Enter your keyword

7 Jenis Roti Canai Pilihan Rakyat Malaysia

Favourite iday, Roti Canai Tisu! Hehe




Sebenarnya roti canai ni memang dah jadi sebahagian dari hidup rakyat Malaysia, mana-mana je mesti ada jual. 24 jam okay. Then macam-macam pilihan dan jenis. Yang iday listkan ini adalah favourite iday dan juga the basic roti canai yang ada di Malaysia. Kalau yang zaman sekarang siap ada berwarna-warna, tu hipster sangat, not in this list. Haha

Kalau nak tahu, perkataan "Canai" itu sendiri berasal dari Chennai di India. "Canai" in Malaysia juga membawa maksud roti yang dicanai-canai, yang diuli-uli dengan tangan. eh betul ke? HAHAHA

okay, dah la intro, jom kita tengok 7 jenis roti canai pilihan rakyat Malaysia :

1. Roti canai telur

Ini memang favourite iday all the time! Kalau lepak mamak dengan Islam, mesti beli yang ini. Cuma roti canai bersama telur, then makan dengan sambal, memang masyuk! Haha


Kadang-kadang iday order roti telur tampal, so diorang takkan hancurkan telur kuning tu. Hehe


2. Roti Bawang

Ini memang roti favourite mereka yang suka makan bawang. Biasanya akan rangup diluar tetapi juicy lembut didalam. Iday tak pernah try tapi macam sedap. Hehe



3. Roti Planta

Roti  ini dibuat dengan menggunakan "Planta" brand, akan rasa masin-masin mentega. Iday pon suka! hehehe Ini kalau macam kosong macam tu pon sedap. Hehe


4. Roti Pisang

Iday tak pernah try tapi pernah la member-member order roti ni bila lepak. Diorang cakap sedap, tapi iday tak berapa suka sangat combination pisang and roti. Tapi maybe akan try in future. Hehe Korang pernah try?


5. Roti Cheese

Ini memang favourite, kalau makan memang takkan share. Haha Panas-panas roti dengan cheese yang meleleh. Sedapnya, tiba-tiba terliur dah masa taip ni. Haha


Korang tahu mana-mana restoran yang serve roti cheese yang sedap? share dekat ruangan komen ye. Hehehe

6. Roti Tisu

Sebenarnya dulu masa awal-awal kenal Islam, kitorang pernah keluar dengan kawan 1 ofis. Then, iday duduk sebelah Islam, dia order roti tisu. Yang habiskan roti dia? Iday la. Padahal tak sembang or kenal sangat sebab Islam budak baru. HAHA


Tapi ini pon antara favourite iday. Biasanya diorang akan serve tinggi-tinggi macam bukit, ada yang just baringkan atas tray. Ada yang tabur gula dan siram dengan susu. Tapi iday, selalu minta jangan tabur gula dan asingkan susu siap minta extra susu. HAHA Sebab suka cicah-cicah. Sedap!

7. Roti Boom

Iday tak sure sangat roti boom ni, biasanya akan diserve dengan bentuk bulat macam ni and ada cairan gula. Iday tak pernah makan tapi kawan-kawan ada order. Maybe sebab iday tak suka gula-gula ni kot. Tapi macam nak try. Hehe


Oh, satu lagi adalah Roti Canai Kosong :)

Yang paling murah tetapi sedap, ada yang suka order biasa-biasa, dah ada juga yang order "banjir" - maksudnya dilimpahi dengan kuah sambal dan dhal. Hehehe


Dulu zaman belajar dekat Uitm Shah Alam, iday stay dekat Pusat Komersial Seksyen 7, situ memang banyak restoran mamak and tiap-tiap malam mesti lepak makan roti canai. Haha

Rindu pula zaman belajar. 

Tapi sekarang pon, bila dah kahwin, selalu breakfast roti canai dengan Islam dekat Yus Corner Bukit Jalil, dia punya roti canai memang terbaik. Lembut dan sedap! Hehehe


So, mana satu favourite korang? Apa tempat roti canai best bagi korang? Boleh la share! Hehe :)



No comments:

Post a Comment

Iday Jual Teatox!

Blog Archive

My Blog List