Enter your keyword

Sponsored Video: BOSS THE SCENT
The new film with Anna Ewers & Theo James

Kedai Aiskrim Best di Nu Sentral | Freshy Freeze

Siapa yang tak suka makan Aiskrim?


Yes, iday pernah tak suka makan aiskrim sebab dulu iday ada gigi sensitif, tak boleh kena ais, tak boleh sejuk. Tapi sekarang dah okay, maybe sebab selalu sangat makan aiskirm, dah jadi "Alah Biasa, Tegal Biasa" Hehehehe Nak buat macam mana, kahwin dengan orang yang suka makan aiskrim. 




Kalau nak tahu, aiskrim berbekas-bekas dekat rumah dengan pelbagai perisa. Hahaha Macam-macam brand dah si Islam ni pernah try. Dari brand paling mahal (yang takde la sedap sangat ehem ehem) sampai la yang aiskrim potong. Semua Islam nak try. Hahaha

Nak dijadikan cerita, hari tu Iday and Islam plan nak tengok movie. So, balik kerja (dekat Bukit Bintang) Islam pick up and pergi Nu Sentral.Tapi, masa tu la baru nak beli tiket wayang kan Hahaha 

Tak pasal kena tunggu 2 jam. So, Iday ajak Islam jalan-jalan, last-last kitorang lepak makan aiskrim dekat Freshy Freeze, betul-betul sebelah GSC Cinema dekat Nu Sentral tu.


Sebenarnya kitorang seronok tengok ada live show buat aiskrim tu, tu yang plan makan situ and cuba sendiri aiskrim-aiskrim dekat situ.





Mula-mula iday ingat diorang buat aiskrim gulung, tapi rupanya diorang mix pelbagai bahan dalam aiskirim tu. Ada mix buah-buahan, nut, cheese cake, and coklat. 

Memang best. Aiskrim disini memang fresh dari cecair liquid tu taw, diorang guna pelantar yang macam buat Aiskrim gulung tu dengan suhu -22 Celsius. 






Eh tetiba dah jadi aiskrim. Hehehe




Aiskrim fresh2 bukan angkut dari peti ais ye. Hehehehe Iday nak share sikit apa yang Iday and Islam makan hari tu dekat Freshy Freeze ni.

Strawberry Cheese Cake




Ini kali pertama iday makan askrim mix dengan cheese cake. Serius sedap! Diorang mix strawberry and cheese cake. So, ada campur rasa manis and masam cheese tu. Kalau nak tahu, aiskrim dekat Freshy Freeze tak terlalu manis, rasa manis tu macam elok-elok je. 



Iday diberitahu yang Strawberry Cheese Cake ni memang signature dekat sini and Best Seller taw! Wahhhh, memang tak hairan pon sebab sedap! Harga 1 set ni adalah RM25.

Coffee Toffee Combo 



Ini pulak aiskrim Coffee dengan combination Almond dan Dark Chocolate Chips. Siapa yang suka minum coffee tu boleh try aiskrim ni. 



Diorang letak dark choc and mix kan dengan aiskrim. Cool kan!

Iday memang jenis tak suka makan aiskrim yang kosong camtu, Iday memang kalau ada mix nut, paling best kalau ada Almond. Korang boleh order dalam bentuk dua size, medium (RM20) and large(RM24.50).


Belgian Chocolate



Aiskrim Chocolate!!! This is one is one of my favourite. Iday kan ada mention yang iday suka almond dalam aiskrim. Tapi iday lagi suka Almond dalam Aiskrim Chocolate. Siapa yang mula-mula dapat idea untuk mix almond and chocolate ni memang briliant. Hehehe Lagi-lagi ada campuran oreo. Nice! :)




Iday tak suka share aiskrim ni, tapi sebab Islam pon suka jugak, terpaksa la share. 



Hahaha Korang boleh beli dalam 2 size iaitu medium (RM20) and large (RM24.50) 

Banoffi 

Kenapa Banoffi? Banana + Toffee? Hehehe Iday lupa nak tanya tapi rasa sebab combination Banana dan Toffee kot. 



Korang taw tak apa tu Toffee? Toffee actually candy bar dari caramel, ala gula yang dicairkan dengan butter tu. So, bahan utama untuk Banoffi di Freshy Freeze ini adalah Toffee dan Banana sebab diorang mix together bahan2 tu. Ada hancuran biskut choc and choc sos. Best! 








Harga untuk 1 hidangan ini adalah RM25. 


Minty Chocolate



Aiskrim Minty Chocolate adalah combination Pepper Mint dan Chocolate. Dicampur pulak dengan crunchy crispy hancuran biskut coklat. 



Bila korang makan aiskrim ni, korang akan rasa berangin dan segar tapi rasa manis dalam waktu yang sama. 



Iday susah nak describe macam mana tapi iday suka rasa aiskrim ni and you cant stop makan, at the end dah habis, padahal portion besar okay.  Harga 1 set Minty Chocolate Ice Cream adalah RM25. 



Salah satu sebab iday suka makan dekat Freshy Freeze ni, you boleh order and share ramai-ramai sebab portion dia memang untuk di share. Boleh lepak sambing sembang-sembang dan makan aiskrim. 

Then iday suka sebab macam kita main-main dengan flavour. Korang boleh make your own ice cream!! Macam mana?

Step 1 : Pilih your Ice Cream Flavour and pilih size/berat Ice Cream 

+ Medium : 200g
+ Large : 300g

Step 2 : Pilih untuk Mix In atau Topping, then pilih Homemade Sauce


+ Fresh Fruit : Melon, Banana, Peach, Mango, Strawberry
+ Premium Selection : Almond, Oreo, Choc Chip Cookies, Marshmallow, Hazelnut wafers, Cherry, Dark Choc Chip, Crispy Crust, Raisine, Milk Cake, Brownies, Cheese, Almond Choco Crust. 

+ Homemade Sauces : Strawberry Sauce, Caramel Sauce, Chocolate Sauce and Whipped Cream

Step 3 : Boleh pilih additional choice of gourmet waffle bowl, waffle atau Fresh Crepe.


Prices:

Desserts – RM25.00
Standard Ice Cream - Medium RM15 | Large RM19.50

Mix Ins, Toppings & Homemade Sauces 
Fruits - RM2.50 to RM5.00
Premium Selections – RM2.50 to RM3.50
Homemade Sauces – RM2.50

Untuk yang tengah diet ke, tengah nak elak gula ke, Jangan risau sebab semua aiskrim yang disediakan adalah low fat and low sugar. Ala, takyah diet sangat. Jom Cheat Day! Hehehe

Overall, iday memang suka Aiskrim dekat sini sebab berlainan dengan rasa aiskrim yang iday rasa sebelum ni. Diorang berani nak campur adukkan perisa and topping tapi akhirnya sedap pulak aiskrim ni kan. 



Kalau korang nak try aiskrim best ni, boleh singgah di alamat yang iday dah nyatakan dibawah atau check Facebook diorang :)



Freshy Freeze Malaysia



L5-12, Nu Sentral Mall, Jalan Stesen Sentral 5, Brickfields, 

50470 Kuala Lumpur. (beside GSC Cinemas)


Opening Hours:11am-10pm






13 comments:

  1. sedapnyaaaaa!!! awhhh. craving dah ni:p

    ReplyDelete
  2. Pernah tengok aiskrim macamni dekat night market Krabi! Nganga tengok. Hihi

    ReplyDelete
  3. Next time bawa aku laaaa!~ The strawberry cheesecake is calling my name T_T

    ReplyDelete
  4. Waa the photos look so good! Can't wait to try it when I stop by Sentral again.

    ReplyDelete
  5. The ice-cream look so similar like Monster Ice-cream at Sunway Pyramid! Will drop by to try if I go Nu-sentral! haha :)

    ReplyDelete
  6. definitely interesting getting your ice cream created in front of you... will want to check it out.. thanks for the share...

    ReplyDelete
  7. Oooh memang best lah kalau boleh dapat aiskrim time tengah panas rentung ni haa. Kalau ada delivery best ni! Haha

    ReplyDelete
  8. freshy freeze! sedap tuuuu. hehehe :p

    ReplyDelete
  9. Yummy!! I want ice-cream too!! Super love the dark chocolate combo

    ReplyDelete
  10. sedapnya... nampak menggiurkann... dah la mummy hantu ice creamm huaaaa!

    ReplyDelete
  11. Love this ice cream, one of my favorites, especially the Belgian Chocolate flavor :)

    ReplyDelete
  12. I love ice cream! This is a must try for me! It's just so near to my office....ha....ha...
    Cheers, SiennyLovesDrawing

    ReplyDelete

Iday Jual Teatox!

My Blog List