Enter your keyword

Sponsored Video: BOSS THE SCENT
The new film with Anna Ewers & Theo James

10 Online Shopping Paling Popular di Malaysia Melalui Aplikasi Telefon Pintar

Hi 

Trend segalanya dihujung jari semakin-menjadi di kalangan rakyat Malaysia apabila mereka bukan sahaja menggunakan smartphone untuk bersosial malah menggunakan untuk shopping secara online. Keupayaan untuk shopping dimana-mana, bila-bila masa menyumbang kepada faktor peningkatan penggunaan smartphone atau tablet untuk shopping online. 



Hampir semua website online shopping di Malaysia menawarkan aplikasi di telefon/tablet untuk memudahkan pembeli membeli belah menggunakan telefon/tablet. Aplikasi dibuat dengan mesra pengguna malah cara pembayaran adalah cepat dan selamat.

Iday ada senaraikan 10 jenis website online shopping di Malaysia dan jenis mobile app mereka. Lepas ni senang je, download semua aplikasi ini dan shopping. Hehehe


1. Lazada

Applikasi percuma dari Lazada Malaysia membantu pembeli untuk shopping bila-bila masa dan dimana sahaja. Korang hanya perlu ke website lazada dan muat turun aplikasi Lazada. Melalui aplikasi Lazada, korang akan dapat membeli dengan pilihan produk sehingga 80000+ hanya dari telefon.Cara pembayaran juga selamat dan ada pilihan bayaran boleh dibuat ketika penerimaan barang yang dibeli. 



Paling best,, korang boleh menggunakan tawaran eksklusif untuk pengguna seperti 12% off untuk pemilik MasterCard atau notifikasi untuk jualan istimewa di Lazada. Selain itu korang boleh dapat RM25 off sebagai voucher penghargaan untuk yang pertama kali membeli belah menggunakan aplikasi Lazada.


2. Zalora

Zalora menawarkan potongan diskaun 15% jika berbelanja melebihi RM150 pada mereka yang shopping menggunakan aplikasi Zalora buat pertama kali. Aplikasi Zalora adalah percuma dan boleh di muat turun di IOS dan Android. Korang boleh dapatkan maklumat seperti trend terkini dan update terkini brand kegemaran korang, semuanya melalui aplikasi Zalora.



Aplikasi ini mempunyai filter yang terbaik dan sangat mudah digunakan serta senang untuk mencari apa yang diinginkan. Cara pembayaran juga cepat dan selamat dan terdapat banyak pilihan cara pembayaran iaitu melalui kad kredit, paypal, gift card atau kredit simpanan.


3. Reebonz




Reebonz Malaysia juga ada aplikasi untuk pengguna telefon pintar. Korang boleh jual beli secara mudah melalui aplikasi ini. Malahan, korang juga akan dapat notifikasi jualan hebat terus dari telefon pintar. Membeli belah la dengan bijak! Hehehe


4. Groupon

Groupon Malaysia menawarkan tawaran hebat melalui telefon pintar. Aplikasi Groupon adalah percuma dan boleh dimuat-turun ke Android, iPhone dan iPad. Korang takkan terlepas mana-mana jualan hebat walau dimana korang berada dari aplikasi Groupon! Yeay! :)


5. Foodpanda

Dengan menggunakan aplikasi Foodpanda, korang dapat order makanan dari pelbagai jenis restoran hanya dari hujung jari. Paling seronok, korang boleh menikmati makanan dari pelbagai jenis hidangan iaitu makanan jepun, cina, india dan banyak lagi. Foodpanda ada menyimpan rekod tempahan makanan yang korang tempah sebelum ni dan memudahkan korang untuk order sekali lagi tempahan makanan yanag sama. Jimat masa kan? :)


6. Rakuten

Korang boleh muat turun aplikasi Rakuten secara percuma. Nikmati keseronokan membeli belah pelbagai jenis produk hebat melalui aplikasi Rakuten. Korang juga boleh mengumpul Rakuten Super Points setiap kali membuat transaksi. Setiap kali ada promosi hebat di Rakuten, korang akan dimaklumkan melalui aplikasi Rakuten. 

7. Ensogo

Ensogo Malaysia telah memperkenalkan aplikasi Ensogo untuk Android dan juga di Apple Store. Aplikasi tersebut direka dengan susun atur aplikasi yang senang difahami malah percuma untuk dimuat turun. Korang boleh check apa tawaran hebat yang sedang berlaku dengan mudah. 

8. Ebay Malaysia

Aplikasi Ebay membantu korang untuk memantau aktiviti pembelian,penjualan dan pencarian barang di Ebay. Aplikasi Ebay adalah mesra pelanggan dan memudahkan korang untuk cari barang, bandingkan harga barang, beli dan kesan kedudukan barang yang dalam proses penghantaran.

9. Expedia Malaysia

Korang boleh tempah tiket kapal terbang atau hotel penginapan melalui aplikasi Expedia. Terdapat pelbagai pilihan kapal terbang dan hotel malah korang boleh buat perbandingan harga dan rating. Review dari pelanggan sebelum ini juga sedikit sebanyak membantu dalam pemilihan tiket kapal terbang dan hotel penginapan. 

10. Amazon.com

Korang boleh menggunakan aplikasi Amazon melalui telefon pintar. Aplikasi ini membantu korang mencari produk dengan lebih cepat, membeli belah dengan mudah, membuat perbandingan harga dengan bijak dan terdapat review yang boleh bantu korang dalam membuat pembelian barang secara tepat. 


Korang boleh kesan lokasi barang yang telah dipesan dan juga memesan barang yang sama berdasarkan rekod pembelian sebelumnya. Mudah kan? :)




Semua aplikasi ini sangat mudah digunakan dan sesuai untuk semua jenis telefon pintar. Paling utama, kebanyakan website online shopping di Malaysia lebih suka menawarkan diskaun lebih hebat atau promosi di telefon pintar untuk menggalakkan penggunan aplikasi mereka. 

CouponBelanja merupakan coupon website yang paling popular di Malaysia dan paling banyak senaraikan setiap tawaran dan promosi yang sesuai untuk korang. Mudah je, hanya melalui CouponBelanja, korang boleh menikmati potongan harga hebat dan kupon dari kebanyakan online shopping site di Malaysia.




Korang kena start guna CouponBelanja untuk dapatkan semua promosi ini dengan mudah! :)


3 comments:

  1. senang nak shopping online...tq sharing...

    ReplyDelete
  2. bahayaaaaa..makin shopping online lepas ni...hehehe..
    jom support buku #serenitysyiralokman ^_^

    ReplyDelete
  3. Cik, nak tanya, beli barang kat amazon memang boleh ke? Dan kena cukai ke? terima kasih

    ReplyDelete

Iday Jual Teatox!

Blog Archive

My Blog List