Tips Hentikan Video "AutoPlay" Dalam Laman Web

0



Kadang-kadang memang rimas kalau buka portal yang ada video yang automatik 'play' terutama ada satu portal berita hiburan yang selalu Iday buka ni. 

Boleh sampai terkejut bila tiba-tiba ada bunyi orang bercakap bila kita buka portal tu.  Kadang-kadang video tersebut mungkin adalah iklan yang diletakkan oleh portal tersebut. 

Jadi Iday ada jumpa cara untuk hentikan video yang "autoplay" iaitu dengan memuatnaik Chrome Extension AutoplayStopper. 

Jangan risau, ianya percuma dan memang berkesan. 

Bila korang download Chrome Extension AutoplayStopper tu, video masih dipaparkan di skrin tetapi tidak dimainkan tanpa kebenaran. 


Ikon AutoplayStopper ada pada "toolbar" Chrome dan memaparkan bilangan video yang telah disekat. 


Memang best sebab takde gangguan dari video-video yang dimainkan tanpa kebenaran. Kalau korang nak cuba, boleh download menerusi link yang Iday kongsikan di bawah




Tags

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)