Enter your keyword

Resepi Sup Cendawan Mudah dan Cepat


Siapa suka makan Sup Cendawan? Me! Me! Hahaha

Gigih belajar buat sup cendawan sebab iday memang suka makan sup cendawan, lagi-lagi sup cendawan shitake. Tapi, kena la belajar resepi yang mudah kan. 

So, iday nak share resepi Sup Cendawan Mudah dan Simple, paling best, boleh tukar bahan lain kalau nak masuk sup lain. Contohnya, nak masak sup curly flower, tukar je cendawan ke curly flower. Hehehe

Bahan-Bahan :



+ Cendawan Shitake/ Any cendawan pon boleh
+ Mentega
+ 1 kotak Cooking Cream
+ 3 sudu tepung gandum
+ Bawang besar dipotong kecil-kecil
+ 1 bawang putih diketuk
+ 1 kiub ayam (iday letak air panas, supaya dia larut) - Air 1 liter ye.
+ lada hitam and garam secukupnya
+ daun parsley (optional)

Korang boleh potong cendawan tu macam ni :



Yang potong kecil-kecil, untuk jadi kuah sup. Hehehe 


Cara-caranya :

1. Panaskan kuali then letak mentega. Iday letakkan 2 sudu mentega (planta)



2. Tumis bawang besar dan bawang putih sampai layu, jangan sampai berubah warna atau hangus ye.



3. Letakkan cendawan yang dipotong kecil-kecil tadi. Kacau seketika

4. Masukkan 3 sudu besar tepung gandum

5. Masukkan Stok Ayam/ Kiub Ayam yang dibancuh dengan air tadi , kacau sebati dan biarkan sampai mendidih

6. Lepas mendidih, biarkan seketika sampai sejuk. Kemudian blend  or guna food processor. Ikut la, kalau nak lumat sampai halus tu  boleh, nak kasar pon boleh. Hehehe

7. Masukkan kembali sup yang diblend tadi, masukkan kan cooking cream and letak cendawan yang dipotong nipis tadi. Kacau-kacau sup cendawan. 




8. Masukkan lada hitam dan garam secukup rasa. Kemudia taburkan daun parsley. 

SIAP! :)

Kan dah cakap, senang sangat! Hehehe Malam ni iday nak try buat sup curly flower pula :)

Selamat mencuba ye! Makan dengan Garlic Bread! Memang Ngam! Hehehe


Sedapnyaaaa!! :)



Kalau ada masalah or nak tanya pasal resepi ni boleh komen ye, aku bukan tahap chef, tulis resepi ikut kepala rasa nak mudah je. Hahahaha :p

16 comments:

  1. Sedapnyaa kak! Mudah gilerr. Boleh try buat lepas ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedapppp Ina! Cuba laaa, simple sangat ni. Hehehe :)

      Delete
  2. Replies
    1. Aah, makan dengan roti memeng best . Kenyang :)

      Delete
  3. garlic bread pernah buat sendiri tp mushroom soup belum lagi. wajib cuba ni. nyummm :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahhh, iday belum try buat lagi garlic bread, sebab masa buat sup ni, adik yang buat garlic bread. Hehehehe

      Delete
  4. Baru ni tengok JJCM ada makan ni dengan pastri. Terliur gilaaa. Hahaha. Boleh lah guna resepi akak ni nak buat
    :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe, sup cendawan ni memang boleh makan dengan apa-apa pon. hehehehe boleh cuba resepi ni ye :)

      Delete
  5. Kak iday , soup ni utk bape org boleh makan ekk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak iday masak ni, 4 orang boleh makan. Hehehehe or lebih, sebab kitorang makan banyak. hahahah

      Delete
  6. siapa yang dah cuba masak sup cendawan ni ?

    ReplyDelete
  7. cauliflower... bukan curly flower. :)

    ReplyDelete

Iday Jual Teatox!

Blog Archive

My Blog List