Enter your keyword

Sponsored Video: BOSS THE SCENT
The new film with Anna Ewers & Theo James

Tips Tinggalkan Kucing Di Rumah Bila Balik Beraya

Salam Ramadhan :)

Biasanya bila dah tiba penghujung bulan Ramadhan ni, semua orang dah buat preparation nak balik kampung kan. Servis kereta, kumpul duit minyak and tol, dah start packing dan macam-macam lagi la. Semua dah tak sabar nak balik raya.



Tapi pada mereka yang ada bela kucing mesti pening nak tinggalkan kucing dekat rumah. Kalau sempat boleh tinggalkan dekat boarding places,tapi biasanya bila musim perayaan ni memang selalu penuh. So, iday nak kongsi tips untuk sesiapa yang ingin tinggalkan kucing di rumah untuk balik beraya. 

Nasihat iday, jangan terlalu lama. Kalau lama, make sure ada kawan yang datang tengokkan. Iday ingat lagi masa iday ada kerja dekat Pulau Perhentian and kitorang terpaksa tinggalkan Ali, Maya and Hiro dekat rumah selama 5 hari. Nasib baik Fara, kawan masa belajar dulu datang hari-hari tengokkan diorang :)

Tapi kelakar bila reaksi pertama kali Fara jumpa Ali, Hiro dan Maya. Comel taw :p





"Aku takleh lama umah ko sbb kucing2 ko agresiv"  Hahaha, kesian Fara, nak buat macam mana, yang jaga diorang dari baby ni, nak ajar cara kucing main-main pon tak reti. Hehehe 





Bagus kucing-kucing aku ni. Hehehehe 




Okay, sambung tips tinggalkan kucing di rumah bila balik beraya. Hehe


+ Auto Water Dispenser and Food Dispenser



2 benda ni wajib ada dekat rumah. Kalau tak macam mana korang nak bagi diorang makan? Nak letak banyak2? Tak boleh macam tu, kena sediakan makanan dengan cara yang proper untuk diorang. Pastikan cukup untuk selama mana korang nak tinggal diorang nanti. 


Iday suka betul smart fountain untuk kucing ni. Macam nak beli satu. Hehehe




+ Pastikan semua pintu-tingkap ditutup


Kalau diorang keluar and hilang macam mana? So, kena berjaga-jaga. Kena pastikan semua tutup. Macam kucing iday, si Ali tu memang pandai pulas tombol pintu. Sekarang pon kitorang kena kunci. Mana entah dia belajar. Hahaha


+ Sediakan Litter Tray yang bagus dan berkualiti




Iday sekarang pakai crystal sebab tak berdebu and senang nak keluarkan diorang punya najis. cuma kena make sure every day buang and every week replace semua . So, before korang balik kampung, make sure Litter Tray diorang diganti dan bersih. Kalau boleh, sediakan extra cat litter. 

+ Mainan!


Kucing ni banyak main sebenarnya, so bila korang tinggal diorang, make sure ada mainan so diorang takkan bosan. Banyak je ada jual dekat pet store or online website.





Kuat main diorang ni, Hehehe Nanti nak belikan diorang mainan-mainan ni. Mesti diorang suka. Bukan apa, bila korang tinggal dekat rumah, macam pergi kerja ke, sure diorang bosan.




Iday dah kongsi 4 tips paling penting. Korang pon boleh check tips-tips lain dekat blog Catswonderland ni, korang pon boleh taw macam-macam tips untuk penjagaan kucing korang. Hehehe


atau, korang ada tips lain? Boleh kongsikan di ruangan komen okay. Hehehe



Terima kasih lepak baca :)

No comments:

Post a Comment

Iday Jual Teatox!

Blog Archive

My Blog List