Enter your keyword

Sponsored Video: BOSS THE SCENT
The new film with Anna Ewers & Theo James

Mamee Cool Tea - Minuman Herba untuk Kelegaan Rasa Pedas dan Panas Badan

Hi

Islam ni adalah manusia yang tak tahan pedas and tak suka panas sebenarnya. Dia kalau terlalu panas, mesti akan rasa pening-pening nak muntah. Macam mana la dia boleh kerja jadi photographer media dulu. Hahaha

Kalau pedas pulak, boleh berdarah hidung. Pernah, dia makan bakso and Abah letak cili flakes sampai 3 4 sudu kecil tu. Menangis si Islam ni. Hahaha Tapi sejak dua tiga hari ni, suka pulak dia makan pedas. Kalau makan nasi, mesti nak  cili kicap or budu ada cili. Rupa-rupanya dia dah simpan stok air mamee cool tea dalam peti ais. Haha


Kenapa Mamee Cool Tea? Apa kaitan dengan rasa pedas and panas? Sebenarnya Mamee telah melancarkan satu produk minuman iaitu Cool Tea untuk membantu melegakan rasa pedas dan panas badan. 

Sebenarnya Mamee Cool Tea ni adalah Teh Herba and ramuan-ramuan yang terkandung dalam Mamee Cool Tea adalah :

+ Mesona Chinensis

Iday ada baca setelah google2, bahan ni actually boleh mengurangkan suhu badan, merawat demam, melancarkan pencernaan makanan dalam badan dan mengurangkan darah tinggi.

+ Mulberry Leaf

Mulberry leaf sebenarnya dah lama digunakan dalam perubatan chinese, diorang guna bahan ini untuk melawan dan merawat penyakit diabetes. Kan selalu, kita selalu risau nak minum air dalam tin sebab risau kandungan gula. Tapi, Mamee Cool Tea ni lain sebab ada ramuan yang sebenarnya merendahkan kadar gula dalam badan. Kiranya macam control la. Hehehe

+ Grosvenor Momordica Fruit

Buah ni mengandungi natural sugar dan dinyatakan 3oo lebih manis dari gula biasa. Buah ini juga mengandungi vitamin C. Mengikut Perubatan Traditional Chinese, buah ini sebenarnya "cooling" fruit, maksudnya buah ini boleh digunakan untuk mengurangkan kepanasan dan suhu dalam badan. 

Wahh, no wonder la Mamee Cool Tea ni boleh mengurankan rasa pedas dan panas kan. Ramuan-ramuan lain yang korang boleh check sendiri and ada dalam Mamee Cool Tea adalah Selfheal, Chrysanthemum Flower, Honeysuckle Flower, Lotus Leaf dan Liquorice Root.

Baru-baru ni pon Iday and Islam hadir ke pelancaran Mamee Cool Tea di Bangsar Shopping Centre. Dari event ni juga la Iday tahu kebaikan Mamee Cool Tea ni. 


Tan Sri Pang Tee Chew (Group CEO of Mamee Double-Decker (M) Sdn Bhd) and Mr Tomiya Takamatsu (Group CEO of DyDo DRINCO, Inc) merasmikan pelancaran Mamee Cool Tea dengan memecahkan ais replika Cool Tea. 


Amber Chia pon ada semasa perasmian Mamee Cool Tea. Cantik kurus betul Amber Chia ni. Iday suka dia sebab selalu senyum and mesra je layan peminat. Tak sombong. Hehe


Overall, Iday memang suka dengan rasa Mamee Cool Tea. Iday paling suka tin warna hijau iaitu Tea Herba + Teh Hijau. Rasa segar je. Lagi best kalau minum sejuk-sejuk. Hehehe


Mamee Cool Tea actually datang dengan 3 jenis iaitu Teh Herba (original), Teh Herba + Teh Hijau, Teh Herba + Kekwa . Bukan sahaja dalam bentuk tin, Mamee Cool Tea juga dijual dalam botol. 



 Mamee Cool Tea - Teh Herba

 Mamee Cool Tea - Teh Herba + Teh Hijau

Mamee Cool Tea - Teh Herba + Kekwa

Iday plan nak beli Mamee Cool Tea and guna masa Fire Noodle Challenge dekat Penang nanti. Tak sabarnya trip Penang dengan Geng Kemarau. Hari tu Islam ada juga buat Fire Noodle Challenge. Tapi kitorang buat dekat rumah adik Iday and stok Cool Tea dekat rumah kitorang. Menangis si Islam tu. Hahaha So, next time kena sediakan Cool Tea siap-siap before start challenge. Hehehe


Hahahahahaha! ;p

Oh, Korang boleh dapatkan Mamee Cool Tea di 7Eleven atau kedai-kedai yang terpilih. Untuk info lanjut, jemput terjah link dibawah :

Facebook Mame Cool Tea : www.facebook.com/mameecooltea
Instagram Mamee Cool Tea : www.instagram.com/mameecooltea/



Nota Kaki : Ada yang dah try Cool Tea ni? Cuba share di ruangan komen dibawah :)


No comments:

Post a Comment

Iday Jual Teatox!

Blog Archive

My Blog List