Enter your keyword

Check My New Video On Youtube!


Andainya Takdir - Susah Ada Suami Cemburu Buta



Siapa tengok drama Andainya Takdir? Iday tengok online je sebab tak sempat nak tengok dekat TV. Awal-awalnya Iday nak tunggu sampai drama ni habis semua episod tapi bila tengok respon orang ramai tentang drama ni, buat Iday tak sabar nak tengok. Kenapa?

Ramai orang benci dan menyampah dengan Syukri Yahya.



Wah, dulu ramai orang suka Syukri Yahya bila berlakon dalam 7 Hari Mencintaiku, sekarang ramai orang menyampah dan benci Syukri Yahya dalam drama Andainya Takdir. Maknanya lakonan Syukri Yahya memang menjadi la. Hebat hebat. 

Drama Andainya Takdir mengisahkan tentang ketabahan Fatihah dalam mempertahankan rumah tangganya bersama Airil. Pasangan suami isteri ini mempunyai seorang puteri bernama Aleeya. Aril seorang yang panas baran dan cemburu buta. Fatihah juga terpaksa bersabar dengan keluarga Aril yang tak sukakan Fatihah. 

Sungguhpun Airil mempunyai masalah panas baran dan sentiasa memukul Fatihah, dia sebenarnya terlalu menyayangi Fatihah. Airil juga berusaha untuk mengubah sikapnya dengan mempelajari cara-cara untuk mengawal sikap cemburu dan kemarahannya yang melampau itu. 

Lebih kurang macam tu la jalan ceritanya. Tapi serius, memang melampau sangat perangai Aril tu. Sampai wife dia ada group whatsapp pon cemburu kemain. Kalau tak angkat phone, mesti sampai ke office dia datang. Cemburu sampai naik tangan tu memang melampau. 


Alhamdulillah la sebab Islam, suami Iday tak cemburu buta sangat. Phone Iday pon dia tak check sangat. Kan ada jenis lelaki yang sampai sanggup check whatsapp. Insecure sangat. Tapi Iday rasa Islam tak cemburu sebab wifenya takde la cantik sangat. ouch! Hahahaha

Mana yang tak sempat tengok dekat TV, korang boleh tengok online di link bawah ye. Lagipon cerita ni pukul 10 malam dekat TV3. Sesiapa yang tengok Hero Seorang Cinderella memang confirm terlepas. 


Korang yang tengok ni kena kental dan banyak sabar. Iday yang dah tengok pon rasa macam nak maki-maki je si Aril lakonan Syukri Yahya tu. Serius. 

Drama ini memang terbaik la. 

Korang dah tengok ke belum?


1 comment:

  1. Nany tengok!!! sekali dengan anak-anak terjoin tengok. HAHAH! siap tanye, mama lagi berapa minit nak pukul 10? nak tengok Tiha katanye. Ni dah nak sekolah balik. Sorryla anak-anak. Nanti kita layan online ajer ok? . Tak sabar nak tunggu esok. Apa jadi eh..dah kena rasuk si Airil smpi ke office Tiha die pegi. Siap kena cekik lagi. Adoiii..

    ReplyDelete

Blog Archive

My Blog List