New Video On Youtube.com/Sayaiday

Resepi Ayam Goreng Kunyit Paling Mudah Dan Sedap


Hi Korang!



Korang kenal tak Khairulaming? Instagrammer yang suka kongsi video masak tapi kelakar. Hari tu dia start video masak suka-suka, tak disangka follower Instagram dia mencecah ratusan ribu. Dia dah keluar dekat surat khabar dan online portal. 




Iday suka semua resepi-resepi dia sebab simple dan sedap. Macam mana Iday tahu sedap? Sebab Iday sendiri dah try. Paling latest Iday cuba adalah Resepi Ayam Goreng Kunyit, Sambal Belacan dan Telur Mata.

Okay, sambal belacan dan telur mata tu tak perlu tengok resepi pon tapi saje la nak letak tajuk artikel ni panjang sikit. Hahaha


Iday dah lama nak masak Ayam Goreng Kunyit + Sambal Pedas ala-ala dekat kedai makan. Selalu bila buat memang tak jadi, padahal dah tengok resepi. 


Tapi bila tengok video dekat IG Khairulaming, terus boleh buat dan jadi sebiji rasa macam kat kedai. Hehehe


Ini versi Iday, telur tak cantik sebab goreng cincai. Hehehe



Lepas ni boleh makan hari-hari. Hehehe


Korang boleh follow resepi di bawah :





Bahan-bahan diperlukan untuk masak Ayam Goreng Kunyit :

→ Ayam yang dipotong kiub (size terpulang, tapi jangan besar sangat)
→ Serbuk kunyit (agak-agak bergantung pada kuantiti ayam)
→ 1 sudu besar tepung jagung (optional)
→ Garam secukup rasa
→ Lobak (dipotong memanjang)
→ Kacang panjang
→ 1/2 bawang besar 

Cara memasak Ayam Goreng Kunyit :

Note : Korang kena guna minyak yang banyak supaya nanti korang akan dapat ayam yang crispy. Jangan risau, nanti korang tapis la minyak tu. Yang penting api kena kuat, so minyak tu tak serap dalam ayam.

1. Mula-mula korang panaskan minyak ( boleh rujuk video di atas)



2. Masukkan ayam dan masak hingga kekuningan dan rangup. 

3. Tapi dekat-dekat nak masak tu, korang boleh letakkan kacang panjang, lobak dan bawang

4. Bila semua dah sempurna masak, angkat dan toskan minyak tu. Setel!

Alahai senang je masak Ayam Goreng Kunyit ni. Selama ni kalau aku masak mesti jenis berkuah. Yang tu aku tak suka sangat sebenarnya.

Cara-cara nak masak telur mata dan sambal lada tu, korang boleh rujuk video di atas ye. Ala senang je. Hehehe

Tengok ni, Ayam Goreng Kunyit, Telur Mata dan Sambal Cili dia memang mengundang! Haha






So, kalau korang suka resepi-resepi senang ni, boleh la follow IG @khairulaming ye.

Selamat mencuba!




0 Comments:

Post a Comment