10 Menu Juadah Wajib Di Pagi Raya Aidilfitri

1



 Alhamdulillah 1 syawal bakal menjelang lagi beberapa hari lagi. Mesti para ibu dan emak di rumah pening bagi memikirkan menu juadah atau makanan di pagi raya aidilfitri ini apa yang ingin disajikan pada seisi keluarga nanti kan?

Dengan itu disini ada 10 jenis menu juadah wajib di hari raya aidilfitri ini untuk panduan ibu dan emak di luar sana.

1. Ketupat Palas & Ketupat Nasi.

Ketupat nasi: Sedap dan lembut rasanya sesuai dimakan bersama kuah kacang atau rendang dan serunding.

Ketupat palas: Rasa yang sangat berlemak dek santan dan pulut,sangat sedap digadingkan dengan serunding.

2. Lemang

Lemang Buloh: Terpaling sedap jika kelilingnya keras dek bara api selepas siap masak. Makan begitu sahaja pun sudah sedap.


3. Rendang Ayam

Rendang Ayam: Makan dengan nasi di pagi raya atau dengan lemang dan ketupat.

4. Rendang Daging


Rendang Daging: Sesuai dimakan dengan lemang dan ketupat.

5. Serunding Daging


Serunding Daging: Gandingan terbaik buat pecinta lemang dan ketupat.

6. Sayur Lodeh


Sayur Lodeh: Rasanya sangat berlemak dan sedap sehingga mengamit kenangan masakan air tangan ibu

7. Lontong


Lontong: Satu mangkuk belum tentu cukup disebabkan rasanya yang sangat lazat.

8. Laksa Utara


Laksa Utara: Rasa yang unik untuk dinikmati di pagi raya.

9. Mee Kari


Mee Kari: Meu yang kerap menjadi tumpuan para ibu kerana mudah, sedap, dan cepat. 

10. Nasi Daging


Nasi Daging: Utara adalah yang paling sedap dengan tambahan acarnya fuh bakal tambah berkali-kali di pagi raya ini.

Ini lah antara juadah yang popular di hari lebaran dan hari raya aidilfitri. Tetapi ketupat dan lemang jugalah adalah menu wajib pada hari raya yang menjadi menu utama di setiap rumah. Rasanya seperti tidak lengkap hari lebaran ini tanpa kehadiran lemang dan ketupat.

Di harap dengan ini dapat membantu sedikit sebanyak para ibu di rumah dalam memilih menu juadah untuk hari lebaran yang tinggal beberapa hari sahaja lagi.

Post a Comment

1Comments
  1. Ketupat, lemang, serunding, rendang itu antara menu paling wajib bagi setiap rumah pada pgi raya kan .

    ReplyDelete
Post a Comment