan

Ada 3 jenis duit yang Iday simpan dalam akaun Tabung Iday & Islam iaitu :

1. Simpanan tetap setiap bulan : RM500

- Setiap bulan selapas dapat duit gaji, Iday akan transfer RM500 ke akaun Tabung Iday & Islam. Biasanya selepas Iday dah bayar segala jenis bil dan duit belanja Mak. 

- Contohnya :

Gaji : RM4000
Duit Bil dan Belanja Mak : RM2500
Tabung Iday & Islam : RM500
Duit belanja sehingga gaji seterusnya : RM1000

2. Duit dari kerja part time atau income lain

- Contohnya, Iday buat blog review dan setiap kali dapat payment, Iday akan transfer ke akaun Tabung tersebut. Hehehe

- So, rajin-rajinla buat extra income. Buat Grab pon masyuk apa. Satu hari RM100, kalau sebulan? Hehehe

3.  Duit belanja lebih setiap bulan

- Contohnya, bila nak masuk gaji baru. Duit belanja lebih dari bulan lepas/gaji lepas, Iday akan transfer ke akaun Tabung. Tak kisah la walau RM10 sekalipon. Hehe


Kelebihan Simpan Duit Dengan Maybank2u Savers/Savers-i

Korang mesti nak tahu apa kelebihan simpan duit dengan cara ni kan? Iday memang ada buat research tentang cara saving ni dan check semua jenis saving di bank-bank lain.

1. Kalau korang dah guna Maybank2u, ini cara paling senang sebab tak perlu buat akaun baru atau berurusan di kaunter. Korang boleh apply secara online.

2. Interest/Dividend rates untuk yang simpan RM 2000 - RM 50000 adalah 2.0% dan RM 50000 ke atas adalah 2.2%. 

Sesetengah bank yang Iday survey, diorang letak kurang dari 1% untuk simpanan yang tak melebihi RM20000. 

Contohnya:

UOB Account : Interest/Divident rates untuk simpanan bermula RM1-RM5000 adalah 0.05% dan  simpanan dari RM5000 - RM20000 adalah 0.8%. 

So, Iday plan yang nanti Iday akan simpan dulu sehingga RM20000, then keluarkan dan pilih bank yang tawar Interest/Dividend rates yang tinggi untuk jumlah tersebut. Hehehe


Tambahan : Maybank2u Savers ada paparkan interest/dividend rate di website manakala Maybank2u Savers-i tidak paparkan info tersebut. Iday ada tanya soalan tersebut di Facebook Maybank




3. Interest/Dividend rates akan dikira setiap hari dan dimasukkan dalam akaun setiap bulan.

Contohnya :

Kita dah simpan RM3000 dan dividend rates adalah 2.0%. Setiap bulan kita akan dapat RM5. Okay la dari takde kan. Simpan lagi banyak, lagi banyak kita dapat.

4. Boleh dikeluarkan bila-bila masa tapi syarat wajib ada baki RM250. Iday memang plan taknak sentuh pon. Tapi kalau waktu-waktu terdesak?

Takde la leceh sangat nak keluarkan. Tak perlu nak kena isi borang semua tu. Hehehe

5. Ada pelindungan PIDM





Cara nak apply Maybank2u Savers/Savers-i

1. Login ke akaun Maybank masing-masing. Ini layout Maybank yang baru ye.



2. Pilih menu "APPLY". Boleh rujuk gambar di bawah :



3. Nanti korang tengok pilihan untuk M2U Savers/ M2U Savers-i. Kemudian pilih "APPLY NOW"




4. Nanti korang akan tengok satu page yang perlukan korang isi maklumat seperti di bawah :



5. Pilih jenis produk antara M2U Savers atau Savers-i 




6. Tekan anak panah untuk Account Details dan kemudian masukkan maklumat seperti email, deposit from dan amount.

Ingat ye, kalau nak buka akaun M2U Savers atau M2U Savers-i, deposit mestilah melebihi RM250.




7. Lepas dah isi semua maklumat, korang boleh tekan butang "SUBMIT"



8. Then korang kena logout dulu Maybank2u dan login kembali untuk tengok paparan seperti dibawah. Senang kan nak buat tabung simpanan melalui Maybank2u. Hehehe




Nanti pandai-pandai la rename nama akaun tu. Hehe





So, next time kalau dapat gaji atau duit lebih, boleh transfer terus dari akaun saving biasa ke dalam akaun ini. Hehehe



Senang kan? So, selamat menyimpan! 

Untuk lebih maklumat tentang Maybank2u Savers/Savers-i ni, korang boleh check website diorang okay! Hehehe