Enter your keyword

Resepi Tom Yam Udang Dengan Santan




Sebenarnya, lepas je aku beli Nestle Natural Set Yogurt hari tu untuk cabaran pertama Nuffnang, aku masak macam-macam jenis masakan menggunakan Nestle Natural Set Yogurt seperti Ayam masak Percik dan Udang Masak Percik. Sedap! Aku dah start suka and mungkin lepas ni aku stop pakai santan. Lagipon yogurt is more healthier than santan. Dan yang paling best, aku dah buat pakai untuk masak 4-5 jenis masakan, still belum habis lagi and boleh tahan lama , tambah pula packaging dia yang ada penutup, senang nak pakai :)

Untuk cabaran kali ni, Aku nak masak Tom Yam Udang dengan Nestle Natural Set Yogurt. Aku guna yogurt as the cream in this recipe, to create healthier and lower fat dish.  So, Jom Kita Masak! :)

Update : Korang boleh ganti Yogurt dengan Santan setengah kotak + air. Air jangan banyak sangat.


Mula-mula kena ada bahan-bahan:



Kos pembelian barang-barang ni tidak melebihi RM 30, lagi pon ada barang yang sudah sedia ada dalam rumah aku. Udang yang aku beli tu RM 7.95 dan Jusco kat IOI mall tu ada jual 1 set  bahan-bahan tomyam sekali ada daun limau purut,limau nipis, cili padi, serai dan bawang hanya berjumlah RM 2.13 . Cendawan yang aku pilih tu berharga RM 2.40 1 paket. Senang cerita jumlah keseluruh bahan-bahan untuk digunakan dalam resepi ini tidak melebihi RM30. Hehe.

Okay Jom Start Masak ! :)



Potong dulu mana nak kena potong dan bersihkan dulu !


Aku kalau masak,suka susun-susun macam ni, so nanti senang bila nak masak dah tahu, mana first , group mana nak kena campak dulu. Kalau tak susun, mula la tertinggal dan resepi pon dah lari sikit, rasa pon dah lain. Hehe



Panaskan minyak dulu



Tumis cili kisar,lengkuas,bawang putih,daun limau purut,serai dan udang kering


Biar sampai garing, kacau-kacau selalu



Masukkan air


Masa untuk Yogurt!


Iday letak 5 sudu besar. Hehe


Masukkan celery, cendawan, lobak dan kobis bunga 



Perahkan limau nipis



Masukkan Udang



Udanggggg! Kacau-kacau


Masukkan tomato dan bawang merah






Sedap tak? Sedap tak? Senang tak step-step dia? Senang gile, campak-campak dah siap, masa diambil untuk masak resepi ni pon tak lama lebih kurang 20 minit, lagi-lagi udang memang jenis cepat masak. Aku letak garam sikit je, takyah ajinomoto atau bahan perasa lain sebab Nestle Yogurt dah menyedapkan masakan. Serious ni! Best makan dengan Nasi ataupon Mee/Bihun.




2 comments:

  1. makk aiii terliurrrr...
    nak buat lah nanti!
    tq sebab share resepi ohsem ini :)

    ReplyDelete
  2. takyah letak perencah tomyam ke dear? mlm ni nak buat lahh

    ReplyDelete

Iday Jual Teatox!

Blog Archive

My Blog List