Hi! ❤️
Untuk entry hotel review kali ini, iday nak cerita tentang 1 hotel best yang ada ditengah-tengah Kuala Lumpur. Ini hotel ketiga yang iday review memang betul-betul berhampiran dengan bandar Kuala Lumpur.
Before ni, hotel yang iday review adalah :
Pernah dengar atau menginap dekat The Yard Boutique Hotel? Iday suka konsep The Yard Boutique ni kerana diorang ada courtyard ditengah-tengah hotel untuk relaks dengan family or kawan-kawan.
Iday baru lagi menginap hotel ini dan sebenarnya iday planning surprise party untuk abang iday. Biasanya orang celebrate dekat restoran atau taman. Tapi, iday nak 1 kawasan yang tertutup tetapi cantik. Last-last, iday buat dekat courtyard The Yard ni je.
Iday recommend dekat korang, kalau nak celebrate birthday or nak buat party kecil-kecil boleh try dekat The Yard, tapi kena menginap dekat sana la. hehehe Itu pun bergantung kepada budi bicara pihak hotel. Kang cakap, iday memandai pulak. Huhu
Kalau ada plan nak stay Kuala Lumpur atas urusan kerja pon boleh menginap di sini. Iday ada baca review and ada yang complain tentang bunyi bising tetapi sepanjang iday tinggal sini belum ada bunyi bising , even kereta pon.
Sorry, gambar malam sebab lupa nak amik depan-depan The Yard ni waktu siang. Haha 1 lagi iday rasa selamat berada di Yard sebab diorang memang control access gate depan. So, orang luar bukan senang-senang boleh masuk.
kredit gambar : website The Yard
Ciri-ciri dekorasi hotel The Yard more to modern and colonial house, style rumah lama-lama. Tapi tak terlalu over, just simple dan nampak kemas.
The receptionist very friendly and tolong bayarkan our sandwich delivery. Masa iday booking bilik and request untuk buat private party pon dia okay.
Iday paling suka dekat Courtyard The Yard ni ada 1 pokok besar and ada lampu-lampu hiasan. Serius cantik. Sebab tu iday cakap, memang sesuai and cantik untuk celebrate event-event special. Hehe
Masa iday bincang dengan staff The Yard, diorang memang benarkan untuk buat suprise party as long as tak sepah and tak terlalu bising. Kalau nak buat party ramai orang, maybe korang boleh book the whole place. HIHIHI
Anyways, The Yard Boutique hanya ada 11 bilik.
Hotel ini terletak di tengah-tengah Kuala Lumpur and take within 10 minit untuk jalan ke Food Street, Low Yat, Pavillion shopping mall. Ada food street berhampiran, tetapi tidak sesuai untuk orang beragama islam sebab mostly chinese restaurant and non-halal.
Terdapat 2 jenis bilik iaitu Deluxe Double Room dan Deluxe Twin Room with free wifi connection.
Deluxe Double Room ada 1 queen bed manakala Deluxe Twin Room ada 2 katil. Harga setiap bilik adalah RM133 per night (weekday) and RM142 per night (weekend). Ini latest yang iday dapat dari website The Yard.
Hari tu iday booking Deluxe Double Room. Kalau korang nak book untuk honeymoon suite pon boleh, so diorang akan hias bilik tu siap ada 2 ekor itik (towel HAHA) and bunga-bunga.
Iday suka combinasi dinding kayu dan bare concrete tu and the room is so comfortable. Paling penting, sangat bersih dari pintu, katil , cadar dan bilik air. Memang berbaloi dengan harga yang ditawarkan.
Setiap bilik disediakan peti ais kecil dan ada safe box juga untuk simpan barang berharga seperti laptop bila korang nak keluar makan or shopping.
Pintu bilik air jenis sliding door, masa mula-mula terkejut juga, ingat kan takde pintu toilet. Haha
Dalam setiap bilik ada free wifi internet connection, tv with selected Astro Channel, ada tea and coffee set, air conditioner and hot/cold shower.
Okay, apa yang kurang memuaskan tentang hotel ni?
Lokasi : Sebenarnya kalau drive, guna gps memang susah nak cari. so kena aware dengan sign board. It's like hidden treasure dekat tengah-tengah city. Jangan terkejut kalau tiba-tiba lalu kawasan lama especially kawasan belakang kedai makan.
Lain-lain perkhidmatan : For sure la tiada pool sebab tempat kecil, tapi kalau diorang boleh buat mini restaurant should be okay. so, malam boleh lepak minum or makan yang ringan-ringan like burger or fries. Iday ada perasan macam ada mini bar tapi tidak digunakan.
Tetapi memang dekat Jalan Alor, which is area food court. and boleh order FoodPanda je kalau nak makan. Hehe
Sebenarnya iday sangat recommend kalau nak plan buat suprise party, sebab hari tu pon iday buat suprise party untuk abang iday, just beli set Ayam Kfc, sandwich dan kek. Bila malam , view dekat courtyard memang cantik dengan lampu-lampu.
Iday ada letak info tentang hotel ni dibawah jika korang berminat untuk menginap di sini :
wah cantik hotel ni
ReplyDeletebestnyaaaa, seyes suka view mcm ni.tenang sangat!
ReplyDeleteBestnyaaa
ReplyDeleteOk serius tak pernah dgar nama hotel ni. Baru tauuuu!
ReplyDeletesempoi!
ReplyDeletenice hotel, wish to go one day~
ReplyDeleteRegards,
(A Growing Teenager Diary Malaysia)
The rooms was really nice. Small but has a big toilet and bath. The service was great. I extended my stay here 'cause I really like the location. You just walk around and you are in the nearby food stalls which serve local cuisine.
ReplyDelete- condorny.com