Enter your keyword

Tips : Photobooth ketika Majlis Perkahwinan

Zaman dulu, sesi bergambar ni dekat pelamin je. Berhias bagai dekat pelamin, duduk berdiri, pengantin duduk,parent berdiri, parent duduk, pengantin berdiri, semua area pelamin je. Kat situ la nak renjis tepung tawar and kat situ la nak buat sesi amik gambar semua. 

Zaman sekarang pulak ada candy corner la , guest book corner la and photobooth. Kalau iday pulak, iday taknak pelamin sebab family memang tak buat renjis2 tu. so, iday decide nak buat photobooth. So, google la kan , contoh photobooth yang simple and senang nak buat sendiri. kalau x buat sendiri, maybe save photo and bagi je gambar dekat planner yang akan buat nanti. Hehehe

So, iday just nak kongsikan beberapa tips for your photobooth nanti. 




1. Tempat/Location
Sangat penting untuk tentukan tempat untuk letakkan photobooth, space yang cukup muat untuk dekorasi dan lighting yang cantik. Tempat tu kena strategik la, supaya guest yang datang boleh nampak. Kalau korang buat dua-dua, pelamin and photobooth, so photobooth ni boleh buat tepi candy booth. Kalau macam iday, iday akan buat photobooth sahaja. so tempat ofcourse the main entrance. masuk2 kawasan rumah dah nampak. hehe




2. Ruang/Space
Korang kena decide, berapa ramai yang boleh muat, jangan terlampau banyak dekorasi sampai time nak amik gambar ramai2, semua pakat langgar prop . Make sure time amik gambar, semua boleh masuk dalam gambar, baru cantik and photographer dapat bagi shot yang baik. Jangan buat kecik sangat sampai 2 3 orang je boleh duduk, kalau ramai2 lagi best :)

3. Tema

Tema pon penting,kalau korang buat sendiri, boleh google tema yang cantik. Kalau mintak planner buat, boleh bincang, kot2 dia ada idea lagi best dan decide korang punya tema. Iday memang nak buat rustic design. Harap2 masa the big day tu dapat buat. hehe




4. Prop/Dekorasi

Iday suka dekorasi dari typo, yang huruf2 tu. Then kotak2 kayu, kalau rustic punya design macam tu la, kayu2 then rumput hijau. hehe. pastu buat prop yang ada ayat2 best tu contohnya "His mine" , "Halal", "Married", "Single" or nak prop misai ke, love2 ke, janggut wak doyok ke, suka hati, ikut kreativiti masing2. 



Nak lagi best untuk dekorasi, boleh framekan gambar family, gambar dan pasangan, kira pakai polaroid la, letak kat sudut photobooth tu. hehe

Macam-macam idea iday nak buat. InsyaAllah, maybe iday buat sendiri kot, xnak tempah planner, but depends pada masa, kalau xde masa nak buat, memang sah2 serah bulat2 kat planner. 

Simple lagi cantik. Iday suka tengok Sue punya wedding. Pancake tu memang terbaik la. ida curi gambar sue kat bawah ni. yang lain2 korang boleh check sini [klik] . Pelamin dia pon cantik. :)


sue wedding

p/s: kalau korang ada tips, boleh share :)

5 comments:

  1. Hi iday, zaza here. Pancake yg mana dik? Yg lapis2 tinggi tu kek la sayam. Hehe.. Victoria sandwich cake. yg bediri sebelah kek tu, it's me ...the cake maker ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Zaza, Sue adik Kak Zaza ke? wahhhhh, iday mati-mati ingat pancake. Hahaha. Suka tengok cake ni. dah follow instagram pon. Hehehe :)

      Delete
  2. haah.. sue tu adik ipor tersayang. ekekekeke. pancake pun idea yg bagus kan. takpe , nanti iday oder pancake tiers for 1st anniversary. hehehe. aritu nape tak oder ngan akak. eceh.. anyway, have a nice weekend iday :)

    ReplyDelete
  3. ye sayam.. sue tu adik ipor tersayang. but pancake is brilliant too. bosan da makan kek kan. ok nanti 1st wed anniversary oder pancake tower. hehehehe.
    have a great weekend iday.
    oh ye, thanx for follow ya ;)

    ReplyDelete

Iday Jual Teatox!

Blog Archive

My Blog List