Suamiku Paling Sweet | Sinopsis & Info Drama

1

Yeay! Drama baru!


Iday suka drama ni sebab nak tengok lakonan Mawar Rashid dan Shafiq Kyle. Hehehe

Iday nak share sikit details tentang drama Suamiku Paling Sweet yang ditayangkan di TV3 setiap hari Isnin hingga Khamis pada pukul 6.58 petang.  

Info Suamiku Paling Sweet

Terbitan : Primeworks Studios
Mula siaran : 13 Februari 2017
Pengarah : Zul Huzaimy
Jumlah Episode : 28


Pelakon Urusan Cik Drama Queen

Mawar Rashid sebagai Qisya Iriz 
Syafiq Kyle sebagai Izz Haikal 
Nik Adam Mika sebagai Hafiey 
Liza Abdullah sebagi Puan Fatimah 
Natasya Mahyan sebagai Maya 
Fazren Rafi sebagai Qairul 
Aedy Ashraf sebagai Hakimi 
Lia Natalia sebagai Deena

Sinopsis Urusan Cik Drama Queen

Suamiku Paling Sweet memaparkan kisah Qisya Iriz (Mawar Rashid), graduan universiti yang terpaksa menjadi pengasuh sementara Hafiey (Adik Nik Adam Mika), iaitu cucu kepada kawan ibunya, Puan Fathma (Liza Abdullah). 

Pengasuh-pengasuh sebelum ini memang tidak dapat bertahan dengan sikap nakal Hafiey itu. Qisya menerima cadangan ibunya kerana ia hanya untuk sementara waktu. Apabila Qisya yang keras kepala bertemu dengan Hafiey, memang akan berlakunya kekecohan. 


Kedua-dua ibu bapa Hafiey telah meninggal dunia dalam suatu kemalangan. Disebabkan itu, Hafiey menganggap bapa saudaranya Izz Haikal (Syafiq Kyle) sebagai ayah kandungnya sendiri. Izz sanggup melakukan apa sahaja demi kebahagiaan Hafiey. 


Selepas bertemu dengan pengasuh Hafiey, hati Izz dan Qisya sering berdebar. Namun mereka tidak ambil peduli tentang maksud sebenar di sebalik debaran hati tersebut sehinggalah terjadi sebuah peristiwa yang mengubah nasib hidup mereka berdua. 


Full sinopsis : HERE

Nak tengok, boleh check sini : Suamiku Paling Sweet

Ada drama lain yang korang tengok? Boleh share di komen bawah :)


Post a Comment

1Comments
  1. Aik, cepat jugak habis. Last saya tengok tv hari tu, cerita ni baru preview kat tv.

    Jom exchange blog link, http://lynk.my/w1cm

    ReplyDelete
Post a Comment