Enter your keyword



Khasiat Susu Kambing, Kurma & Madu Terbaik Untuk Bayi/Anak


You can follow me here :


Antara kawan-kawan ida, ida je yang belum ada rezeki anak.

So, bila dalam group whatsapp, diorang akan ada bincang tentang anak, tips untuk anak sihat, susu terbaik untuk anak, cerita tentang susu badan semua HAHA Macam-macam topik la sebenarnya. Tapi bagus sebab ida boleh belajar dengan diorang, kiranya macam preparation awal la. Hehehe


So, ada sekali tu, salah seorang kawan ida cerita yang anaknya kena demam kuning. Cara yang terbaik untuk hilangkan demam kuning anak dia adalah dengan bagi minum susu kambing. 

Lepas tu ibu pula kena makan banyak kurma dan menelan madu 1-3 sudu setiap hari sepanjang tempoh menyusukan anak. 

Kalau nak tahu, susu kambing, kurma dan madu ini memang banyak khasiat untuk ibu dan juga bayi. Setiap satu darinya mempunyai khasiat tertentu.

Antara khasiat susu kambing adalah :

+ Membantu merawat bayi yang terkena demam kuning
+ Mengelakkan bayi dari kembung perut
+ Membantu kecergasan badan bayi
+ Membantu menambah berat badan bayi
+ Membina dan menguatkan tulang bayi
+ Menguatkan fizikal bayi.


Khasiat kurma pula adalah mengandung vitamin dan mineral yang penting untuk pertumbuhan bayi, mencegah gangguan usus, perlindungan hati, gigi lebih kuat, menambah berat bayi dan banyak lagi.


Then ida tanya lagi kawan ida, lepas rawat demam kuning, masih teruskan ke dengan minum susu kambing? Then dia cakap, tak sebab susu kambing ni memang mahal. Ada satu susu ni 600g tapi harga RM90++. Minum tak sampai 5 hari dah habis. 

Bagi ida, baik teruskan susu kambing ni dari bayi hingga kanak-kanak sebab khasiat yang ada pada susu kambing tersebut. Bahkan susu kambing ini dikatakan adalah sunnah Rasulullah. 

Sebab tu bila baru-baru ini, ida ada ternampak iklan tentang Lazz Susu Kambing Kurma, ida nak tahu lebih lanjut tentang susu ni sebab harga Lazz Susu Kambing Kurma jauh lebih murah dan berpatutan.



Yang bestnya, ibu yang hamil boleh amalkan Lazz Susu Kambing seawal kandungan 4 bulan bagi mengurangkan risiko bayi mengalami demam kuning berpanjangan. 

Ida buka la website Lazz Susu Kambing sebab nak tahu lagi info tentang Lazz Susu Kambing, lagi-lagi bila dapat tahu, kawan ada share kalau nak mudah hamil pon boleh minum Lazz Susu Kambing ni. 

Ida memang nak try lagi-lagi ida nak hamil kan. Dah dekat 3 tahun kahwin, mesti teringin nak ada anak kan. 

Untuk pengetahuan korang, bayi akan stop menyusu bila berumur 2 tahun ke atas, Masa inilah ibu bapa nak cari susu yang bagus dan terbaik untuk anak berusia 2 tahun ke atas. Disebabkan Lazz Susu Kambing ini sesuai untuk semua peringkat umur terutamanya untuk anak-anak, so ibu bapa tak perlu risau. 

Tengok je la khasiat Lazz Susu Kambing untuk anak yang berusia 2 tahun keatas :


Disebabkan ramai yang bagi feedback positif, ida dah try minum dan mengamalkan Lazz Susu Kambing ni. Patut ramai yang suka sebab rasa sedap dan yang penting tak hamis.


Yang penting, produk ini adalah produk bumiputera muslim dan mengandungi 100% bahan organik. Ida harap nanti adalah rezeki buat ida dan islam insyaAllah :)


Okay, sebelum korang tanya, ida nak story sikt tentang Lazz Susu Kambing yang datang dengan 3 jenis perisa iaitu Lazz Susu Kambing Asli, Lazz Susu Kambing Kurma dan Lazzcafe.



Lazz Susu Kambing Asli dan Lazz Susu Kambing Kurma mengandungi 500gram serbuk dalam setiap pek dan dan dengan bancuhan sehingga 26 mug.

Manakala Lazzcafe mempunyai 20 sachet dalam setiap pek. Semua pek ni mengandungi serbuk susu kambing yang tidak panas dan tidak hamis, penghasilan tanpa bahan kimia sintetik dan berasakan bahan non-GMO.
Bagi ida, harga yang ditawarkan sangat berpatutan. Ida memang syorkan pada mereka yang sedang berusaha untuk mendapatkan zuriat, ibu bapa yang risau bayi mendapat demam kuning atau ibu bapa yang ingin melihat anak mereka sihat membesar.
Cukup lengkap khasiat untuk semua peringkat umur dalam Lazz Susu Kambing ni. Kalau korang berminat nak dapatkan Lazz Susu Kambing ni, ida ada kongsikan kan info mereka di bawah :
Alamat : Lazz Ain Marketing Sdn Bhd, G, 334 Jalan Bandar Senawang 1, Pusat Bandar Senawang , 70450 Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia.
Hotline : 013-3083354





1 comment:

  1. Sama Ida, saya pun tengah amalkan lazz susu kambing ni jugak..untuk saya, okey je rasa dia..boleh masuk kat tekak...

    ReplyDelete


Blog Archive

My Blog List