Enter your keyword

Sponsored Video: BOSS THE SCENT
The new film with Anna Ewers & Theo James

Jonker 88 - Short Trip Melaka

Iday baru nak start story about our short getaway kat Melaka tahun lepas. Hehehe. Actually iday and kawan-kawan pergi bulan 12 and kitorang like last minit punya plan. Check teaser kat sini : Malacca Trip


Betul orang cakap, biasanya yang last minute ni selalu jadi. Hehehehe




So, one of the places yang kitorang sempat singgah adalah Jonker 88 dekat Jonker Street tu. Before ni iday pernah pergi Jonker 88 tetapi sebab queue terlalu panjang so, ida cancel. Kali ni pulak, masih lagi queue panjang, tetapi gigih juga nak rasa apa yang best sangat dekat Jonker 88 ni, so kitorang beratur.




Tips 1 : Pastikan bawa air mineral. sebab dalam kedai tu panas sikit sebab ramai orang. & bila dah dapat makan, lagi-lagi masakan curry ni, sure perlukan air mineral. hehehehe

Walaupon ramai orang and penat beratur, kitorang sempat layan ais krim batang depan kedai. heheehe





Jonker 88 dekat Jonker Street Melaka ni terkenal dengan Cendol Gula Melaka, Asam Laksa & Baba Laksa. Sesiapa yang memang suka makan cendol kena try cendol kat sini. No wonder la pengunjung nonstop. Memang sedap! :)


Iday order Baba Laksa  Kahwin Nyonya Asam Laksa & Cendol. Baba Laksa Kahwin Nyonya Asam Laksa hanya RM5 and potion besar. Memang puas hati. Konsep kedai ni layan diri and korang kena grab meja cepat-cepat. Mata kena melilau la tengok customer lain yang macam nak abis makan. hehehehe 







Tips 2 : Awal-awal kena decide nak makan apa, ada je menu tu dekat dinding & berhampiran kaunter. Supaya tak lambat masa nak order tu. 

Sepanjang beratur tu, ape je boleh buat? Amik gambar la. Hahahaha. Oh Jonker 88 ni dah macam muzium sebab setiap sudut and dinding kedai tu ada frame duit syiling lama, kenyataan akhbar lama. 




Fadhli and Ameen jaga meja, so kitorang just tolong ambil order diorang sekali. Iday pulak tengah hafal menu nak makan. Hahaha

Iday tengok pekerja kedai tu buat kerja cepat. Kagum sebab entah bila diorang rehat sebab start buka sama tutup tak putus-putus customer datang








Masing-masing dah order, terus lepak meja makan. Time ni, bila dah dapat terus makan sebab best kalau makan panas-panas. Disebabkan kitorang 9 orang dan terpaksa share meja yang muat-muat je, so kena makan cendol dulu then baru makan asam laksa. Hahaha

Iday suka betul cendol gula melaka, sebab dia tak terlalu manis dan berlemak dengan santan. 1 mangkuk memang tak cukup. Hahaha




Tips 3 : Plan bersama kawan-kawan untuk order different Laksa, so, masing2 boleh rasa pelbagai jenis laksa. Iday selalu amalkan makan macam ni dengan Islam. Tak nak order benda sama. Hehehehe




Kalau nak datang Jonker 88, better datang weekdays, kalau tak memang ramai gila manusia. Hahaha, then korang takleh makan lepak sangat sebab siap ada yang beratur tunggu meja. Huhuhu. 

Tapi, cendol and Baba Laksa Kahwin Nyonya Asam Laksa dia memang terbaik!! Hehehe 

Makanan best, teman makan best , kita bagi 9 bintang . 1 bintang kurang sebab tempat kecik and ramai gila orang. Hahahaha

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Jonker 88
No. 88, Jalan Hang Jebat, 
75200, Melaka,Malaysia
Operating Hours: 
12:00PM - 6:00PM (Weekdays),
12:00PM - 8:00PM (Weekends)




p/s : jom join blogger contest, hadiah sehingga RM1350. Boleh klik link ni : Jom Aktifkan Mykad

3 comments:

Iday Jual Teatox!

Blog Archive

My Blog List