Enter your keyword

Hotel Review : Rainforest Bed and Breakfast Hotel Kuala Lumpur


Kalau dengar nama hotel ni, mesti bayangkan hotel ni terletak di tengah hutan dan jauh dari bandar. Hehehe Sebenarnya Rainforest Bed & Breakfast Hotel terletak di Jalan Mesui dan hampir dengan pusat bandar Kuala Lumpur. 





Rainforest Bed & Breakfast Hotel dengan ketinggian 5 tingkat  mempunyai 5 jenis bilik. 

gemuk kesayangan islam '_'


Ruang lobi - Mula-mula masuk hotel ni, iday berkenan dengan dekorasi dekat lobi. Ada jam besar, teringat pulak jam nenek yang dulu. Setiap jam akan bunyi. Haha




Lepas check in kat kaunter, baru la dapat masuk bilik. Oh, pekerja kat sini sangat friendly tau. Tanya banyak soalan, gigih dia jawab. Hehehe

Sama macam Container Hotel Kuala Lumpur, hotel ini mempunyai dorm untuk 3 orang dengan harga RM39 untuk 1 malam. Sesuai untuk mereka yang mempunyai urusan kerja di KL atau backpacker.

Iday senaraikan dulu jenis-jenis bilik yang ada di Rainforest Bed & Breakfast Hotel :

3 Bed Dormitary Shared : RM39 per night
Double Room Ensuite : RM115 per night
Twin Courtyard Shared Bathroom : RM130 per Night
Deluxe Triple Room : RM160 per Night
Superior 4 Bed Family Ensuit - RM200

Bagi iday harga yang dikenakan berbaloi sebab setiap bilik ada  disediakan tv, toilet, wifi, safe box dan air-conditioned. Bilik pula bersih dan berbau segar. Hehehe Iday dapat bilik Double Room Ensuite, memang besar. Ni antara gambar-gambar dalam bilik yang sempat Islam snap hari tu. 







Ada cermin besar dalam bilik ni, lagi la nampak besar. Boleh tak main-main dengan Islam cakap cermin ni 2 hala. Hahaha terus je sopan dua-dua bila duduk dalam bilik ni. Hahaha






Ni pula toilet dan bilik mandi , besar dan bersih. Iday kalau mula-mula masuk bilik hotel, iday akan check toilet. Hahaha Yela kalau apa-apa, yang tak memuaskan hati, kita boleh report dulu and tukar bilik. 












Sebenarnya Rainforest Bed & Breakfast ni ada sediakan kemudahan yang lain iaitu laundry services, airport transfer , dapur yang boleh masak dan tours guide. 

Iday paling suka lepak dekat balkoni dekat tingkat 3 hotel ni. Korang boleh lepak-lepak sini, sembang-sembang, makan and layan movie. Boleh online lagi sebab memang ada wifi free. Sesuai jugak untuk orang-orang yang nak shoot and ambil gambar kat sini. Hahahaha
















Hotel 5 tingkat ni tiada lif taw, memang naik tangga je. Nasib baik bilik iday dekat first floor. Tapi masa mula-mula naik tangga, iday pelik kenapa rasa lain macam bila naik tangga, rupanya takde pemegang. Hahaha So, korang kena berhati-hati especially kalau bawa anak-anak. Jangan lepas diorang lari sana sini. 






Ni adalah ruang rehat dan dapur untuk mereka yang nak masak. Tak silap iday ni tingkat 3. Tak sangka kan, masa mula-mula tengok hotel ni dari luar, nampak kecil je. Bila masuk dalam, rupanya luas dengan pelbagai kemudahan. 









Ni pula, tangga nak naik tingkat paling atas. Tingkat paling atas menempatkan bilik jenis dorm tu. Kat atas ni ada 1 tingkap besar yang boleh view ke luar. Masa iday pergi ni, tingkat tu penuh dengan budak-budak basikal. Maybe diorang ada event dekat KL, so menetap kat situ. Duduk ramai-ramai dalam dorm, jimat sikit. Hehehe






Dah nama Rainforest Bed & Breakfast kan, sesiapa yang booking hotel disini akan dapat breakfast percuma. Dekat tingkat paling bawah, bersebelahan dengan lobi, ada satu bilik besar. Bilik tu ada meja makan, sofa, tv , dua desktop dan peti ais. Pagi-pagi iday dan Islam pergi makan breakfast dekat bilik bawah tu. 














Kalau stay lama kat sini, mana tempat nak makan? Sebenarnya hotel ni terletak sebaris dengan Restoran LimaBelas, Table 23, Feeka Coffee dan Mesui Cafe. Kalau ada transport, terus je pergi foodcourt Pavi. Hehehe Oh, dekat area situ pon ada beberapa kedai Mamak. 

Korang boleh baca artikel di link bawah ni, hotel ni bersebelahan dengan restoren LimaBlas yang iday makan cendol tuang tu. Hehehe



Kalau malas nak keluar, boleh order FoodPanda. 

Iday nak share sikit maklumat tentang Rainforest Bed & Breakfast Hotel :



Rainforest Bed & Breakfast
No 27, Jalan Mesui off Jalan Nagasari,
Bukit Bintang,
50200 Kuala Lumpur,
Malaysia 

TEL: +603 2145 3525
FAX: +603 2110 2979

SKYPE NAME: rainforestbnb
info@rainforestbnbhotel.com
 rainforestbnb@gmail.com



Map & Direction



Korang boleh klik link ni untuk Direction dari Pudu Station dan KLIA2 : sini

Tempat ni memang sesuai untuk bacpacker atau mereka yang ada urusan kerja di KL. Selesa dan bersih :)

Boleh baca feedback dekat website diorang and trip advisor. 

p/s: siapa yang join event Nuffnang dekat Zouk? Boleh stay sini, 8 minit je dari hotel ni.

9 comments:

  1. Bilik 3 orang tu RM39 untuk satu bilik ke per head?

    ReplyDelete
  2. Woah ! Nicenyaaaa. Tak tahu pula dalam KL ada macam ni.

    ReplyDelete
  3. Dahsyat! Minat sangat dengan cermin besar dia. Rasanya macam nak letak dalam my homestay bilik

    ReplyDelete
  4. perggghhh. nak pergi tak pergi pergi. busyyyy ngat oiii. best nye iday asyik review hotelllll je. nak nak nak.

    ReplyDelete
  5. Nak tanya, kalau yang bawak kreta, parking senang tak kat hotel ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hotel ni ada sediakan parking tapi terhad, kalau area dia kena bayar tak silap. tapi boleh terus contact hotel dan tanya tentang parking space tu. Hehehe

      Delete
  6. Soundproof ke tak bilik dia? Sebab macam pakai dinding kayu je

    ReplyDelete

Iday Jual Teatox!

Blog Archive

My Blog List