SofeaRose X Yusuf Ghani : Road To London


Kombinasi fashion dan seni lukis. 


Menarik kan? Ini yang terlintas di fikiran iday bila tahu tentang koleksi SofiaRose x Yusuf Ghani Segerak yang akan ke pentas fesyen Art To Wear di kota London 3 April nanti.


Siapa Yusuf Ghani? Yusuf Ghani merupakan ikon pelukis kontemporari negara. Kerjasama bersama Yusuf Ghani merupakan kali pertama dalam dunia fashion dan dijangka memberi impak pada fashion muslimah tempatan.

Sofearose akan membawa konsep Modest Fashion dalam setiap busana nya dan diinspirasikan oleh pereka fesyen, Hilal Oguzkan. SofeaRose ingin mengetengahkan 'simple is sophisticated' dalam setiap rekaan dan bertemakan Exclusive Urban Fashion.  

Menurut pengarah urusan SofeaRose iaitu Muhammad Zaki Yusuf, fashion ini sesuai untuk wanita yang sentiasa inginkan kesempurnaan dalam penampilan tapi masih bersederhana.


Serius, Iday sendiri pon gemar pada corak yang simple tapi kreatif. Malah iday sendiri kagum dengan sentuhan Yusuf Ghani, pelukis plofalik negara pada koleksi fashion SofeaRose. 

Kalau korang perasan pilihan busana berlatarkan warna krim dan putih. Ini kerana SofeaRose ingin mengetengahkan rona bumi seperti warna tanah, tumbuhan dan air selain memelihara identiti Yusof Ghani yang menjadikan elemen alam sebagai unsur di dalam setiap karya.



Material yang digunakan busana ini untuk pertunjukan di London nanti adalah bridal satin, chiffon dan organza. Pemilihan bridal satin dan organza sebagai material utama dan kemasan untuk menyerlahkan sisi feminin dan ketegasan di dalam setiap rekaan.


Pertunjukan fesyen solo berkenaan dijadualkan berlangsung di Asia House, New Cavendish Street London. Pentas peragaan itu dijangka menarik lebih 10,000 pengunjung dari dalam dan luar negara.

Oh kenapa Iday nak story tentang SofeaRose ni? 

Pertama, Iday sendiri tak sabar nak tengok busana SofeaRose nanti. Yelar, bukan mudah nak sampai ke tahap itu, mampu mempersembahkan fashion clothing line sendiri di persada dunia. Mesti gempak.

Kedua, Iday sendiri memiliki shawl dari koleksi SofeaRose. Memang puas hati dengan material dan kualiti shawl SofeaRose. Nanti Iday nak beli lagi untuk Syawal tahun ni. Hehe



Apa-apa pon, semoga berjaya dan dipermudahkan semuanya untuk team SofeaRose x Yusuf Ghani! Hehe

Untuk maklumat lanjut, korang boleh check website : http://www.sofearose.com




Others Post




No comments:

Post a Comment

Follow My Instagram

Blog Archive