Enter your keyword


Biar Aku Jadi Penunggu - Sinopsis & Info Drama



Biar Aku Jadi Penunggu adalah drama terbaru arahan Michael Ang yang mula ditayangkan selepas Suri Hati Mr Pilot. So, iday jangkakan drama ini mesti mendapat sambutan hebat. Pelakon utama pula adalah pelakon kegemaran iday iaitu Janna Nick dan Ashraf Muslim.

Info Biar Aku Jadi Penunggu

Mula tayangan : 26 December 2016 (Isnin)
Siaran : Slot Akasia TV3 (Isnin-Khamis 7 malam)
Terbitan : Saphire Screen
Arahan : Michael Ang
Jumlah Episod : 28 Episode
Karya : Arsha

Senarai Pelakon Biar Aku Jadi Penunggu

Janna Nick - Iffat
Ashraf Muslim - Afeef
Octovia Menrose - Damia Hani
Shah Iskandar - Fazree
Miera lyana - Hayati
Azah azmi - Afia
Lan siro - Lokman
Mahmod Ali Bashah - Dato Azman
Wilma Mohamad - Datin Maimon


Kalau nak tengok, boleh check sini :  Biar Aku Jadi Penunggu

Sinopsis Biar Aku Jadi Penunggu

Mengisahkan Ifaat Hamani (Janna Nick) yang sebenarnya menaruh perasaan terhadap Afeef Adwan (Ashraf Muslim) dalam diam dan berharap agar mereka dapat hidup dengan bahagia setelah Afeef pulang dari luar negara, seperti mana yang dijanjikan olehnya. 


Namun, perasaan keliru mula wujud dalam hati Ifaat apabila Afeef langsung tidak pernah menghubunginya setelah dia berlepas ke luar negara. Ifaat tertanya-tanya bahawa adakah dia telah melakukan kesilapan dengan mengahwini seorang lelaki yang langsung tidak mencintainya. 

Selepas tiga tahun tanpa sebarang khabar berita, Afeef telah mengejutkan semua orang dengan kepulangannya ke tanahair bersama seorang anak lelaki. Rupa-rupanya, Afeef telah mendirikan rumahtangga bersama Damia di luar negara, tetapi perkahwinan mereka itu gagal dan tidak dapat diselamatkan lagi. 

Oleh itu, Afeef kembali dengan sebuah harapan baharu, dia juga ingin menunaikan segala janjinya kepada Ifaat. Hati Ifaat benar-benar terguris dengan apa yang telah terjadi. Dia menyambut kepulangan suaminya itu dengan dingin. Segala kasih sayangnya telah hapus apabila dia mengenangkan perbuatan suaminya yang menyakitkan hati itu. 

Sikap dingin Ifaat membuat Afeef berasa jauh hati dengan isterinya, lebih-lebih lagi apabila Ifaat sentiasa mengungkit sikap Afeef yang tidak setia dan suka mungkir janji. Ifaat dan Afeef sering bertengkar dan juga tidak bersependapat kerana masing-masing mempunyai ego yang tinggi dan langsung tidak mahu mengalah. 


Ifaat juga tidak bersedia untuk menjalani kehidupan sebagai seorang isteri kerana Afeef telah mengkhianati kepercayaannya selama ini. Namun, mampukah Afeef memujuk hati Ifaat yang telah dilukainya itu? 


Ada drama lain yang korang tengok? Boleh share di komen bawah :)





Others Post




1 comment:

  1. Sorry, kalo tak silap, "Miera Lyana" sebagai Damia Hani ??

    ReplyDelete

New Video On My Youtube Channel




Follow My Instagram

Blog Archive