Enter your keyword

Lupa Diri Makan Ketam di The Manhattan Fish Market ❤

Hi 

Siapa gila seafood? Siapa gila ketam? Kita geng! Sebab iday salah seorang manusia yang suka makan seafood dan suka sangat makan ketam. Iday bertuah sebab dilahirkan di Terengganu and senang nak makan seafood dekat sana. Tapi bila start berkerja di KL, Iday mula cari kedai-kedai atau restoran seafood yang best (dan murah hikhik). 

Sebelum ni iday pernah pergi satu restoran yang popular tapi mahal. Total makan untuk 5 orang makan adalah RM400++ . Padahal portion makanan adalah kecil. Kalau fikir balik, memang tak berbaloi. Tapi bila Ayu ajak Iday makan dekat The Manhattan FISH MARKET, why not kan kita cuba. Kawan-kawan iday pon ramai yang cakap kalau nak seafood murah, try makan dekat The Manhattan FISH MARKET. 


Iday dapat tahu yang The Manhattan FISH MARKET sekarang tengah promosi makanan berasaskan ketam. The Manhattan FISH MARKET jual pelbagai jenis ketam okay. Selama ni kita main makan je, tak pernah amik tahu jenis-jenis ketam ni. Hehehe Masa iday datang pon, selain ketam iday ada makan lobster dan white prawn. Hehe 

Awal-awal kitorang order 3 Canadian Lobster dengan flaming sauce yang berbeza iaitu Manhattan Flaming Sauce, Honey BBQ Flaming Sauce, Ebiko Flaming Sauce dan Spicy Flaming Sauce. Hidangan ni available sampai 31st January 2016, so cepat-cepat korang datang ke The Manhattan FISH MARKET.


Masa sampai dekat meja, Iday dapat tengok macam mana diorang flamekan lobster tu. Live show la kiranya. Hehehe







Yang iday order ni ala-carte, korang boleh order Canadian Lobster Platter. Nama pon platter, korang boleh share sebab portion ni besar.


Iday suka rasa Canadian Lobster sebab fresh dan rasa manis segar. Isi dia memang padat. Memang sedap, lagi sedap kalau minum Citrus Mint. Kalau nak taw, bila korang makan banyak sangat udang ketam ni, kolestrol memang tinggi, Citrus Mint ni bertindak untuk kurangkan sikit kolestrol dalam badan. Hehehe


Sebelum kitorang order ni, sempat iday check ketam-ketam yang ada dekat depan restoran, diorang letak semua ketam fresh dekat depan. Kalau lalu-lalu depan restoran, mesti nak check tengok. Hehehe Kagum sebab besarnya alahai ketam-ketam ni. Hahaha




Ada 3 jenis ketam iday makan iaitu King Crab, Spanner Crab dan French Crab. Kitorang order ketiga-tiga jenis ketam ni sebab nak rasa sendiri. Sementara tunggu ketam, kitorang makan hidangan white prawn.



Serius sedap! Saiz udang pon boleh tahan besar. Isi udang ada rasa juicy dan manis. Lagi best bila korang perahkan lemon. Hehe Sebenarnya ada 4 jenis masakan udang iaitu Garlic Butter, Spicy Dip, Cajun Spice dan Garlic Salt Pepper. 


Korang pernah makan King Crab? Masa mula-mula iday tengok ketam ni, iday fikir boleh makan ke? Kenapa macam tajam-tajam kulit luar ketam ni. Kalau nak taw, King Crab dekat The Manhattan Fish Market memang datang dari Chile.




King Crab ni didatangi dengan dua jenis sauce pencicah iaitu Garlic Butter Dip dan Spicy Seafood Dip. Tapi iday paling suka cicah dengan garlic butter dip. Non stop aku cicah and siap rasa sos macam tu je. Hehehe

King Crab ni jenis banyak isi, even kaki King Crab ni padat dengan isi ketam. Isinya lembut, moist dan rasa manis ketam yang fresh. 




Hidangan ala-carte King Crab adalah RM69.90, Iday syorkan korang makan King Crab Platter sebab portion besar ada dory fillet baked, crunchy fried calamari, veggies and rice. Memang kenyang. Kalau datang The Manhattan Fish Market, ini antara menu wajib taw. :)



Lepas dah puas makan King Crab, kami dihidangkan pula dengan Spanner Crab. Spanner Crab ni datang jauh dari Australia taw. Ketam ini ditangkap dan bukan jenis ketam belaan biasa. Iday ada baca, disebabkan permintaan yang tinggi untuk ketam jenis ini, ada yang nak buat  ketam belaan tetapi agak susah. 

So apa yang korang makan dekat The Manhattan Fish Market ni memang fresh ditangkap dari laut. Hehehe


Spanner Crab ni takde la banyak isi macam King Crab tapi dia punya isi lagi juicy. Iday suka dengan layanan staff The Manhattan Fish Market sebab diorang offer help kalau kita tak reti nak ketuk or keluarkan isi ketam tu. Diorang akan ajar kita macam mana nak makan and keluarkan isi ketam tu. Hehehe








Kalau dekat The Manhattan Fish Market, dengan seberat 750 gram (lebih) hanya RM55.90. Dekat luar memang takkan dapat harga ni. So, nak makan Spanner Crab dengan harga berpatutan, boleh singgah The Manhattan Fish. Hehehe

Ini pula favourite ketam iday iaitu French Crab, iday suka ketam jenis ni memang banyak telur. Kalau datang lagi The Manhattan Fish Market, iday memang akan order French Crab ni. Hehehe 


Diorang akan hidangkan macam ni and korang boleh tengok telur ketam and isi ketam yang putih padat tu. Sedapnyaaaa! Sampai terliur-liur aku tengah taip ni. Memang nak repeat lagi datang and makan french crab ni.




French Crab available dekat semua outlet kecuali The Spring Mall, Vivacity Megamall, KB Mall, Seremban 2 and East Coast Mall dan bergantung kepada stock


Buat masa sekarang, French Crab memang tengah running out of stock, so next batch dijangka pada mid February 2016. Kalau korang betul-betul nak makan French Crab ni boleh message at The Manhattan FISH MAKRET social media pages or write in your inquiry to info@manhattanfishmarket.com . Tapi serius iday cakap memang sedap. Sebab tu out of stock and 



Bagi iday, kalau betul-betul nak makan seafood dengan harga yang berbaloi tak terlalu mahal, memang akan datang ke The Manhattan Fish Market. Lagi-lagi kalau nak try makan ketam yang pelbagai jenis tu. Hehehe

Kalau sebelum ni, asyik tengok youtube orang makan King Crab, sekarang datang The Manhattan Fish Market je. Hehehe






Facebook and Instagram : MFM.My

Twitter : @MFMMalaysia













2 comments:

  1. Iday......saje je kan.,..dah la akak pencinta ketam...huwaaaaaa nak jugak ketammmmmmmm

    ReplyDelete
  2. spanner crab tu bukan ketam kelapa ke? bukn ke ketam kelapa ni hidup 2 alam..dia boleh hidup lama kt darat utk cr mknn iaitu kelapa dan balik semula ke laut..better awak check status ketam ni..

    ReplyDelete

Iday Jual Teatox!

Blog Archive

My Blog List