Baru Tahu Rupanya Kelkatu Sebenarnya Anai-Anai

1

Hi Korang!




Ini fakta yang Iday baru tahu. Rupa-rupanya kelkatu sebenarnya anai-anai. Selama ni Iday memang tak ambil kisah sangat tentang kelkatu. Ingatkan serangga terbang yang biasa. 

Paling annoying bila malam, diorang pergi hurung dekat lampu dan esok pagi masing-masing tersadai mati atas lantai.

Siap Iday pernah dengar ada someone cakap dulu, jangka hayat kelkatu ni satu malam je. Esok mesti mati. Hahahaha 

So, tadi ada baca tweet tentan kelkatu dan anai-anai ni. Tweet ni mendapat retweet lebih 11 ribu dan kebanyakannya memang baru tahu tentang fakta anai-anai dan kelkatu ni. 







Iday pon tadi siap gigih pergi google dan cari info tentang kelkatu dan anai-anai ni. Hehe


Koloni Anai-Anai

Koloni anai-anai yang matang ada tiga jenis kasta iaitu  pembiak (raja dan permaisuri), askar dan pekerja.

Anai-anai yang bersayap adalah kelkatu.


Kitaran Hidup Anai-Anai

Koloni baru yang terbentuk apabila anai-anai jantan dan anai-anai betina yang bersayap (kelkatu) terbang keluar dari koloni asal.

Then diorang ni akan terbang untuk bina koloni baru. Tapi memang ada risiko sebab akan diserang oleh pemangsa, contohnya burung,cicak dan katak.

Ada juga yang mati sebab hidrasi dan cedera. Yang kita duduk tengok atas lantai bersepah tu, yang mati la tu. Geli pulak bila ingat balik yang banyak-banyak tu. Hahaha

Mana-mana pasangan kelkatu yang berjaya ni la buat sarang kecil dalam tanah sebelum diorang mengawan. Masa tu diorang akan gali, masuk and tutup lubang tu.

Masa mula-mula, permaisuri hanya bertelur beberapa biji telur. Anai-anai betina yang subur akan bertelur dari 6 - 20 biji telur. Lepas-lepas tu baru diorang bertelur lebih 60 ribu telur sepanjang hayat diorang.

Ini gambarajah bagi korang faham. Hahaha



So, kenapa aku nak tulis pasal kelkatu dan anai-anai ni? HAHA Sebab sepanjang umur 29 tahun hidup ni, aku tak pernah tahu pon. 

Itu yang aku pelik, apasal bersepah sayap kelkatu ni. Ingatkan tanggal secara tak rela, padahal diorang sengaja. So, maksudnya sengaja buat sepah.

Kuang asam. Hahaha


So, siapa yang baru tahu kelkatu sebenarnya anai-anai? Hehe

Tags

Post a Comment

1Comments
  1. saya jugak, jadinya kalau rumah kena serang dengan anai2 maksudnya ada kelkatu jugak ek

    ReplyDelete
Post a Comment