Enter your keyword

Tempat Makan Best Penang : Roti Bakar Transfer Road

Mana nak breakfast sedap di Pulau Pinang? 


Lepas je tengok Sunrise di Chew Jetty, kami terus bergerak ke kedai Roti Bakar Transfer Road yang dikatakan popular dengan menu roti bakar telur goyang. 

Sampai-sampai, kami nampak deretan kedai tapi memang ramai orang. Kawasan ni memang agak susah cari parking. So, kitorang terpaksa di station minyak berdekatan dan berjalan kaki ke kedai tersebut. 

Parking dekat Caltex

Disebabkan kedai roti bakar telur goyang tersebut terlalu ramai, kami terpaksa duduk di kedai roti canai yang bersebelahan dengan kedai roti bakar transfer road tu. Nasib baik owner kedai tak kisah bila kami order dari kedai roti bakar tersebut. 

Islam order Roti Bakar Telur Goyang, manakala iday pula order roti canai Ayam Masak Kari. Lain-lain menu, nanti senang nak share. Semua boleh rasa :p

Ini la rupa Roti Bakar Telur Goyang yang popular tu. Harga masa iday datang tu RM3. 


Patutla nama telur goyang. Haha For those yang suka makan telur separuh masak, mesti suka. Iday pula tak berapa gemar makan telur separuh masak. Tapi, roti bakar dia sedap :)

Seronok makcik sahidah ni makan. :p




Ini pula Roti Canai + Ayam Masak Kari,



Ayam dia bagi memang besar, quarter size. Roti canai dibanjiri dengan kuah ayam masak merah ni. Harga Roti Canai and Ayam Curry ni adalah RM8.50. Ini makan kongsi 2 orang pon okay sebab ida makan terpaksa share dengan islam.

Agak pedas, kalau yang tak suka makan pedas, tak digalakkan sangat untuk makan. 



Ayam memang masak elok, maknanya takde la nampak darah-darah tu. Manakala kuah pon sedap. Patut la ramai yang order menu ni. Heheh






Muka semua orang dah lemau, sebab masa ni belum check in lagi. Ni semua muka tak sabar nak lepak atas tilam. Haha



Macam mana nak ke sini? Jangan risau, korang just google or waze "Roti Bakar Transfer Road", akan keluar dekat map. Hehe


Atau korang boleh check alamat di bawah :

114, 110, Jalan Transfer, Georgetown, 10050 
George Town, Malaysia

Dibuka pada pukul 8 pagi - 11 pagi




Kalau datang Penang, jangan lupa singgah ye :) Atau ada tempat makan breakfast lain yang best di Penang, boleh share di ruangan komen dibawah ye :)



2 comments:

  1. telur goyang tu buat terliur jaaa

    ReplyDelete
  2. tempat fevret satu masa dulu...sekarang kurang dah nak pi sini....

    mungkin dah selalu sangat tapi tak dinafikan memang best...

    ReplyDelete

Iday Jual Teatox!

Blog Archive

My Blog List