Artis Malaysia Berkahwin Atau Bertunang Sepanjang Tahun 2025

0


Tak sangka dah masuk Julai, pejam celik pejam celik dah setengah tahun berlalu! Sepanjang Januari sampai Jun 2025 ni, ramai juga artis Malaysia yang dah selamat bertunang atau naik pelamin.

Tahniah buat semua! Yang dah kahwin tu, semoga bahagia sampai syurga, insyaAllah. Yang baru bertunang, semoga semua urusan menuju hari bahagia nanti dipermudahkan. 💍❤️

Jadi, inilah antara artis Malaysia yang sempat naik pelamin atau bertunang sepanjang tahun 2025 setakat ni. Nanti min akan update dari semasa ke semasa kalau ada berita baru masuk!


Shasha Abedul

Pada 11 Januari 2025, pelakon Shasha Abedul selamat bertunang dengan jejaka pilihannya yang identitinya masih dirahsiakan buat masa ni.


Shasha yang lahir pada 9 Julai 1996 (sekarang 29 tahun) pun ada kongsi beberapa gambar majlis tunangnya kat Instagram — simple tapi sweet! 💍✨


Anis Al Idrus

Pelakon dan pengacara Anis Al Idrus, yang bakal masuk usia 37 tahun 21 Julai ni, selamat bergelar isteri kepada Halim pada 25 Januari 2025.


Untuk info, ini perkahwinan kedua buat Anis — sebelum ni dia pernah mendirikan rumah tangga pada 7 Julai 2017, tapi jodoh tak panjang dan berpisah pada 2022.


Naufal Azrin

Penyanyi Naufal Azrin yang dikenali ramai melalui lagu duet Casablanca dengan Nuha Bahrin, selamat bertunang dengan cikgu yang dikenali sebagai “F” pada 31 Januari 2025 lepas, lepas 7 tahun bercinta!


Mereka mula kenal kat Instagram dan sekarang tengah rancang nak kahwin tahun ni jugak.

Naufal lahir pada 7 September 1998, jadi tahun ni dia genap 27 tahun. ❤️💍

Ezaidi Aziz

Pelakon Ezaidi Aziz sah bergelar suami kepada Wan Afeeqah Wan Azmi dengan sekali lafaz pada 8 Februari 2025 — alhamdulillah, semuanya dipermudahkan!


Dua-dua dah kenal sejak 12 tahun lepas, tapi baru betul-betul bercinta tahun lepas je. Jodoh tak ke mana!

Ezaidi yang lahir pada 14 Februari 1995 pun bakal masuk usia 30 tahun tahun ni. ❤️💍


Wanna Ali

Pelakon Wanna Ali selamat bergelar isteri kepada Khairul Amri, anak kepada bekas Ketua Polis Negara, pada 9 Februari 2025.


Pasangan ni bertunang pada 9 November 2024, dan kini sah jadi suami isteri.

Wanna menerima mas kahwin 10 dinar emas dan sebentuk cincin — simple tapi bermakna ✨

Dilahirkan pada 25 Disember 1997, Wanna tahun ni genap 27 tahun. 💛💍


Fikry Ibrahim

Pada 12 Februari 2025, Fikry Ibrahim buat kejutan bila tiba-tiba umum dah sah bernikah dengan cinta hatinya, Khalizah Alihan dari Sarawak.


Fikry yang lahir pada 16 April 1994, tahun ni genap 30 tahun. Power juga Fikry, lowkey je tapi terus jadi suami orang! 💍🎉


Mimi Lana & Syafiq Kyle

Pada 14 Februari 2025, pasangan pelakon Syafiq Kyle dan Mimi Lana akhirnya sah bergelar suami isteri dalam majlis penuh bahagia di Taiping, Perak.


Mimi menerima wang hantaran sebanyak RM11,111 dan mas kahwin RM111 — serba satu, serba sweet!

Sebelum ni, rancangan kahwin mereka pada Ogos 2023 terpaksa dibatalkan, tapi jodoh kuat… lepas hubungan yang pernah putus dan bersambung semula, akhirnya mereka disatukan juga.

Syafiq lahir pada 24 Jun 1992 (sekarang 33 tahun), manakala Mimi lahir pada 21 November 1995 dan kini berusia 30 tahun. 💕💍

Siti Saleha

Pada 15 Februari 2025, Siti Saleha sah bergelar isteri kepada pereka fesyen, Joshua Fitton dengan sekali lafaz. Dia menerima mas kahwin RM1,000, tapi jumlah wang hantaran tak didedahkan kepada umum.


Ini merupakan perkahwinan kedua buat Saleha selepas berpisah pada 2022.

Pasangan ni dah kenal lebih dua tahun sebelum Joshua romantik habis melamar dia di puncak Gunung Kinabalu pada April 2024.

Saleha yang lahir pada 14 Mac 1990 kini berusia 35 tahun, manakala Joshua 38 tahun. 💍✨


Atiq Azman

Pelakon Atiq Azman sah bergelar suami kepada pramugari cantik, Alia Natasha, pada malam Jumaat, 21 Februari 2025 — selepas empat bulan bertunang je!


Mereka mula kenal kat Instagram, dan interesting-nya Atiq yang mulakan dulu! 😄

Atiq lahir pada 24 Februari 2000, jadi tahun ni genap 25 tahun. Muda lagi, tapi dah ready jadi suami orang! 💍✨


Shahidan Izwan


Pada 22 Februari 2025, pelakon Shahidan Izwan sah bergelar suami kepada cinta hatinya, Momoy Rahman, dengan sekali lafaz je!


Shahidan hadiahkan mas kahwin berupa seutas gelang emas tunai kepada Momoy, atau nama sebenar dia Fatin Atiqah Abdul Rahman — sweet dan bermakna!

Shahidan yang lahir pada 2 Januari 1997, kini berusia 28 tahun. 💛💍


Aisyah Aziz

Yang ni min selitkan sekali sebab Aisyah Aziz pun pernah duet dengan artis Malaysia, dan jodohnya pun orang Malaysia!


Aisyah sah bergelar isteri kepada Dr. Mohd Fakhruddin Amir Mohd Ismail — abang kepada PU Riz — dalam majlis nikah yang berlangsung di Singapura pada 11 April 2025.

Mereka mula rapat lepas pertemuan pertama yang turut ditemani ibu bapa Aisyah. Lepas tu ambil masa lebih kurang tiga bulan je untuk seriuskan hubungan.

Untuk info, Aisyah ni adik kepada Aliff Aziz dan sekarang automatik jadi biras kepada Neelofa. Power betul jodoh dua negara ni! 💍❤️🇸🇬🇲🇾


Sharifah Sakinah

Pada April 2025, Sharifah Sakinah sah bergelar isteri kepada pelukis grafiti terkenal dari Perancis, Cyril Kongo.


Sakinah kini berusia 36 tahun, manakala Cyril 56 tahun.

Untuk info, Sakinah ada seorang anak perempuan berusia 8 tahun hasil perkahwinan terdahulu dengan juruterbang Aliff Adha. 💕🎨💍


Erissa Puteri Hashim


Erissa Puteri Hashim, yang mula dikenali sejak umur 11 tahun melalui program Ceria Popstar musim kedua (2014), akhirnya sah bergelar isteri kepada Muhammad Daniel Iskandar Zaidi, 26, pada 18 April 2025. Majlis berlangsung meriah di The Majestic Hotel, KL!


Erissa yang kini berusia 22 tahun menerima mas kahwin berupa 70 gram emas — memang padu! 💛💍


Eyka Farhana

Pelakon Eyka Farhana sah jadi isteri kepada pemain sayap Terengganu FC, Akhyar Rashid, dalam majlis akad nikah tertutup yang diadakan pada 2 Mei 2025 di Boathouse by The Lake, Ampang.


Eyka, atau nama penuhnya Wan Atiqa Farhana Wan Sarmizi, lahir pada 3 Februari 1995 dan menerima mas kahwin sebanyak RM3,200.

Kisah cinta mereka bermula bila Akhyar hantar DM kat Instagram Eyka. Masa tu Eyka tak tahu pun siapa dia, tapi lepas diperkenalkan oleh adik perempuannya, mereka mula rapat. 

Dari tukar nombor, jadi kawan baik, akhirnya bercinta hampir lima tahun sebelum bertunang pada 4 Ogos 2024. Sekarang, sah suami isteri! 💕⚽💍


Sufian Suhaimi

Penyanyi Sufian Suhaimi, 33, sah bergelar suami kepada Rania Al Sadat, 25, dalam majlis akad nikah tertutup yang berlangsung pada 2 Mei 2025 di Masjid Wilayah, KL.


Sufian dinikahkan oleh bapa Rania sendiri dengan mas kahwin satu dinar emas, lengkap dengan tiga dulang hantaran dibalas lima — simple tapi penuh makna.

Mereka mula kenal sejak 2022, bertunang Februari 2025 dan dua bulan lepas tu terus sah jadi suami isteri dengan restu keluarga. Sweet dan smooth je perjalanan cinta dorang!


Jaclyn Victor

Penyanyi Jaclyn Victor, yang lahir pada 4 Disember 1978, selamat mendirikan rumah tangga dengan pensyarah Calvin T. Samuel dalam majlis tertutup pada 25 Mei 2025.


Selepas enam tahun bergelar ibu tunggal, ini adalah perkahwinan kedua buat Jaclyn selepas berpisah dengan penyanyi dari Amerika, Shawn Rivera, pada 2019.

Hasil perkahwinan terdahulu, Jaclyn dikurniakan dua cahaya mata — Jonah Joshiah Rivera, 10, dan Molly Marguerite Rivera, 8. Semoga bahagia buat Jaclyn dan keluarga barunya!


Mas Khan

Pada 25 Mei 2025, pelakon Mas Hidzhie Khan Mas Fadzillah Khan sah bergelar suami kepada pramugari cantik, Anatasha Diana, dalam majlis akad nikah tertutup — sekali lafaz je terus sah!


Mas Hidzhie, yang lahir pada 15 April 1994 dan kini berusia 31 tahun, menyerahkan mas kahwin sebanyak RM1,497 dan wang hantaran RM20,000 buat isteri tercinta. Sweet dan steady!
 

Qi Razali

Pada 25 Mei 2025, pelakon dan pengacara Qi Razali, 47, sah jadi suami kepada jurusolek cantik, Wardah Mahbob, 30, dalam majlis akad nikah tertutup yang diadakan di Bagas Zakariah, Gopeng, Perak.


Qi menyerahkan mas kahwin sebanyak RM101 je, manakala jumlah wang hantaran dirahsiakan. Simple tapi penuh makna.

Pasangan ni mula kenal sekitar tahun 2023 dan bertunang masa Syawal 2024. Kini, dah rasmi jadi suami isteri!


Kayda Aziz


Penyanyi Wan Nur Khaleda Roslan, atau lebih dikenali sebagai Kayda Aziz, selamat bertunang dengan jejaka pilihan hatinya, Syafiq, dalam majlis tertutup di Ara Damansara pada 16 Jun 2025.


Berita gembira ni dikongsi sendiri oleh ibu tercinta, Datuk Sheila Majid, yang kini berusia 60 tahun, menerusi Instagram lengkap dengan gambar dan video sekitar majlis.

Kayda, anak sulung hasil perkahwinan pertama Datuk Sheila dan komposer Roslan Aziz, kini berusia 34 tahun. Tahniah Kayda & Syafiq!


Jadi, inilah antara artis Malaysia yang sempat naik pelamin atau bertunang sepanjang tahun 2025 setakat ni. Nanti min akan update dari semasa ke semasa kalau ada berita baru masuk! 💍✨

Kalau rasa ada nama yang tertinggal atau info yang kurang tepat, jangan malu-malu komen je kat bawah ya! 💬❤️

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)